Tuesday, March 15, 2011

apa khabar fathia azalin ?

assalamualaikum :)

fizikal OK , mental OK , iman ? insyaAllah sentiasa dipertingkatkan :)

dulu masa dekat SESTER, ada satu meja, tertulis atas meja itu :

apa khabar iman anda?

saja. ingat ingat kan diri aku. sedar tak sedar, manusia memang senang berubah. kadang kadang aku cepat leka. tak ingat dengan perubahan yang aku sendiri pilih dan perubahan yang aku sendiri bawa. ingat pesan cikgu : jangan takut terima perubahan :)

nak takut apa ? apa yang nak ditakutkan kalau kau sendiri tau baik buruknya. kau buat perubahan yang betul.

takut pada pandangan orang pada diri sendiri ?
takut pada perubahan yang tak istiqamah ?

biar fathia azalin sendiri yang jawab :)

takut pada pandangan orang pada diri kita sendiri. siapa mereka untuk aku rasa takut ? apa hak mereka untuk beri pandangan mereka tentang aku ? apa yang mereka boleh beri pada aku kalau aku berubah sekalipun ? aku tak perlu takut pada manusia yang sama seperti aku, kita tiada beza. yang maha satu itu lebih mengetahui fathia ;) sila berpandangan jauh. yang jauh itu kita tak nampak. tapi yang jauh itu lah yang kekal buat selamanya. penilaian maha satu itu yang aku perlukan sebenarnya :)

takut pada perubahan yang tak istiqamah. diri kau kata apa ? kuatkan pendirian sendiri ! kehidupan manusia yang berjaya : hari ini akan lebih baik dari semalam. kerana aku belajar dari pengalaman dan kesilapan. manusia yang beriman sentiasa benci untuk mengulangi kesilapan yang lepas. kau pun sama juga fathia :) mesti istiqamah dalam melakukan sesuatu.

fathia azalin, kukuhkan iman kau ! jangan goyah. tingkatkan keyakinan kau, jangan tenggelam dek tsunami yang melanda *haa ?*

p/s : entry kali ini sebagai peringatan buat fathia azalin :P

No comments: