Saturday, March 19, 2011

apa beza kita ?

assalammualaikum :)

kelas sunyi sepi. seorang cikgu sedang bercakap cakap di depan. aku duduk di belakang pasang telinga. cuba faham apa yang cikgu cuba sampai kan.

saya berikan satu senario. satu cerita yang kita sendiri boleh fikir fikirkan. dulu, sebuah negeri di malaysia pernah dilanda banjir yang sangat dahsyat. sape dekat sini yang pernah rumah nya mengalami banjir ?

maka, adalah beberape pelatih yang angkat tangan dan diminta untuk menceritakan suasana banjir tersebut. ada yang kata 'KOTOR' . banyak tikus dan menggelikan.

semue orang tahu banjir begitu. bila air sudah surut, banyak barang yang rosak di tepi jalan tersadai. sampah sampah yang terbiar terlampau banyak sehingga mengeluarkan bau yang sangattt busuk. anda suka begitu ? masyarakat mulaa mengeluhh dan susah hati. rasa putus asa muncul dek dugaan yang diberikan.

mari kita bandingkan. dulu di jepun, pernah berlaku banjir juga. sama seperti di tempat kita. suasana kotor dan tidak selesa. TETAPI, ada sesuatu yang berbeza. apa itu ? MASYARAKAT-nya. selepas air surut di jepun, masyarakatnya semue bergotong royong, bekerjasama membersihkan kawasan banjir. mereka membaiki segala kerosakan. sungguh menakjubkan, dalam masa tiga hari sahaja bandar mereka cantik seperti sedia kala. bersih seperti tidak pernah ada peristiwa banjir yang berlaku di tempat mereka. mulut mereka masing masing berkata "jom bersihkan dan baiki tempat ini".

langsung tidak sama dengan tempat kita. seminggu selepas air surut pun, keadaan masih sama. tikus berkeliaran. masyarakat buat dek saja. langsung tidak endah akan sekeliling. masing masing meratapi nasib malang yang menimpa diri.

aku terus berfikir. memang betul apa yang cikgu cakap. macam mana kita nak maju kan. rasa malu terang terang muncul dalam hati aku. kadang kadang, aku sendiri asyik bersedih sebab memikirkan nasib yang kurang baik menimpa aku. *mari muhasabah diri semula*

sekarang, kita semue digemparkan dengan bencana alam yang melanda di jepun. ribuan nyawa terkorban. rumah rumah, bangunan semua hancur. tapi, aku tak hairan, jika jepun bangun naik semule meneruskan zaman kemajuannya :) semoga mereka terus berusaha bangun maju !

entry kali ini bukan niat aku untuk memburukkan masyarakat sendiri. cume aku teringin nak berkongsi sedikit cerita seorang cikgu yang dikongsikan bersama masa aku dekat PLKN :) kesimpulannya di sini, mari lah sama sama kita fikir fikirkan semula dan muhasabah diri kita :) bagus dan hebatnya kalau kita semue boleh belajar dari pengalaman dan pemerhatian seperti ini :)

No comments: