Saturday, January 1, 2011

Undang Rembau English Primary School (UREPS)

family UREPS :)
*sila klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas*

wahh hebat nya reunion ! ni antara rakan rakan batch babah masa darjah 4. malam tu, aku betul2 boleh nampak babah gembira sangat sangat. berkumpul semule dengan kawan kawan. jumpe balik cikgu die dulu. haihh.

mase cikgu babah, cikgu Jamilah beri ucapan, dia nak terpanggil babah 'maitit'. die cerite, dulu mase kecik2, dia panggil babah maitit sebab katanye, dalam dunie ni ade sorang je orang yang bernama maitit, atuk aku :) so, cikgu panggil babah 'maitit'. cikgu babah kata lagi, babah dulu nakall sangat. dialah orang pertama yang siapkan homework dan tengok pulak orang lain buat homework. tapi, jawapan die semue salah. babah selalu tolong cikgu angkat buku dengan beg walaupun dia adalah orang yang paling kecil saiz badannya dalam kelas :D


babah nampak gembira malam tu. peluk peluk sahabat lama. bayangkan lah, dulu masa sekolah kecik kecik je lagi. kalau gurau2 pun, memang faham pelik pelik punya perangai. tapi, bile dah berkumpul semule lepas 37 tahun. ada yang pendek, ada yang tinggi, ada yang putih rambutnya, ada yang masih berambut hitam, malah ada yang botak dan ada yang berambut panjang. semua dah berubah :)

banyak lah event yang dijalankan malam tu :) ee dengan along karaoke. HAHA. aku sebenarnye tak sangka dorang berani menyanyi dekat depan. dan aku tak sangka jugak yang suara dorang sedap dan boleh lah tahan. agak menadapat sambutan hangat ;D ada sesi potongan kek buat hari lahir cikgu babah dan ade sesi betukar tukar hadiah :)



kelakar. hadiah babah yang diberi merupakan sehelai boxer :) tapi kotak nya besar. memang tak boleh blah je :P aku tergelak gelak bila nampak seorang uncle ni yang bertuah dapat hadiah babah. hurmm, tapi aku tak bayangkan lah yang uncle tu akan pakai boxer tu. haha :D

hurmm, aku tak sabar nak rasa apa yang babah rasa lah ;D korang korang sekalian :) nanti dah besar kita buat reunion macam ni jugak tau ! HAHA :D

No comments: