Wednesday, March 30, 2011

saya guru tadika islam mawaddah :)

Assalammualaikum :)

nak dimulakan cerita kali ini begini, minggu lepas aku along dan ibu jalan jalan. konon nye tengah bantu aku cari kerja. so, aku dah nekad nak kerja dekat tadika. bajet macam nak berbakti dengan mendidik anak anak kecil demi nusa dan bangsa :P teringin nak merasa jadi pendidik yang mulia :) nak dipendekkan cerita, adalah satu tadika : tadika islam mawaddah .aku try ambil number dia dan call. die suruh datang 4hb. tibe2 je, pagi tadi die call lagi suruh datang hari ni. so, aku pun pergi harini *mmg berkobar kobar gilaa !

kalau nak usha usha gambar sekolah boleh lah datang melawat web dia. ini laman web tadika islam mawaddah : http://www.tipi-mawaddah.com * ceh, semangat gila :P

nak diikutkan cerita hari ni, aku datang lah tadika tu. ada lah sikit sikt perbualan yang penting

__________________________

pengetua : ok, SPM macam mane? awak nak sambung belajar bila start ? mintak dekat mane ?

cikgu fathia : alhamdulillah, tak lah hebat. 5A, 4B. sy mintak uitm. ramai kate universiti start bulan 9.

pengetua : ada yang kata bulan 5 tu ?

cikgu fathia : tu untuk matrik. sy ingat tak nak masuk matrik. so, harap2 dapat lah masuk uitm :P

pengetua : ok, macam ni.. kalau boleh sy tak nak lah awak kerja untuk sebulan je lepas tu dah berenti. sekarang ramai budak2 lepasan SPM yang hangat hangat tahi ayam. tapi, sy nampak pada awk ni boleh. boleh boleh . tapi, sy tahu awak student. mungkin awak boleh kerja untuk 5 or 6 bulan.

cikgu fathia : sy ingat nak start kerja since habis SPM ari tu lagi, tapi sy kena pergi PLKN :P *nak juga selit sini* HAHA

pengetua : ouhhh, bla bla bla. okey lah kalau macam tu. so, sy tak nak kasi awak kerja dekat taska. sy nak kasi awak kerja dekat tadika. boleh ke ? *dalam hati aku kata, boleh ke aku nak mengajar ni?*

cikgu fathia : tadika ? tapi, sy takde pengalaman mengajar.

pengetua : sekarang lah nak cari pengalaman. boleh je. ajar benda simple simple. awak boleh je kan ajar agama ? kalau macam tu, awak boleh ajar subjek math, sains, agama untuk kanak2 5 tahun.

cikgu fathia : insyaAllah boleh kut. lagipun nak jaga taska, sy takut jugak nak jage budak yang kecik kecik sangat :P *banyak songeh betul aku ni*

pengetua : haa, ok. awak boleh jadi cikgu tadika. cari pengalaman, sebab awak tengok lah budak sekarang ni kesiann. nanti bila awak dah masuk kelas awak akan kenal budak budak ni semua. jangan baru kerja, dah nak berhenti. sebab nanti dorang baru nak rapat, baru ilmu nak sampai.. awak dah berhenti. kesian dekat budak budak.

cikgu fathia : *tak terkata*

__________________________________

sebenarnya banyak lagi yang dibincangkan. tapi aku dah cut cut. kami adalah cerite cerita jugak pasal gaji. bagi aku, aku terima je gaji berapa berape pun. tak lah kisah sangat. dia banyak tanya psl family dan sekolah dan banyak lah lagi. aku rase senang lah jugak. kak ida tu pun nampak macam okay je :)

lepas borak borak tadi, aku tanya balik diri aku. betul ke ni ? aku layak ke digelar cikgu ? orang orang sekeliling selalu cakap macam ni dekat aku "alahai, cikgu tadika je pun". HAHA. cikgu tadika pun, dia still mendidik juga kan ? still ada peribahasa begini "melentur buluh biarlah dari rebungnya". wahh, aku tengah melakukan satu tanggungjawab yang besar kan ? kan ?

okay, sambung tentang tanya diri sendiri semula. ikhlas ke aku ni ? or, aku hanya nak kerja sebab aku rasa bosan duduk rumah ? itu lah yang selalu aku rungutkan. sekarang aku kena start dari mula. dimulakan dengan niat. apa niat sebenar ? berbakti dengan mendidik anak anak kecil demi nusa dan bangsa :P aku akan jadi guru tadika yang mu'allim , murabbi dan muaddib :) insyaAllah :) semua, doakan aku berjaya ye HAHA

****

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan,
menjadikan manusia daripada seketul darah.
Bacalah, dan sesungguhnya Tuhanmu
yang Pemurah mengajar ilmu dengan
perantaraan qalam. Dia mengajar
manusia apa-apa ilmu yang
mereka tidak ketahui

Al-`Alaq 1-5

* * * * * *

sebagai persediaan, aku dah search dekat internet cara cara mengajar. aku tengok dekat youtube. macam mana cara menarik perhatian kanak kanak kecil ni :) aku betul betul tengah belajar cara cara mengajar :) HAHA semoga pekerjaan ini membuahkan hasil yang lumayan :)

tengok, tadika pun graduate jugak ;D

Tuesday, March 29, 2011

betul ke kita dah matang ?

akhir akhir ni hidup aku diterjah dengan satu persoalan yang agak menarik. siapa yang dah lama kenal aku ? konon konon nya sejak kecil lagi. zaman kanak kanak kita dulu :) aku cute masa tu. haha. aku kini dibelenggu dengan soal matang. kematangan dalam diri :P mungkin sebab aku dah besarrr :) *haha

baru baru ni aku rasa macam gembira sebab ramai kata yang pemikiran aku dah matang. wahh ? malah, gambar aku juga ada yang di comment sebegini "ehh, fathia nampak matang lahh" ala2 begitu lah :) ada juga yang kata gaya penulisan blog aku kini juga semakin matang ? erk, apa tu ? dimana kelihatannya matang ni aku pun tak tahu :)

ramai yang kata, 'matang' boleh dilihat melalui cara pemikiran. ada juga yang melihat matang dari segi gaya penampilan yang dibawa. matang sebab usia dah meningkat remaja ? musyhkil aku dekat sini.. haaa, apa ape lahh. tapi, aku suka 'matang' dari sudut pandangan hilal asyraf :) aku ada baca satu artikel hilal asyraf ni dari seorang blogger juga. suka artikel die :)

bacalah artikel ni. SERONOK ! walaupun macam panjang, tapi sabar sabar kan diri. baca sampai habis ye :)

_____________________________________

DEFINISI MATANG

Saya kata bahawa, manusia matang adalah manusia yang mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya. Sesiapa yang tidak mampu, maka dia bukan matang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun dia Pensyarah di Universiti, walaupun dia ketua di sebuah negeri.

Saya tidak mengambil matang dengan definisi Kamus Dewan. Saya pun tak mahu kata matang itu bila akil baligh. Saya lagi la takkan kata, matang tu adalah apabila ada keinginan seks. Tapi pada saya, matang adalah apabila seorang manusia itu mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

KENAPA BEGITU TAKRIFNYA?

Mudah. Pada saya, orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini. Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.

Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya. Hal ini kerana, dunia adalah ladang kepada akhirat kita. Maka kita akan berusaha menyemai benih-benih yang baik sahaja, jika kita faham bahawa kita hendak menuai sesuatu yang baik di sana.


Manusia yang faham begini, kalau dia tersilap di atas dunia ini, melakukan kesalahan, berbuat dosa, tergelincir dalam maksiat, maka dia akan bersegera untuk bergerak pulang ke jalan yang sebenar. Kerana dia faham, dia akan kembali kepada siapa. Dari kefahaman inilah, akan munculnya segala kekuatan, keseriusan untuk hidup, dan kesungguhan dalam pekerjaan.

Matang biasanya kita kaitkan dengan kedewasaan serta cara berfikir. Maka tidakkan kita memerhatikan bahawa, manusia yang nampak akan kaitan hidupnya dengan akhirat, maka dia secara tidak langsung dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya?

MATANG & UMUR

Orang kata, kalau tak habis belajar, tak boleh kahwin. Kenapa? Sebab umur kecil lagi, belajar tak habis lagi, tak matang. Pendapat saya, kematangan tidak diukur dengan umur, atau tahap pengajian. Matang diukur dengan kedewasaan pemikiran dan keseriusan dalam tindakan. Bagi orang yang benar-benar matang, dia akan berfikir berkenaan perkahwinan, lebih dari sekadar cintanya kepada orang yang dia cinta.

Dia akan fikir persediaannya untuk menjadi suami yang baik, persediaannya hendak menyara keluarga, persediaannya untuk menjadi bapa yang baik, persediaannya untuk membina keluarganya ke arah yang baik, seterusnya persediaannya untuk membawa keluarganya menembusi akhirat dengan baik. Inilah kematangan. Bukan sekadar kahwin kerana syok-syok, suka sama suka, cinta sama cinta.

Justeru, untuk yang mencapai tahap kematangan ini, apa salahnya dia hendak berkahwin awal? Mungkin sukar untuk dijelaskan dalam artikel yang pendek ini, kerana mentaliti kita hari ini mengaitkan kematangan dengan umur. Namun pada saya, anak kecil berumur 12 tahun pun boleh menjadi matang. Semuanya apabila dia berjaya mengaitkan kehidupannya di dunia, dengan akhiratnya.


Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhirat, dia akan serius, berhat-hati, berfikir panjang, dan amat menjaga diri. Dia akan belajar membuat perancangan, dan berusaha untuk melakukan kalkulasi dirinya dengan tepat. Dia akan berkira dengan kehidupannya, kerana dia tahu bahawa kehidupannya akan dikira oleh Allah SWT di akhirat sana.

Atas dasar ini, saya menyatakan bahawa, umur bukan penentu kematangan. Penentu kematangan adalah kefahaman. Apabila manusia berjaya mencapai kefahaman ini, barulah dia dikira sebagai matang dalam erti kata sebenar.

CONTOH KEMATANGAN TERDAHULU

Saya suka menunjuk kepada seorang manusia dalam sejarah dunia, yang pada saya menjadi contoh kematangan yang sebenar.

Usamah bin Zaid RA. Kenalkah anda akan dia?

Dia menjadi jeneral tentera Islam, dalam ekspedisi menewaskan Rom, seawal usianya 18 tahun. Dia menjatuhkan Rom pada umurnya 19 tahun. Di belakangnya ada sahabat-sahabat besar seperti Saad bin Abi Waqqas, dan sebagainya. Bagaimana Usamah bin Zaid RA ini boleh diangkat menjadi jeneral pada usia sedemikian? Kerana kematangannya ketika itu, setara dengan sesiapa sahaja orang tua dan besar yang menjadi tenteranya ketika itu.

Pastinya, Rasulullah SAW tidak akan memilih orang yang bukan-bukan dalam ekspidisi menumbangkan Rom. Menjadi jeneral bukan mudah. Menggepalai jumlah manusia yang ramai bukan mudah. Menewaskan Rom yang hebat ketika itu bukan mudah. Jeneral perlu tenang, sabar, punya otak yang bergeliga, mampu mengeluarkan strategi yang mantap, perlu tabah dan cekal. Dan pada umur 18 tahun, Usamah bin Zaid ini, telah mempunyai semua itu, sehingga dia diangkat menjadi jeneral.


Kita hari ini? Umur 18, sibuk dengan perempuan seksi, lelaki romantik. Belajar pun tak sungguh-sungguh, masa hadapan pun tak fikir, cita-cita pun tak ada. Hanya tahu seronok, seronok dan seronok sahaja. Apa yang membuatkan Usamah bin Zaid sematang itu? Kerana kefahamannya bahawa hidup ini hanya untuk Allah, dan di akhirat nanti kehidupannya akan dikira. Kerana itulah intipati madrasah Rasulullah SAW sampaikan, dan terserap pula dalam hidupnya.

Penutup: MAKA CAPAILAH DENGAN KEMATANGAN YG SEBENAR

Kita perlu matang. Matang dalam erti kata sebenar. Allah SWT amat suka, remaja yang meninggalkan kenakalan remajanya.

Bukan tidak boleh bercanda, bergurau senda. Namun semua itu kita letakkan di dalam lingkungan kematangan kita. Tidak berlebihan, tidak merosakkan hati, tidak menghancurkan persediaan kita ke akhirat. Biar matang,matang sehingga dihormati, disegani. Sampai akan ada orang kata: Ana ingat enta ni umur 30, baru 19 rupanya. Bukan kerana muka tua, tetapi kerana kedewasaan pemikiran kita.


Hendak capai bagaimana kematangan seperti ini? Dengan memahami kaitan akhirat dengan kehidupan kita ini. Mari sama-sama, kita ubah mentaliti kita, bergerak mencapai kematangan.

Ketahuilah bahawa, dunia ini tidak akan berubah, bangsa kita tidak akan meningkat, dan Islam itu tidak akan tersebar, dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai matlamat, dan tidak memahami makna kehidupan. Hanya yang matang sahaja, mempunyai matlamat dan memahami kehidupan dalam erti kata sebenarnya.
_________________________________________________________

wahh, hebat kan kalau kita betul2 dah capai tahap kematangan yang sebenar :) terima kasih buat perkongsian ini :) artikel hilal asyraf memang hebat hebat *kagum* aku dapatkan artikel ni daripada laman blog : http://apeacerahmah.blogspot.com/#ixzz1Huk2kHgZ

so, boleh boleh lah berlegar legar di laman tu, boleh timba ilmu banyak banyak di sana :)

Monday, March 28, 2011

letter from ibu babah :)

assalammualaikum :)

sila pause lagu blog ini sebentar. JOM hayati video ni. lepas dah habis tengok play semula dan play kan lagi tanpa henti. baca entry kali ini sambil dengar muzik yang tenang ni :P haha


macam selalu , aku bersiar siar dalam dunia facebook, dan terlihat video post ibu yang menarik :) berulang ulang kali aku tengok video ni , tak jemu .

siang tadi, syaza ada cerita. semalam dia pergi education fair dekat uitm shah alam. katanya , sane ramai orang. sempit dan panas. berpusu pusu orang ke sana ke sini. tiba tiba, ada seorang ibu yang semangat berebut rebut nak berjalan dalam sesak ramai orang. tangan si ibu itu memegang kad pengenalan anaknya siap dengan slip keputusan SPM. semangat nya si ibu ? mesti risaukan tentang plan sambung belajar si anak kan ?

hari ini dan semalam , sekali lagi seperti biasa . aku berlegar legar dalam dunia facebook. ada si kawan ajak berborak . jelas , ayah nya sedang bantu dia cari scholarship. susah kan ? hari ni, di ruang facebook , sekali lagi dia menegur terus kata "ayah aku kelakar, tengah apply scholarship, dia gelak bila tak dapat" sabar nya si ayah, busy cari scholarship buat si anak demi masa depan yang tersayang :)

pulang dari terengganu, seoarang anak ini terus masuk kereta, salam si ibu dan terus melemparkan pandangan ke luar tingkap. si anak ini sedang sedih. jauh perjalanan, sunyi sepi diam membisu saja. tak berani kata apa. ibu juga diam. tiba tiba, lampu isyarat merah menyala tanda berhenti. ibu terus capai tangan si anak dan kata "tahniah, jangan sedih lagi. result tu dah okay, ibu dah cukup bersyukur. ibu langsung tak kisah. tahu yaya dah usaha" dan banyak lagi si ibu katakann.. dia sangat memahami aku. aku terus menangis teresak tak henti. masa itu, dapat lihat si ibu menangis juga..

sedarkann, banyak nya jasa ibu babah. mulut susah nak kata, susah nak cerita. tapi, kita semua faham kan ? kadang kadang, aku sendiri selalu terkasar bahasa dengan mereka. dulu, sebelum masuk sester, mesti ada saja yang nak dilawannya, biasa lah, bak kata orang zaman remaja baru nak up. tapi, masa dekat SESTER, fathia azalin orang yang asyik meraung saja, teringat kan parents haha. masa tu aku rasa, susah nya tak ada ibu di sisi. sunyi..tada siapa nak dengar cerita cerita hebat fathia :) susah tak ada babah, nak dapat semangat diaaa, jauh nye sekali !

aku ingat lagi , kadang kadang dulu bila rasa penat, aku akan cakap dengan ibu dengan nada 'malasnya nak cakap'. tak seperti biasa aku yang excited sangat bila bercakap. bila rasa serba salah, aku mintak maaf pada dia. tapi, dia langsung tak ingat, langsung tak perasan yang aku tengah buat salah. betul ke tak perasan ? aku tahu, ibu terasa. saja tak nak diluahkan :) baik.. sayangnyaa ibuuu..

dulu, aku melawat babah di ofis dia. malangnya bilik dia kosong. ada hal pejabat. dia manusia yang sibuk mencari nafkah untuk kami. mesti ayah ayah kamu semua pun macam tu juga kan ? mesti. aku berjalan dalam ruang ofisnya. kagum dengan babah. dia lelaki hebat :) dalam biliknya, ada tergantung gambar kami semua :)

mereka sentiasa doakan kita. mahukan yang terbaik buat kita. bila tengok video ni banyak kali. betul tersentuh. menangis mungkin :)

ingat yaa, syurga di bawah tapak kaki ibu. jom ingat balik jasa jasa mereka. lima minit, singkat saja masanya. tak kisah lah walaupun sekejap. asalkan kita dapat rasakan kehangatan kasih sayang mereka :) hayati video tu baik baik yaa, kawan :)

Sunday, March 27, 2011

27 mac 2011


assalammualaikum :)

seronok bila along balik rumah sebab aku rasa macam kesunyian gila :P tadi aku dengan along teman ibu beli beli barang. so, aku macam gembira sangat sebab aku memang suka pergi JUSCO *entah mengapa :P balik je kami terus BAKAR BAKAR . sekarang aku kenyang :P alhamdulillah.

anyway, thanks to syaza naurah kerana dia ajak aku keluar hari ni :) yaa, ada juga kawan berborak borak. aku rasa berbaloi lah kau pergi PLKN, sebab sekarang dah jadi pendengar yang baik :P memang cap pengeluaran PLKN :) aku seronok jumpa kawan PLKN kau :P memang gila gila haha . next time boleh keluar buat pedicure and manicure pula HAHA .

Saturday, March 26, 2011

sudah jatuh , bangkit semula ;)

assalammualaikum :)

macam mana hari ni ? oklahh, much better. buat apa sedih sedih lagi kan.. there is nothing to regret. which happened is meant to be happen :)

A wise man once sat in the audience and cracked a joke. Everybody laughs like crazy. After a moment, he cracked the same joke again, less people laughed this time. He cracked the same joke again and again. When there was no laughter in the crowd , he smiled and said, “You can’t laugh about the same joke again and again, then why do you keep crying over the same thing over and over again?”

kakak hamba send pada hamba :) terimas kakanda ;D

so, pandang terus ke depan. yaa, aku mengalami masalah sama dengan kamu semua. memang susah nak plan masa depan. fikir biasiswa sana sini, UPU , course apa nak pilih. satu bebanan yang menggila. lebih lebih lagi bila ada masalah tentang syarat syarat kelayakan ! wah, sungguh tragis cabaran itu :) tak pa, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

hamba mahu kongsi ini. kakak hamba yang post di facebook siang tadi :)

Bila Allah tetapkan kita lakukan kesalahan, maka kita belajar mencari kebenaran,
Bila Allah berikan kita ujian, maka kita belajar erti kesabaran,
Bila Allah bagi kita kesusahan, maka kita belajar menggenggam ketabahan,
Bila Allah uji dengan kelemahan, maka kita belajar mengumpul kekuatan,
Bila Allah menduga dengan ketakutan, kita mengutip keberanian,
Bila Allah menghadiahkan kita kesenangan, maka kita belajar tentang kesyukuran,

terima kasih :)

biasa lah naik turun . bila jatuh, pandai pandai bangun sendiri . macam abg amir kata, kadang kadang kita kene rase berada di bawah. baru feel mase ada di zaman kegemilangan ! kalau kita sentiasa di atas sajaaa.. manusia lain bosan juga tengok. bila jatuh dan naik semula, masa otw naik, orang akan kata "wahh, fathia kembali naik semula" *mungkin ayat mereka berbeza* bila sangat lah zaman naik aku sebenarnye :P haha

ramai yang kata pada hamba, mase dekat Uni nanti dah lain cerita dia. masa tu, hamba boleh terus berusaha lagi ! masa tu, ada yang hampeh SPM boleh dapat result hebat jugak :P hamba nanti macam tu jugak, insyaAllah :)

ada sorang kawan hamba ni pesan pada hamba, jangan terlampau pentingkan SPM saja sehingga lupa untuk bersyukur, terlupa untuk redhaa, terlupa untuk sabar. sedangkan SPM tu tada apa pun sangat. lepas sambung study nanti, hamba akan kata "SPM, hitam putih kehidupan"

ada sorang lagi kawan baik hamba, ingat kan hamba, jangan berputus asa sebab susah yang hamba terima ni kecil sajaa. ramai lagi yang lebih rasa susah dari hamba. katanya, hamba hidup senang, makan minum pun cukup, tido atas katil, ada peluang ke sekolah, malah mampu terbang *flight pulaa :) oke, hamba tak boleh merungut lagi ! HAMBA KAN TABAH ?

family hambaa, hj maitit's family. nampak disitu, di laman FB keluarga kami. semuenya memberi kata kata semangat. nasihat dan pendapat. syukur ada family besar yang mengambil berat. saya betul menghargai itu :)

terima kasih semua, sekarang lebih bersemangat ;D langkah seterusnya, macam kamu semua juga. aku tengah fikir masak masak mengenai course yang aku nak pilih. alhamdulillah aku takde masalah dalam memilih course yang aku sendiri minat. harap harap ada lah rezeki aku untuk belajar di universiti sebab matrik bukan pilihan yang aku nak.

mari berhamba hamba :P

Friday, March 25, 2011

TERHEBAT ;D

TAHNIAH SESTER

tahun ni seramai 36 orang pelajar SESTER berjaya mendapat straight A's dalam SPM. SESTER berada di ranking pertama SBP di Terengganu dan berada di ranking ke 7 SBP satu malaysia :)

TAHNIAH , semua orang yang duduki SPM :P

semoga SESTER akan lebih hebat pada tahun tahun yang akan datang


pergi terengganu semula memang menyeronokkan gilaa :) aku rindu suasana terengganu. suasana dengan kawan kawan. untuk pertama kalinya, aku pergi terengganu naik bus. wahhh ! penat, letih, kebas *rungutan yang dahsyat tapi enjoyyyy tidoooo saja :P

kalau masa pergii aku tidooo je, tapi on the way pulang aku langsung tak tido. aku dapat seat tingkat atas. bus 2 tingkat *jakun* HAHA seronok seronok !

itu saja untuk kali ini .

la tahzan

kegagalan kali ini benar benar menguji iman ? aku kira barisan 'A' pada slip kertas SPM aku. kecewa hampa :(

hati merungut kata : "ya, Allah ! tak cukup lagii ke aku study siang malam ? tak cukup doaa lagi ke aku ni ? kenape penat sangat ? tak boleh ke kau tambah sikit lagi 'A' dalam slip aku ? kenape susah sangat ?"

banyak sangat rungutan manusia ini semalam. bilik kecil belakang pentas yang dulunya menjadi tempat aku melalak, aku lawat semula. sekali lagi dengan tangisan. kali ni lebih control sikit, sebab cikgu Almeida tengah beri ucapan :P *sengal* mujur ade seorang adik disitu, tenang sikit rasa hati, keyakinan diri perlahan lahan kembali pulih, rasa rendah diri yang teramat sangat, tak bagus. sekarang sudah OK sikit :) semalam, banyak masa yang diluangkan sepatutnya bersama kawan. tapi, aku tidak. banyak masa diluangkan bersama adik sendiri. ya lahh, aku tak mahu spoilt mood kamu semua, kawan :) maaf ! aku cuba senyum , ketawa. susah.

aku sedih. tak adil ! orang itu usahanya kurang *mana aku tau? , kenapa pencapaiannya lebih ? orang itu doanya kurang *mana aku tau lagi?, tapi kenapa jumlah 'A' nya lebih ? aku sedih, puas aku jaga mata. supaya tak terpancar kesedihan melaluinya. akhirnya ? TEWAS. aku memang selalu TEWAS ? fathia menangis lagi.

kenapa tak kali ni rezeki tu datang pada aku ? kenape benda yang aku harapkan sangat dan yang aku usaha kan sangat, aku tak dapat ? kenapa haa ? perit !

baiklah fathia azalin diam saja


'Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah'

ayat 34, surah ibrahim


sedarlah, banyak sangat nikmat yang Allah berikan. tak terkira banyak nya. bersyukur lah. mungkin diri sendiri ini tak sedar bila Allah tunaikan apa yang dipohon. mungkin diri ini hanya melihat pada kesusahan yang dialami. kerana manusia itu (diri ini) tak reti nak bersyukur dengan nikamat melimpah yang Allah berikan.

jangan sedih kalau tak berjaya untuk SPM sebab SPM bukan penentu hidup ini. jauh lagi perjalanan, banyak lagi halangan. perjalanan itu penuh cabaran. mudah mudahan, cabaran itu dapat diharungi melalui pengalaman. sedar tak ? kegagalan ini lah pengalaman kita :)

jangan sedih kalau tak berjaya untuk SPM ini. sebab apa yang berlaku ke atas kita, mesti ada hikmah disebalik nya. sabar, setiap manusia akan terima kejayaan juga, cuma terpulanglah kepada-Nya sama ada cepat atau lambat. Yang Maha segalanya itu sebenarnye sedang menangguhkan kejayaan kita, mungkin Dia sedang merancang sesuatu yang lebih istimewa. sabarlah :) yang penting jangan putus asa !

sedih lagii ? bagus bersedih kali ini. Allah ada rencana sendiri. mungkin Allah rindukan tangisan dan aduan kita semua. masih sedih lagi, doa lagi banyak banyak kepada-Nya. mengadu segala galanya. insyaAllah, segalanya terubat kerana Dia Maha Mendengar. paling setia :)

fathia azalin,

jangan merungut lagi. berhenti bersedih :) sudahkan yang lepas dan jadikan yang 'lepas' itu sebagai pengalaman yang mengajar. kau sibuk tanya tentang nikmat yang Allah berikan ?

" mungkin Allah tak beri nikmat kejayaan SPM untuk awak, tapi sebenarnya awak dah dapat nikmat yang lebih istimewa, hidayah dari-Nya" - manusia

perghhh, kata kata dia buat aku sedar betul. tak terhenti ucapan alhamdulillah :) takkan aku menangis sebab SPM ni lagi. usaha aku tak akan berhenti di sini. jalan masih terbuka luas kan ? mungkin benar, tak cukup lagi usaha aku. apatah lagi doa yang aku mintak ! jangan dihitung lagi nikmat yang diberikan. bersyukur lah dengan apa yang kita dapat :) dan teruskan usaha ! ;D

result SPM Fathia Azalin : 2A+ , 2A , 1A- , 1B+ , 3B

alhamdulillah, syukur :)

Monday, March 21, 2011

the heart of a muslim :)

assalammualaikum :)



disyorkan oleh : ayuni azalin binti azami
video ni menaikkan semangat aku
aku tahu, menaikkan semangat orang lain jugaa ;D

Sunday, March 20, 2011

PUTRAJAYA ;D

assalammualaikum :)

"kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan segalanya"


perancangan hari ini, terbang di dalam bakul 'hot air balloon' . tapi apakan daya, tiket SOLD OUT :( aku agak sedih sebab hajat tak kesampaian. so, kami jalan jalan bermain main dengan cuaca. sungguh menyeronokkan :D

berjalan terus ke station bus. menunggu bas saja dah betul betul mengaktifkan nilai kesabaran dalam diri aku :P KAMI MENUNGGU BAS BERNUMBER 201 ATAU 501 ! kitorang pergi alamanda. tengok movie sebentar :) CERITA HOT GILA ! best best :P dan berjalan jalan lagi tanpa hala tuju ! pusing pusing. alamanda tak besar mana. tapi, kami comel sangat, nak pergi big apple pun kena tanya orang :P

sempat duduk duduk dekat big apple :) ini adalah kegemaran saya ! dan, sure lah aku yang paling gembira makan makan selain daripada yusuf yang memang sejak azali lagi KUAT MAKAN ! ;D cerita cerita pun best masa ni sebab dah lama kut tak jumpe :)

klimaks

ada yang kata aku merimaskan. ada yang kata aku menggelabah. yaa, ingin saya mengaku di sini, benar lah aku merimaskan dan sangat menggelabah tadi :P

masa nak balik, ibu tunggu aku dekat alamanda lama. pluss ibu terlupa bawa handphone, so kami tak dapat nak berhubung. babah mula call call dan call untuk pastikan aku dekat mana. along pun call juga atas tujuan yang sama. manakala aku pada waktu tu sedang mencari cari ibu lalu menuju ke arah masjid putrajaya. stuck pula dalam kesesakan lalu lintas xp

macam mana aku tak menggelabah, kawan ? aku rasa aku menyusahkan ramai orang masa tu. aku susahkan korang, family aku. aku duduk pun tak senang. sepatutnye masa tu aku dah dalam kereta dengan ibu , tapi aku pulak tengah sedap sedap lagi bermain. boleh pulak naik kereta si kawan yang seorang ini. biar ibu tunggu lama lama tambah lagi dah nak maghrib masa tu. jadi, maaf kerana merimaskan.

bila dalam kereta dengan along. aku rasa legaa sangat. at least, aku dah bersama abang sendiri dan terasa lebih selamat :) tapi, bila ingat balik PUTRAJAYA hari ini.. aku rasa seronok gilaa dengan kawan dan kelakar sebab banyak benda yang aku belajar ;D

- aku belajar untuk bersabar ;)
- aku belajar untuk bertenang *walaupun agak kurang berjaya kata rakan ku* :D
- aku belajar untuk memilih sesuatu yang pasti !
- dann banyak lagi pelajaran pelajaran yang lain ;P

berkereta bersama : nursyaza naurah, siti suhailah, muhammad amsyar, yusuf abdullah :D


note : thanks untuk keluaran hari ini korang korang sekalian ;D dan sorry gila gila sebab menyusahkan :P

kesimpulannya, apa yang kita rancang mengikut kemahuan kita, tak semestinya berlaku. mesti ada hikmah di sebalik apa yang dah ditentukan oleh ALLAH :) contoh aku hari ni, mula mula aku rancang nak naik hot air balloon dan balik mengikut waktu yang telah ditetapkan tetapi malangnya, aku tak dapat pun naik hot air balloon. dah tu pulak, aku balik lewat. hikmah disebaliknya adalah : aku dapat belajar sumthing yang penting untuk perbaiki diri *sila berhenti menggelabah* :P secara tidak langsung, aku dah dapat merasa style pemanduan yusuf abdullah *macam ape entah* HAHA :P

Saturday, March 19, 2011

apa beza kita ?

assalammualaikum :)

kelas sunyi sepi. seorang cikgu sedang bercakap cakap di depan. aku duduk di belakang pasang telinga. cuba faham apa yang cikgu cuba sampai kan.

saya berikan satu senario. satu cerita yang kita sendiri boleh fikir fikirkan. dulu, sebuah negeri di malaysia pernah dilanda banjir yang sangat dahsyat. sape dekat sini yang pernah rumah nya mengalami banjir ?

maka, adalah beberape pelatih yang angkat tangan dan diminta untuk menceritakan suasana banjir tersebut. ada yang kata 'KOTOR' . banyak tikus dan menggelikan.

semue orang tahu banjir begitu. bila air sudah surut, banyak barang yang rosak di tepi jalan tersadai. sampah sampah yang terbiar terlampau banyak sehingga mengeluarkan bau yang sangattt busuk. anda suka begitu ? masyarakat mulaa mengeluhh dan susah hati. rasa putus asa muncul dek dugaan yang diberikan.

mari kita bandingkan. dulu di jepun, pernah berlaku banjir juga. sama seperti di tempat kita. suasana kotor dan tidak selesa. TETAPI, ada sesuatu yang berbeza. apa itu ? MASYARAKAT-nya. selepas air surut di jepun, masyarakatnya semue bergotong royong, bekerjasama membersihkan kawasan banjir. mereka membaiki segala kerosakan. sungguh menakjubkan, dalam masa tiga hari sahaja bandar mereka cantik seperti sedia kala. bersih seperti tidak pernah ada peristiwa banjir yang berlaku di tempat mereka. mulut mereka masing masing berkata "jom bersihkan dan baiki tempat ini".

langsung tidak sama dengan tempat kita. seminggu selepas air surut pun, keadaan masih sama. tikus berkeliaran. masyarakat buat dek saja. langsung tidak endah akan sekeliling. masing masing meratapi nasib malang yang menimpa diri.

aku terus berfikir. memang betul apa yang cikgu cakap. macam mana kita nak maju kan. rasa malu terang terang muncul dalam hati aku. kadang kadang, aku sendiri asyik bersedih sebab memikirkan nasib yang kurang baik menimpa aku. *mari muhasabah diri semula*

sekarang, kita semue digemparkan dengan bencana alam yang melanda di jepun. ribuan nyawa terkorban. rumah rumah, bangunan semua hancur. tapi, aku tak hairan, jika jepun bangun naik semule meneruskan zaman kemajuannya :) semoga mereka terus berusaha bangun maju !

entry kali ini bukan niat aku untuk memburukkan masyarakat sendiri. cume aku teringin nak berkongsi sedikit cerita seorang cikgu yang dikongsikan bersama masa aku dekat PLKN :) kesimpulannya di sini, mari lah sama sama kita fikir fikirkan semula dan muhasabah diri kita :) bagus dan hebatnya kalau kita semue boleh belajar dari pengalaman dan pemerhatian seperti ini :)

anda cuak ? saya juga !

assalammualaikum :)

sijil peperiksaan malaysia
. dulu, semue remaja di luar sana bising bising . risau, takut, gementar, berdebar nak duduki imtihan :) sekarang aku hanya tersengih teringat waktu waktu gementar tu. masuk dewan saja, bising bunyi pen G2 aku di tekan tekan mengikut beat degupan jantung. sekali sekali aku teringat suasana dewan yang sunyi sepi. masing masing tenangkan diri, ambil masa untuk fokus. dari pintu belakang, aku berjalan slow slow ke arah meja depan. fuhhh, cuak !

itu dulu. dah lepas. lega sudah untuk hadapi kertas kertas.

sijil peperiksaan malaysia. kini, semue remaja di luar sana bising bising . risau, takut, gementar, berdebar nak terima result spm :) pejam celik pejam celik rabu minggu depan dah 23hb kan ? masa tu, agak ramai yang akan menangis kegembiraan. ada juga yang menangis hampa sedih. ada yang wah, terkejutnya tak pun, tak percaya ? masa tu ada yang "alhamdulillah, bersyukurnya" tak pun, ada yang "ihh, menyesalnya tak buat betul2" dan semestinya ada yang "redha. aku dah buat yang terbaik, tade rezeki mungkin"

aku teringat SPM aku, aku sempat ingat ingat semula ujian lepas lepas yang pernah aku hadapi. aku duduk sekolah hebat, bersama manusia manusia hebat. result pun hebat hebat. hati aku kata " wahh ?"

jujur, aku sedang cuak memikirkan result aku nanti bagaikan 'tidonervous,bangunnervousjuga' :S

Wednesday, March 16, 2011

riadah

assalamualaikum :)

alhamdulillah, tercapai jugak hajat hari ni untuk berbasikal. rasa macam dah lama sangat tak naik basikal. dah semalam hujan, hari ni awan gelap gelap sikit. tapi, syukur dengan keizinan Allah, aku dengan ibu berkesempatan jogging + basikal dekat tempat biasaa : putrajaya


di sini aku sertakan short video yang menyatakan misi ibu :P



itu saja untuk di update. mudah mudahan dengan riadah yang aku buat ni boleh dibuat tiap tiap hari supaya kesihatan aku sentiasa terjamin kehebatannya ;) dan semoga misi ibu berjaya. kuruskan badann demi kesihatan akan datang ! HAHA *ibu saya sangat comel :P

Tuesday, March 15, 2011

apa khabar fathia azalin ?

assalamualaikum :)

fizikal OK , mental OK , iman ? insyaAllah sentiasa dipertingkatkan :)

dulu masa dekat SESTER, ada satu meja, tertulis atas meja itu :

apa khabar iman anda?

saja. ingat ingat kan diri aku. sedar tak sedar, manusia memang senang berubah. kadang kadang aku cepat leka. tak ingat dengan perubahan yang aku sendiri pilih dan perubahan yang aku sendiri bawa. ingat pesan cikgu : jangan takut terima perubahan :)

nak takut apa ? apa yang nak ditakutkan kalau kau sendiri tau baik buruknya. kau buat perubahan yang betul.

takut pada pandangan orang pada diri sendiri ?
takut pada perubahan yang tak istiqamah ?

biar fathia azalin sendiri yang jawab :)

takut pada pandangan orang pada diri kita sendiri. siapa mereka untuk aku rasa takut ? apa hak mereka untuk beri pandangan mereka tentang aku ? apa yang mereka boleh beri pada aku kalau aku berubah sekalipun ? aku tak perlu takut pada manusia yang sama seperti aku, kita tiada beza. yang maha satu itu lebih mengetahui fathia ;) sila berpandangan jauh. yang jauh itu kita tak nampak. tapi yang jauh itu lah yang kekal buat selamanya. penilaian maha satu itu yang aku perlukan sebenarnya :)

takut pada perubahan yang tak istiqamah. diri kau kata apa ? kuatkan pendirian sendiri ! kehidupan manusia yang berjaya : hari ini akan lebih baik dari semalam. kerana aku belajar dari pengalaman dan kesilapan. manusia yang beriman sentiasa benci untuk mengulangi kesilapan yang lepas. kau pun sama juga fathia :) mesti istiqamah dalam melakukan sesuatu.

fathia azalin, kukuhkan iman kau ! jangan goyah. tingkatkan keyakinan kau, jangan tenggelam dek tsunami yang melanda *haa ?*

p/s : entry kali ini sebagai peringatan buat fathia azalin :P

Monday, March 14, 2011

kem PLKN Princess Haliza ;D

wira wirawati bravo *shot terakhir*
muka masing2 dah penat ;D

campsite bravo

assalamualaikum :)

sempat lah blog ini bersawang lama sementara yang seorang ini sibuk menuntut ilmu di Kem PLKN Princess Haliza :P dan kini seorang wirawati negara secara rasminye telah berjaya menamatkan pengajiannya HAHA :P

2 bulan setengah banyak sangat kenangan. jumpe kawan kawan baru sudah pastinye TERHEBAT. kenangan dalam kelas CB, kelas KN, kenangan mase buat aktiviti fizikal juga :) hurmm, aku mungkin akan rindu saat saat melapor.

"kekuatan penuh 56, dalam baris 55, satu kali wirawati melayu tak dapat dikesan" - fathia azalin

laporan ini yang pernah aku buat dan balasannya, satu penangan yang hebat aku dapat. berdiri di depan sekali menghadap KJ seorang diri. wahh, aku ingat lagi kata kata dia.

"awak ingat nak melapor ape ni? mana lagi sorang tu?! dah mampos? mati dalam perjalanan mase nak masuk baris? KAU pergi cari dia sekarang !" - Ketue jurulatih fizikal

padan muka fathia azalin :P

kekuatan penuh wira wirawati 472 kali
257 kali wira, 215 kali wirawati

juara : kompeni delta
naib juara : kompeni bravo
ketiga : kompeni charlie
keempat : kompeni alpha

ketua platun terbaik : nur erma (alpha)
penembak terbaik : muhammad zuhri (bravo) - 97pt

wira terbaik : mohamad muzhafar
wirawati terbaik : lim xin li

sane, aku belajar menepis kebosanan terperap dalam kawasan itu. haha. ye, aku memang tak suke hidup terkurung di tempat itu. apatah lagi apabila dipakse membuat bende2 yang aku sendiri tak suke dan tak boleh buat apa yang aku suke. tapi, tempat yang terkurung tu lah yang kasi aku peluang untuk mengerti dan mengenali 'rase sayang tempat sendiri'.

mule mule masuk, aku sendiri tak yakin. "boleh ke PLKN merubah sikap manusia?" dan kemudiannya, aku belajar "tak ada yang mustahil" semue bergantung kepada diri sendiri . jika anda mahukan perubahan "taip YA" dan hantar ke 32777 :P

dekat sane, macam macam aktiviti yang kitorang buat. tapi, loteh den ar nak cito sumonyo. so, aku cerite mana yang aku minat saja :P

1 # derma darah - for the first time, darah aku didermakan sebanyak 350ml kepada bakal penerima :P aku rasa gembira sebab mendapat kelayakan untuk menderma :P hati aku kata ikhlas :) alhamdulillah, lepas derma darah tu aku masih katang berdiri gah sihat, cergas dan aktif. tak pening, tiada muntah muntah dan tak pitam :) *syukur*

2 # M16 - menembak adalah aktiviti yang paling di tunggu tunggu. disebabkan aku ni hebat sangat, point yang aku dapat hanya 31pt :P tapi, alhamdulillah sebab tak teruk lagi dari itu :P tapi, aku memang enjoy snagat menembak. masa tu, berangan hangat gila. macam tengah berperang HAHA

3 # orientering - aku rasa TERHEBAT ! dimana ada kemahuan , di situ ada jalan. berpandukan kompas, memang takda jalan lagi, hanya hutan. so, dengan satu kata sepakat, kami redah hutan itu, buka jalan baru ! sangat adventure ! suka suki :D

4 # goreng telur *wirajaya* - penggoreng telur masa terpantas *wirawati bravo* biar aku kasi tips. minyak tak payah gune pun tak pe :P oke oke. aku ila dan lia. untuk pertandingan ni, kitorang goreng bersama. untuk nyalakan api sahaja dah memakan masa ada lah tak sampai seminit :P

5 # pertolongan cemas - best best. masuk hutan malam malam untuk dengar suara jeritan meminta pertolongan. tapi, disebabkan kitorang ni kejam sangat, tunggu lah sampai pesakit tu dah nyawa nyawa ikan baru nak tolong :P haha

6 # kawad kaki - sejak azali lagi en, aku memang suka gile kawad kaki. tapi, malangnye, kawad kaki kali ni, kompeni bravo berjaya menempah tempat keempat saja. tapi, tak pe, ni kalah dalam kemenangan :P *haaa ye lah, sampai dah hitam kulit ni*

7 # malam penutup - team team IC dapat tender uruskan malam penutup. so, aku sebagai setiausaha bekerja keras buat yang terbaik. memang tak mudah, tapi alhamdulillah malam penutup berjalan dengan lancar dan baik sekali. banyak sangat aku belajar masa ni dan aku rasa sangat seronok :D

8 # tazkirah - aku suka tazkirah cikgu shah 2. mungkin, aku akan rindu suara itu. semue kata kata yang keluar dari mulut dia dah macam kata kata semangat untuk aku. seronok. semuenya bermakna. juga fadhil, salah seorang wira di sana :) bagus bagus. dan yang lain lain. semue orang saling ingat mengingatkan. so, senang hati :)

9 # riadah - siapa sangka, fathia main bola tampar ? HAHA. wira bravo banyak ajar. aku mengimpikan, balik PLKN je, aku dah hebat gila main bola tampar :P thanks to fieza, mus, zuhri, izzat. dorang banyak ajar aku main :P dannn siapa sangka fathia main sepak takraw ! ini cool gilaa ;D

10 # sahabat - mengenali nurnailah :)

bagaimana ya ?
bayangkan : malam last itu, suasana kononnya sunyi sepi hanya dengar esakan tangisan. kami berpelukan ikhlas *erat* mulut masing masing menyatakan

"aku sayang kau gilaa weii"

sambil air mata mengalir tanpa henti :)

thanks for everything, nailah :)

tak lupa juga, afifah :)

banyak lagi tapi tak larat nak cerita semue. tapi, mengenal semue orang di PLKN sangat best :) kawan kawan baru sangat sangat sangat best ;D

terima kasih :)
kerana meluangkan masa
untuk membaca ini

Al- Fatihah

assalamualaikum :)

jom ramai ramai sedekahkan al-fatihah kepada bapa iman mustaffar.

note to iman : sabar yee :) dah jadi lumrah, yang hidup mesti akan mati. Allah lebih sayangkan dia, so, die dibawa pergi dulu dari kita semue. kuat kan semangat ! jadikan dugaan berat ni sebagai peransang untuk terus hidup dengan baik bagi membalas jasa baik dia.

banyakkan berdoa iman. mudah mudahan ayah awak ditempatkan bersama orang orang yang beriman :)