Sunday, March 20, 2011

PUTRAJAYA ;D

assalammualaikum :)

"kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan segalanya"


perancangan hari ini, terbang di dalam bakul 'hot air balloon' . tapi apakan daya, tiket SOLD OUT :( aku agak sedih sebab hajat tak kesampaian. so, kami jalan jalan bermain main dengan cuaca. sungguh menyeronokkan :D

berjalan terus ke station bus. menunggu bas saja dah betul betul mengaktifkan nilai kesabaran dalam diri aku :P KAMI MENUNGGU BAS BERNUMBER 201 ATAU 501 ! kitorang pergi alamanda. tengok movie sebentar :) CERITA HOT GILA ! best best :P dan berjalan jalan lagi tanpa hala tuju ! pusing pusing. alamanda tak besar mana. tapi, kami comel sangat, nak pergi big apple pun kena tanya orang :P

sempat duduk duduk dekat big apple :) ini adalah kegemaran saya ! dan, sure lah aku yang paling gembira makan makan selain daripada yusuf yang memang sejak azali lagi KUAT MAKAN ! ;D cerita cerita pun best masa ni sebab dah lama kut tak jumpe :)

klimaks

ada yang kata aku merimaskan. ada yang kata aku menggelabah. yaa, ingin saya mengaku di sini, benar lah aku merimaskan dan sangat menggelabah tadi :P

masa nak balik, ibu tunggu aku dekat alamanda lama. pluss ibu terlupa bawa handphone, so kami tak dapat nak berhubung. babah mula call call dan call untuk pastikan aku dekat mana. along pun call juga atas tujuan yang sama. manakala aku pada waktu tu sedang mencari cari ibu lalu menuju ke arah masjid putrajaya. stuck pula dalam kesesakan lalu lintas xp

macam mana aku tak menggelabah, kawan ? aku rasa aku menyusahkan ramai orang masa tu. aku susahkan korang, family aku. aku duduk pun tak senang. sepatutnye masa tu aku dah dalam kereta dengan ibu , tapi aku pulak tengah sedap sedap lagi bermain. boleh pulak naik kereta si kawan yang seorang ini. biar ibu tunggu lama lama tambah lagi dah nak maghrib masa tu. jadi, maaf kerana merimaskan.

bila dalam kereta dengan along. aku rasa legaa sangat. at least, aku dah bersama abang sendiri dan terasa lebih selamat :) tapi, bila ingat balik PUTRAJAYA hari ini.. aku rasa seronok gilaa dengan kawan dan kelakar sebab banyak benda yang aku belajar ;D

- aku belajar untuk bersabar ;)
- aku belajar untuk bertenang *walaupun agak kurang berjaya kata rakan ku* :D
- aku belajar untuk memilih sesuatu yang pasti !
- dann banyak lagi pelajaran pelajaran yang lain ;P

berkereta bersama : nursyaza naurah, siti suhailah, muhammad amsyar, yusuf abdullah :D


note : thanks untuk keluaran hari ini korang korang sekalian ;D dan sorry gila gila sebab menyusahkan :P

kesimpulannya, apa yang kita rancang mengikut kemahuan kita, tak semestinya berlaku. mesti ada hikmah di sebalik apa yang dah ditentukan oleh ALLAH :) contoh aku hari ni, mula mula aku rancang nak naik hot air balloon dan balik mengikut waktu yang telah ditetapkan tetapi malangnya, aku tak dapat pun naik hot air balloon. dah tu pulak, aku balik lewat. hikmah disebaliknya adalah : aku dapat belajar sumthing yang penting untuk perbaiki diri *sila berhenti menggelabah* :P secara tidak langsung, aku dah dapat merasa style pemanduan yusuf abdullah *macam ape entah* HAHA :P

4 comments:

Anonymous said...

yusuf nampak macam syafiq time rambut pjg

nadiahbs said...

jealous. pfftt..
apesal lah sy stay jauh -.-

fathia azalin said...

nadiah bs, awak patut tido rumah saya sekali sekala ;P

Nu'az Zee™ said...

pehhh..okeh lagi dapat pergi..
aku nak pergi hujan pulak tiba2..
terus cancel.. ^_^