Saturday, September 18, 2010

selamat jalan romeo :)

*bersara daripada melakukan kerja jerja seperti ini*

ok. sekarang adalah saat saat dimana aku kene menjadi seorang yang betul betul TABAH ;D sekejap lagi dah nak balik SESTER. sila doakan kesejahteraan dan kejayaan saya :) terim kasih. im off until im on ;D

night movie :)



last min punye perbincangan. kitorang pun pergi lah IOI. haha. saja2 tengok wayang sebelum balik terengganu. hee. sempat sempat je kan. so, aku fathi dengan alif tengok resident evil. nisa dengan maksu tengok step up. adik aku kate step up pun best gile. lepas tu aku rase macam nak tengok step up pulak dah :P haha itu saja. ouh, kitorang pergi brands outlet untuk beli T-shirt.

Friday, September 17, 2010

when a big liar playing piano ;D

video

HAHA manalah aku reti main :P

*sorry terbalik pun*

he must go :)

campak jauh jauh
jangan pernah kisah
itu lebih HEBAT

terima kasih ;)

ON DUTY

dokter aslan bacho on duty :D wahh kami saling berpandangan ! kakngah segan silu pulak nak jumpe dokter on duty disebabkan bibirnya yang menebal akibat alahan ! haha ;P kasihan dikau, tapi tidak mengapa ! inilah yang dikatakan peluang *huh? apa kes ni?*

ouhh aku agak terkejut jugak tengok mulut die tiba tiba membengkak besar, suara pulak takda. dasyat dasyat. so, temankan die pergi klinik fav yang terhampir. dan2 je sepasang mata itu ! ngeh negh :P

makan makan raya

makan makan raya. sorry lah kawan. ajakan aku punye lah last minit. pukul 1 start makan2 tapi ajaknya pukul 10 pagi. haha. so, kau orang hanya ada 3 jam untuk fikir2. nak pegi ke tak nak? naik apa? sape lagi yang datang? pakai baju apa? ishhh, nak pegi tak nih ?

tetamu yang hadir : mashitah, fatimah zahra, intan, fariza, suriya, shahril, nadzmi, pahri, hafizi, yazid, zaki, fadhil, nabil, daos, afdhal dan sepupu :) terima kasih !

so, kami makan makan dan terus makan ! mkana soto dan ade mee sikit. lepas tu, adalah tangkap2 gambar. ade yang balik awal. yang naik kerete dengan suria balik lambat. dalam pukul 5. so, kitorang ada banyak tangkap gambar extra :P secara ringkasnya, aku seronok hari ni :)

sini ada sedikit gambar yang aku terasa rajin nak upload. boleh lah tengok tengok tapi sorry lah gambar tunggang langgarg. tak tersusun mengikut kronologi :P






Thursday, September 16, 2010

midvalley ;D


plan plan plan OK jadi ! kite keluar pegi midvalley semalam. aku pegi sorang je ke sane. pastu, jalan2 sorang2 dulu cari barang. jumpa lah shima dengan amsyar dekat MPH. shima bawa junior yang lebih tinggi dari kita org ;P lepas tu, aku lapar sangat ni. tak breakfast lagi. kitorang pun bergegas ke food court terdekat ;D makan makan makan. jumpe adik amsyar, ajak dia sekali main bowling. saat memalukan apabila tidak terjatuh pun pin pin itu haha :D maluu arhh. aku memang seorang yang 'mengalah'. takpe, kasi kau orang menang. shima hebat sekali. tapi memamg awak hebat pun dari dulu lagi :P mase ni, alif dengan wan dah sampai.

amsyar balik awal, lepas kita semayang2. pegi lovely lace, cari air freshener untuk mama amsyar. ouh ouh happy birthday mama kau, amsyar :) HAHA. birthday mak die ari semalam . lepas tu kitorang semue jumpe hairul dengan kawan dia, tengah makan.


toy city :D


bowling :D

kitorang pegi toy city dan main main. main bowling lagi sekali selepas berjalan2. sekali lagi aku mengalah :P ceh ceh, takpe2, kau orang strike lah. aku strike lain kali je. macam ni lah mengalah die. apa hal entah bola tu, bajet2 tengah ke longkang jugak kau pergi. shima menunjukkan belangnya lagi :D hairul menang juga akhirnye ! lepas tu, kita pergi gelato, makan aiskrim. dan sampai situ saja :) kitorang berpisah dan pulang.


ucapan : terima kasih semua, saya cukup gembira :D

aku balik rumah je, dorang semue mintak apa barang yang aku beli. padahal aku tak beli ape2 pun :P jadi, aku kasi lah, bookmark yang aku ambil free dekat midvalley tadi HAHA

S -kakngah
A-aku
L -nisa
E -along

sama sama ;D

Tuesday, September 14, 2010

kambing ohh kambing :D





kambing : aku raya makan rumput je
manusia hijau : sabar lah kambiing, memang lumrah hidup kau macam ni.
kambing : sekarang, saudara mara aku kene korban, nanti turn aku lah plak.
manusia hijau : kan daging kau sedap !
kambing : terimas :) *senyum kambing*
manusia hijau : alang2 kau dah senyum tu, jom lah tangkap gambar
kambing : jom2, aku nak pakai songkong jugak boleh. nak gak test.
manusia hijau : nah nah, pakai lah !

kambing acek yag disayangi. haha, aku macam dah confused, ni kucing ke kambing :D

Friday, September 10, 2010

aidilfitri 2010 :D

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin

korang korang sekalian, family dekat mahupun jauh, sepupu sepapat, saudara mara, visitors, followers, penyinggah2 samaada terang-terangan atau secara senyap, rakan2, sahabat handai, atau sape2 saje yang mengenali diri saya..

selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan. maafkan saya jika ada salah silap :P mungkin kata2 saya ade yang menyakitkan hati yang buat kamu semue terasa. atau kata2 saya dalam blog ini ada yang melukakan. perbuatan saya tak semue betul. salah silap harap maaf ye :) aidilfitri, imam solat sunat raya pagi tadi kata, aidilfitri membawa maksud perayaan suci bersih. so, sempena perayaan ini, saya mohon maaf sekali lagi.

sedangkan nabi sentiasa memaafkan umatnya,
apatah lagi kite ni sesame manusia :)


terima kasih

jutaan terima kasih kepada rakan2 yang sanggup menghabiskan kredit menghantar msg2 bermanfaat. juga kepada rakan2 yang tidak jemu tag dekat facebook sana sini :) panggilan yang saya terima juga cukup menteharukan :) *deii, banyak gile msg aku dapat* terima kasih yaa ! :D sorry kalau saya tak balas, itu ade masalah kredit-tak-mengizikan :) ape ape, korang kene sendiri tau, sy mintak maaf nihh :D

semoga bulan ramadhan yang berlalu dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran dan hari raya aidilfitri ini dapat memberi manfaat kepada kita semua :) insyaallah, dengan keizinan Allah swt, dapat kita raikan lagi hari yang penuh makna ini pada tahun akan datang :)
sekian :)
fathia azalin

Thursday, September 9, 2010

bla bla bla

cerita lebat gile gile oleh adik aku sendiri betape best nye restoran saba'. aku membayangkan tempat yang menarik. konon2 arabic punye style lah kan. dah sampai, lahh.. ini ke? ok2 takpe, tunggu makan. sedap2 ! so, boleh tahan r. aku rase kene upgrade lagi :D *sokongan padu*


lepas berbuka, ibu babah borak lagi ngan kwn die dekat situ. kitorang 5 beradik bangun dulu gerak pegi alamanda. jalan2, beli2, dan makan lagi :D takpe2, makan dekat waffle stop je pun :P


aku dah ade " kyohei & busunako "


pegi MPH, lame lepak situ, cari buku. ade beli hadiah untuk hydeel dekat kampung. 3 buku tulisan besar besar beserta gamba yang besar :P comel gile buku tu. ceh, buku kisah nabi lah. kakngah duit banyak. banyak blanja aku ngan baby :P

tolong along beli baju2 dan seluar2 die dekat ESPRIT. lame gile duduk situ. kitorang 4 orang dah jadi macam perunding fesyen die dah. tapi, tak payah pun takpe, idea kitorang sume nye tak bernas dan tak boleh pakai. hak hak !


sampai lah alamanda tu dah gelap, dah nak tutup. barulah kitorang balik :P bawah ni, ade satu gambar koya gile :D

hadoii, muke sume selenge gile :D

raya raya raya

perasaan :

raya semakin membosan ? kawan aku yang kata. aku pun angguk2 tanda setuju :) memang pun, ape yang sodap sangat ? terkinja kinja keliling kampung menadah tangan mintak duit lagi? boleh jadi? ini baru betul , MEMBERUK. HAHA

duit raya :

lambat gile babah mintak baby tolong masuk kan duit dalam sampul duit raya tahun ni. slalunye lebih awal.

nisa : ibu, babah tak suh masukkan duit raya pun
ibu : entah lambat sikit kut
yaya : tahun ni babah pakai cek
bibik : mintak babah tulis untuk bibik skali yaa
yaya : baik bik, tapi pakai cek pun, tak semestinye nilai die besar.
perbualan atas ni memang skema kan? sebab aku reka sendiri struktur ayat die. aku tak sempat nak save perbualan tu.

baju raya :

alhamdulillah, ibu buatkan baju raya untuk aku. ceh, macam bese lah kan. sape lagi yang nak buwat. bershopping2 sakan2. maka, ade lah kasut aku tak beli pun sumenye aku tak minat. mungkin, aku kene design sendiri bentuk yang aku nak. banyah songel punye fathia :P tapi takpe, sebab aku tak kesah sangat pun nak pakai kasut ape pun.

malangnye, aku masih menggilap bakat dalam melukis :(

balik kampung :

postpone postpone. kabarnya balik 2 pagi tadi. tapi, post lepas subuh nanti. aku dah tak sabar dah nak balik :P mengahadap atok nenek, pokok mangga kesayangan dan juga kampung halaman. perasaan serangan nyamuk yang banyak. boleh pinang PGL ! :D laptop? bawak2. bukan apa, kalau rumah aku dimasuki perompak , selamat lah laptop aku. hee, tak lah. sebab kampung aku dah maju, ade wireless laju ! :0

kuih raya :
tak lah buaat sangat. tapi, buat lah jugak. setak selek2 gula, gaul2 tepung.due jenis je pun, haiihh, smapai sekarang aku tak ingat name sebenar kuih tu. kuih samprit kut ngan cornflakes. mak aku kut yang buat senanye. tapi, tenaga aku pun diperah jugak untuk buat tu sume :P


samprit hijau & samprit merah :D

kad raya :

zaman dah maju ni. pakai msg je lah. fb pun dah belambak orang tag sana sini. tapi, seronok jgak kalau orang kasi aku satu kad raya, sebab tahun ni takde orang pun kasi aku lagi. aku tunggu je lah kad raya yang bakal tibe ke rumah dr 'optic england' sebab dorang mmg setiap kali raya kasi aku kad raya semenjak aku darjah 3. haha

Wednesday, September 8, 2010

puas

puas kut selepas bershopping beberape helai baju, beg, seluar, tudung dan aku dah ade contact lens semule :P hurmm, dah lame rase tak beli barang padahal beberape hari yang lepas baru je pegi beli2. tapi, kasut sangat takde yang berkenan :P aku pun tak berkenan nak berblogging sekarang. sebab aku nak pegi tlg ibu buat kuih ni. HAHA Xp

Monday, September 6, 2010

nisa's talent

thanks to khairunnisa azalin :)
hurmm, tiada persamaan. mungkin bakat yang adik miliki benar2 terpendam. sila asah lagi bakat anda :D

fathia berdoa :)

aku tak sabar nak tunggu hari esok tiba. segera lah siang menutup tabir malam. menyinari hari esok yang bakal tiba :P

message sent : babah, esok boleh tak yaya nak keluar dengan kawan yaya. pegi KL. pastu, berbuka same2 sekali dengan diorang?

answer : k

sebenarnye, jawapan 'k' daripada babah aku lebih kepada tidak menyenangkan aku. takkan begitu mudah? tanpa "keluar dengan siapa?" atau "ade duit ke?" jika tidak pun "naik ape?". jadi, aku kene tanye balik lagi sekali untuk mendapatkan kepastian yang lebih pasti.

berdoa :
  • 'k' oleh babah membawa maksud kebenaran untuk aku keluar esok direstui dengan sepenuh hati :P
  • keselamatan terjamin pergi dan pulang
  • aktiviti berjalan lancar seperti makanan yang ingin dibukakan sedap2 belaka. haha :D
  • cuaca sentiasa mengizinkan :)

amin :)

projek mega hari ini :)

hari ni bangun pagi seperti semalam juga, rumah sunyi sepi yang hanya ade bibik aku je. alaa, macam semalam tu. mak aku mule2 ade, lepas tu dah takde. die keluar bersiar2 katanya :) tak lame tu, kakak aku bangun. so, aku bertemankan die.

abg pilah dalam kereta. die tunggu kitorang ? patutnye hari ni kitorang pegi shopping sakan raya. tapi, semalam dah pegi. jadi, hari dah tak jadi nak pegi. tapi, babah lupe nak cakap ngan abang pilah yang kitorang tak jadi pegi. so, dari pagi die tunggu luar rumah. haihh, kesian pulak. aku ngan kakngah takut nak keluar dan ckp ngan die yang kitorang tak jadi. sian r die enn. takkan nak balik tangan kosong je. nak kasi minum, puasa puasa. so, kitorang segera kejut babah :P mereka borak borak hal ehwal orang dewasa zaman kini kut :P

kawan babah baiki aircond datang. so, seluruh rumah dorang buat kerje. kitorang tak tau nak duduk mane dan bosan kerana tidak boleh melakukan apa2. jadi kami tangkap gamba dan duduk setempat haha !

ari ni, babah jemput ramai kawan die berbuka dekat rumah. so, kitorang pun pergi beli belah. ibu tulis list2 barang nak beli.


ibu call : beli bawang goreng skali ye, anak perempuan :)


balik2 je, nisa dah ada tugas yang menanti :P

  • manakala ibu dengan bibik sedang memasak di dapur. banyak gak makan aku hari ni. menu menu nya :

* mee hun sup tulang

* gulai ikan

* udang merah (jangan melantak ini fathia)

* ayam rempah ape ntah

* sayur ?

* domino's (pembelian di saat2 akhir)

* bubur candir dan banyak lagi


tugas aku :

Photobucket

tibe2 je plak aku en yang ambil gamba. ye lah, aku tak mahir mane gune camera ni pun. HAHA. ni bajet2 asyek2 tengok zahira shaheera je yang gune ;P

so, hari aku macam penat je, tido awal ! tetamu belum balik aku dah tido. pastu, bangun pun awal lah dalam pukul 12 dan sampai sekarang tak boleh tido dan manusia di muka bumi ini sume sudah tido.

Sunday, September 5, 2010

mengira telefon kecemasan

apa itu telefon kecemasan ? alaa, senang je, kau orang pegi lah mana2 lebuh raya terhampir, pastu tepi jalan tu mesti ade kotak kaler oren ade gambar telefon. tu lah telefon kecemasan !

aku dah tak sabar dah nak balik kampung berjumpa sanak sanudara, atok nenek :P tadi, ibu suruh call nenek. aku pun call lah. aku hanya seorang pembawa berita yang kitorang akan balik sehari sebelum raya. takpe, asalkan balik suda lah kan :) berbalik kepada cerite telefon kecemasan tadi, aku juga sebenarnye dah tak sabar nak kira telefon kecemasan tu. sebab sebelum ni, kalau balik kampung, adek bradik aku sume akan lumba2 kira telefon kecemasan tu. macam dah tade keje lain plak nak buat :P

projek mega rumah hari ni. takde ape sangat. cume, babah jemput kawan2 die makan dekat rumah. so, menu special hari :) dan ade beberape peekerja babah datang rumah untuk membetulkan aircond2 kat rumah ni. aku gembira jugak lah dengan kehadiran dorang. boleh lah baiki aircond bilik aku tu. entah macam mane adik aku gune aircond tu sampai rosak :D

Saturday, September 4, 2010

biology pencetus idea :)

sehari sebelum hari jadi along :

aku runsing. esok hari jadi awak, tapi yaya tak boleh buat ape pun. so, malam tu, runsing2 pun fikir exam lagi. aku bace biology. muat turun segala fakta ! download, save, print ! siap photostate ! :P

bace2 yang implantation tu kan, so, tercipta lah satu idea bernas ! maka, terbentuklah sekeping kad hari lahir yang kecil sebelah ni untuk along. HAHA :D aku memang buat kecil2 je, sebab nak lukis besar2 pun, tak sempat nak gilap bakat lagi :P tapi, aku rase macam cun je aku lukis ni. sampai sekarang aku tak bagi lagi kat abang aku. aku rase sayang pulak nak bagi. so, aku simpan je dalam file hidup mati aku. thanks to nadiah, die macam bagi dorongan bagus je dekat aku. 'awak komen, pencarian cacat cela, dan pemerhati'

berjalan di kota raya ku

bangun pagi hari ni. boleh kate awal jugak r sebab orang rumah aku sume tak bangun pun lagi. dalam pukul 7 macam tu, yang ade bibik aku tengah kemas2. so, aku pun keluar dan bermain basikal sebentar dengan memakai seluar tido? hurmm..

lepas tu, aku study sekejap dan online sambil menatapi kebosanan. tibe2, ibu panggil untuk keluar!

jadi kami pun keluar membeli barang2 ! ermm, aku nak tanye, selendang aku pakai tu, style yuna ke? HAHA aku tak faham ar seorang kawan aku ni kate ape. dah tu, boleh la main2 kutuk sekarang :P


keluar hari ni agak penat jugak. aku rase sejak masuk asrama ni aku dah tak berape nak aktif berjalan. sebab aku terasa penat sangat2. dah lah ramai orang. musim perayaan memang melecehkan ! mase tu aku tibe2 rase nak emo :P kami berjalan2 tapi aku plak tak tau nak beli ape. haha

paling hot sekali mase ni :

BMI : 20.3

ini IDEAL !

pastu, kitorang jalan2 lagi dan terus berjalan. haihh, kenape aku malas sangat nak cerite ni. tapi, yang pasti, kitorang berjalan lah. dan lepas tu, BALIK :)

kau orang patut lawat blog ini : http://www.khairunnisaazalin.blogspot.com/

cerita panas !

Friday, September 3, 2010

fathia hari ini :)

bangun pagi terus online. online. online lagi sampai adik aku balik sekolah. bile mak aku tanye, siang tadi buat ape? aku jawab "online". pastu, mak aku tanye lagi "lagi?" aku jawab "online" kalau mak aku tanye lagi "online je?" aku akan jawab "ye ibu, hari ni yaya online je sepanjang mase" HAHA

aku online tempat rahsie aku hari ni. sebab aku tibe2 terase sedih :P nak kate PMS, mengikut kitaran. jauh sangat ! tak pe, biar aku sorang sahaja yang tau :P haha

selain dari online sahaja hari ni. aku ikut mak aku pegi negeri sembilan. amik fathi balik dari sekolah. lame gile lah tunggu die. aku sempat jalan2 dalam sekolah die. tak de orang langsung. tibe2, datang seorang uncle muda. die tanye "balik raye?" tapi, nada tak macam tanye pun. so, aku senyum je. dan2 je die boleh tanye lagi "balik raye ke?". aku segera cakap "ya!" erkkmmm.. gile ! dah kalau nak balik sekarang, mesti lah balik untuk raya kan? haihh..

ouhh yaa ! aku dah ade spek raya ! haha spek aku patah. aku tido dengan spek skali. aku sedang mencari mimpi yang nyata :P

tengok nih. semangat gile. sempat2 je aku terus capai tudung untuk tangkap gambar dengan spek baru. kali ni aku beli yang simple gile, murah sikit dari yang dulu dan selesa. aku mintak yang murah kat orang tu, dengan harapan tahun depan boleh beli yang baru lagi. HAHA . ye arh, sebab nye, spek lame aku tu baru buat tahun lepas dengan harga yang mahal. tapi, aku bosan lah pakai spek same je :P sebenarnye aku berharap agar ibubapaku dua orang pengecop duit *kurang asam gile*

Thursday, September 2, 2010

teruja :)

masuk je dalam rumah, aku terus amik laptop dan online ! macam lepas giant gile jee. semangat jugak lah aku hari ni nak study dekat rumah. aku kemas sikit2 meja kakak aku sebab aku nak buat tempat study. aku tak kemas meja aku pun, sebab bilik aku aircond rosak. so, aku tak nak duduk bilik aku sendiri. meja aku pun tak nak lah kan :P HAHA !


barang wajib ada : laptop, bekas ajaib (mp3&hp), selendang.

semangat gile en aku. ni pun sebelum fathi&along balik. dah balik nanti
tak tau lahh mcm mane :P sekadar kepoyoan HAHA :D

rindu zombie :)

HAHA :D
rindu arh korang
cepat lah balik !

exam&puasa

sahur, berbuka, sahur, berbuka. lagi berape hari je nak raye. tahun ni, tak rase sangat lah nikmat puasa tu. memang rugi gile lah. mane taknye, bulan puasa memang full exam. trial SBP dengan trial JPNT. hurmm, modal kata2 dah kering gile. terase malas nak berkongsi result aku.

nasib lah aku ade jugak tengok jejak rasul. haha. baru lah terase macam puasa sikit :P

sahur aku tahun ni tak full. aku banyak kali tertido dan tak terbangun. berbuka tu, alhamdulillah, mesti lah full kan! dah makan :D

puasa dekat sekolah tahun ni boleh lahh, banyak kali jugak jalan kaki pegi bazaar. makanan kat bazaar pun agak menjimatkan duit aku sebab tak banyak makanan yang dijual. so, kirenye, aku banyak pegi bazaar dan membawa balik banyak makanan, sumenye adalah tempahan dari orang2. haha. ye lah, nak beli tak de duit, tolong belikan saje :P

exam time puasa boleh tahan lah, aku tak rase lapar sangat mahupun dahaga. mungkin sebab fikiran tu tumpu exam je kut.

weii, bengang gile rase duduk depan skali mase exam tu. tak boleh belah je, akibat pelajar pandai sangat, lalu lalang amik kertas. bertubi2 pulak datang. haha, aku pelik, korang makan ke kertas tu ?

pandang kiri, jian jawab paper laju gile, relax and steady, sempat tido. pandang kanan ,yusuf. dasyat top student. duduk sebelah aura tak sampai lagi tu, jauh sangat jarak meja kite. pandang depan, cikgu tanda paper semalam. gerun2. psycho mengelilingi aku.

aku berbisik sendiri ; agak agak bile aku nak psycho orang pulak hah?