Monday, January 3, 2011

bukan sekolah lagi untuk aku :)

3 januari 2011 :) semue orang yang masih bersekolah dah start sekolah semule. jadi, selamat kembali bersekolah especially untuk NiSA :P

lain cerite aku. semue tentang hal hal orang yang dah habis ekolah :P dah tak sekolah lagi. tadi aku ade test KPP untul lesen L untuk memandu. dari semalam study study bende yang sama. jawab soalan2 dalam CD. jawab soalan dalam buku panduan tu. alhamdulillah, aku dah selamat menjawab dengan cop LULUS dekat result aku haha. aku bersuyur sangat lahh :) KAKAK YANG URUS URUS KAN BLA BLA BLA NI BEKENG GILE ! haha

selain menguruskan hal hal PLKN *esok dah nak chow kann* aku dah takda bende lain nak buat. so, aku banyak meluangkan masa dia atas katil. macam biasa begini :P

aku sedang mengisi masa aku dengan tengok movie sajaaa
nanti tak dpt tengok dah en :P

Saturday, January 1, 2011

kanak kanak ;D

video

hari ni bosan gilaaa !
jadi, aku main dengan hydeel ;D
HAHA

sebenarnye banyak lagi vedio lain, tapi semue nye pelik2 HAHA

Undang Rembau English Primary School (UREPS)

family UREPS :)
*sila klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas*

wahh hebat nya reunion ! ni antara rakan rakan batch babah masa darjah 4. malam tu, aku betul2 boleh nampak babah gembira sangat sangat. berkumpul semule dengan kawan kawan. jumpe balik cikgu die dulu. haihh.

mase cikgu babah, cikgu Jamilah beri ucapan, dia nak terpanggil babah 'maitit'. die cerite, dulu mase kecik2, dia panggil babah maitit sebab katanye, dalam dunie ni ade sorang je orang yang bernama maitit, atuk aku :) so, cikgu panggil babah 'maitit'. cikgu babah kata lagi, babah dulu nakall sangat. dialah orang pertama yang siapkan homework dan tengok pulak orang lain buat homework. tapi, jawapan die semue salah. babah selalu tolong cikgu angkat buku dengan beg walaupun dia adalah orang yang paling kecil saiz badannya dalam kelas :D


babah nampak gembira malam tu. peluk peluk sahabat lama. bayangkan lah, dulu masa sekolah kecik kecik je lagi. kalau gurau2 pun, memang faham pelik pelik punya perangai. tapi, bile dah berkumpul semule lepas 37 tahun. ada yang pendek, ada yang tinggi, ada yang putih rambutnya, ada yang masih berambut hitam, malah ada yang botak dan ada yang berambut panjang. semua dah berubah :)

banyak lah event yang dijalankan malam tu :) ee dengan along karaoke. HAHA. aku sebenarnye tak sangka dorang berani menyanyi dekat depan. dan aku tak sangka jugak yang suara dorang sedap dan boleh lah tahan. agak menadapat sambutan hangat ;D ada sesi potongan kek buat hari lahir cikgu babah dan ade sesi betukar tukar hadiah :)



kelakar. hadiah babah yang diberi merupakan sehelai boxer :) tapi kotak nya besar. memang tak boleh blah je :P aku tergelak gelak bila nampak seorang uncle ni yang bertuah dapat hadiah babah. hurmm, tapi aku tak bayangkan lah yang uncle tu akan pakai boxer tu. haha :D

hurmm, aku tak sabar nak rasa apa yang babah rasa lah ;D korang korang sekalian :) nanti dah besar kita buat reunion macam ni jugak tau ! HAHA :D

welcome 2011 ;)

selamat tahun baru semua ;)

2010 bagi banyak sangat kenangan :) baik buruk yang aku lalui, insyaAllah aku jadikan pengajaran. 2010 juga merupakan tahun yang sukar. struggle kuat untuk kehidupan yang stabil pada 2011. ajar aku usaha gigih untuk dapatkan sesuatu :)

2010 senior year aku. sangat HEBAT ! aku suke senior year. dia buat aku rasa HEBAT :P senior year makin hebat lagi bila dia menghebatkan lagi persahabatan dan ikatan batch X. tapi, senior year jugak yang akhirnya menjadi saat perpisahan. tak apa, jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi :P

weiiih, aku jugak rase tahun 2010 ajar aku benda yang bukan2 ! haha. bila ingat ingat, memang segan. segan dengan diri sendiri juga :P aku rase tahun 2010 tak sesuai lagi untuk aku suka2 :P


aku rase 2010 sangat tak boleh dilupakan kerana tahun ni tahun last aku bersekolah. takkan ada lagi fathia yang beruniform sekolah, kasut sekolah, mahupun buku sekolah. aku dah besar :) kena jadi budak yang besar, berfikiran matang, boleh kenal baik buruk.

jadi, selamat tinggal 2010. semoga kenangan yang dilalui pada tahun 2010 aku takkan lupakan dan sentiasa jadikan ia sebagai pengajaran :)


selamat datang 2011 :)

2011 akan jadi permulaan baru bagi aku untuk mengahadapi kehidupan yang lebih sukar. aku kene hidup di dunia yang lebih luas, kenal dengan orang yang lebih ramai, belajar sesuatu dengan lebih mendalam. aku kena pandai jaga diri ! HIDUP BAIK BAIK FATHIA ;)

azam baru ? nothing in particular except to continue study ;)