Saturday, January 1, 2011

welcome 2011 ;)

selamat tahun baru semua ;)

2010 bagi banyak sangat kenangan :) baik buruk yang aku lalui, insyaAllah aku jadikan pengajaran. 2010 juga merupakan tahun yang sukar. struggle kuat untuk kehidupan yang stabil pada 2011. ajar aku usaha gigih untuk dapatkan sesuatu :)

2010 senior year aku. sangat HEBAT ! aku suke senior year. dia buat aku rasa HEBAT :P senior year makin hebat lagi bila dia menghebatkan lagi persahabatan dan ikatan batch X. tapi, senior year jugak yang akhirnya menjadi saat perpisahan. tak apa, jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi :P

weiiih, aku jugak rase tahun 2010 ajar aku benda yang bukan2 ! haha. bila ingat ingat, memang segan. segan dengan diri sendiri juga :P aku rase tahun 2010 tak sesuai lagi untuk aku suka2 :P


aku rase 2010 sangat tak boleh dilupakan kerana tahun ni tahun last aku bersekolah. takkan ada lagi fathia yang beruniform sekolah, kasut sekolah, mahupun buku sekolah. aku dah besar :) kena jadi budak yang besar, berfikiran matang, boleh kenal baik buruk.

jadi, selamat tinggal 2010. semoga kenangan yang dilalui pada tahun 2010 aku takkan lupakan dan sentiasa jadikan ia sebagai pengajaran :)


selamat datang 2011 :)

2011 akan jadi permulaan baru bagi aku untuk mengahadapi kehidupan yang lebih sukar. aku kene hidup di dunia yang lebih luas, kenal dengan orang yang lebih ramai, belajar sesuatu dengan lebih mendalam. aku kena pandai jaga diri ! HIDUP BAIK BAIK FATHIA ;)

azam baru ? nothing in particular except to continue study ;)

No comments: