Saturday, May 28, 2011

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ;)

Assalamualaikum :)

cuba bayangkan situasi di mana korang bukak satu pintu bilik : buat muka tercengang tengok bilik berbucu empat , luas di tengah, setiap penjuru ada katil meja study and almari baju. tengah tengah dekat syiling ada kipas .

pejam celik pejam celik, tak sangka dah ke kolej dah dan orientasi pun dah habis :) syukur lah dah habis, tak larat dah nak berorientasi lagi :P oke oke, kembali kepada point asal. mula mula dulu, sebelum masuk, aku tak pernah nak try check check macam mane rupa kolej ni, best ke tak, kemudahannya macam mana or dekat mane sekalipun. aku takut kalau mula timbul rasa tak suka, or timbul rasa 'menyedihkan' nanti . haha

sekarang dah 5 hari dekat sini . aku bersyukur sangat, alhamdulillah dapat masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang :) dah cukup baik kut. aku dapat bilik paling depan, paling dekat dengan semua tempat. cafe, sebeah bilik je . agak lah sedap hari hari ada macam macam. ada laksa, char koew tiow, nasi ayam, nasi berlauk. perghh, memang nikmat :) haha

kawan. awal awal ni, memang tade kawan lah. serius, bile duduk makan, teringat sester bila kite makan meja bulat ramai ramai dekat dewan makan. bila kita lepak2 dekat flat untuk makan makan lagi. memang teringat habis lah. tapi sekarang dah ada kawan :) harap harap sejati sampai bila bila dunia&akhirat lah :) syukur, ada teman.

kalau dulu, aku selalu cakap mu, aku, ngoyak, kabo, tok se, tak dok . sekarang aku cakap hang, hangpa, kami, teruihh, pi . automatik, dialek tukar :) haha. kadang kadang aku rasa macho bila jumpa orang terengganu, aku pun buat slang ganu, bila jumpa orang kelantan, tiba2 aku tukar slang kelantan. macho tak ? ahha :P

untuk kelas tutorial, kitorang ada mentor menti . bayang lah, mentor menti aku mula2 ada 3 orang je. dua cina dengan aku sorang melayu and sorang cikgu, indian . sangat lah 1MALAYSIA :) maka, dekat situ berbelit lah lidah aku nak kena speaking . mula mula, aku merungut jugak. tapi, ape yang diaturkan sebenarnye mesti terbaik, alhamdulillah aku bersyukur jugak dapat mentor menti ni sebab mase ni lah kan aku nak tingkat keyakinan aku kannn, nanti ade MUET lagi. so, ni macam peluang :) dah baik pun dengan dorang . ahha. tapi sekarang, dah tambah ada lagi menti2 lain yang masuk. so, kami sume dalam 8 orang .

dulu aku belajar biologi, fizik, chemistry. sekarang aku belajar account, math for account, bussines, ekonomi. aku macam takut jugak sebab aku tade asas and background dalam benda bende ni. tapi, okay, semangat ade, insyaAllah semua okay. harap Allah permudahkan apa yang sukar :)

heihhh, aku betul betul harap perjalanan lepas ni sentiasa diberkati :) mudah mudahan jalan yang berliku liku tu aku boleh lalui dengan baik. setiap apa yang aku terima mesti ada baiknya . doakan kejayaan dunia&akhirat sama sama . hurm jangan risau , Allah kan ada :)

anyway, orentasi ni sangat sangat sangat lah BEST ! sampai sekarang, aku tak nangis lagi :)
syabas fathia azalin , ceh sekarang dah nekad tabah kan diri :P

okey beli beli lah, Assalamualaikum :)

Saturday, May 21, 2011

RABU KHAMIS JUMAAT SABTU dengan kinah ;)


Assalamualaikum :)

RABU , kinah datang tidur dekat rumah ni . dan itu sangat awesome ! best sangat kut bagi aku . buat macam macam . punye lah sakan meronggeng sana sini, berani je pulak dengan 'pemanduan haram' ****

kite pergi alamanda , aisyah dengan shima ada sekali. suhi jumpa sekejap je. best lah, aku sempat beli barang barang matrik dekat carrefour alamanda. muka si baldi merah =.='


kita pergi BSN , sengal kan pergi sampai dua kali sebab tak jumpe number acc matrik, lepas tu lupa jumlah nak bayar. aku sangat lahh tak tau dan aisyah sangat lah PRO , kan kinah ? haha . yaa, mungkin lepas ni aku kena lebih alert dengan hal hal sebegini . teruk lah fathia azalin ni =.='

kitorang pergi jusco beli beli barang matriks and sempat lah pekena ABC s**** sambil makan sushi . memang terbaik :P

kinah ade ikut aku pergi kerja sekali ; tadika . die dah kenal abu mansur comel :) nampak kinah macam penat gile kut sebab mase tunggu waktu balik tu, duduk dekat tangge die dah tertidur tersengguk sengguk . haha . penat kut jadi 'cikgu tinah' HAHA :D

best lah lawatan awak kali ni , menyeronokkan . gelak gila gila bila tengok 'OH YEAH' same same dekat youtube . lepas tu nak tengok movie dekat AWOOH asyek tergendala je . makan tido dengan chachoss . bawak kereta main sesat sesat ! seronok *HAHA


bila agak agak awak boleh datang lagi kan ?

Tuesday, May 17, 2011

projek alamkita :D

Assalamualaikum :)


semoga cerita semalam kekal jadi kenangan terhandal aku :P haha mana lah tak handal dengan berani tanpa lesen P di purse drive sampai alamanda. tak pe, alam anda je * sangat dekat . hanya dijauhkan dengan sesat barat . kumpul dekat rumah suhi, merasa strawberry cheese tart dia.

lepas tu lepak lepak dekat alamanda. shima belanja kaoroke. hihi, first time tau :P merasa lah tengok diorang diorang ni sume melalak bersuara merdu :P seronok, pengalaman. jalan jalan jalan, adib belanja big apple :) aku gembira lah kann, feveret !

itu saja :) thanks untuk semua : syaza, shima, suhi, aisyah, amsyar, hairul, adib, alif, yusuf .

Thursday, May 12, 2011

exam tadika

tegak aku berdiri depan kelas. diam dan hanya mampu melihat mereka =.='

ada yang berlari lari, berdiri atas meja. semua bersuara ;

"cikgu... susahhhh"
"cikguuu, yang ni macam mana ?"
"cikguuu, macam ni ke ?"
"cikguu, penat lahhh. banyak sangat soalan"

ada yang menangis ; sebabnya pensel patah, takde pensel warna, pemadam hilang, tak boleh jawab soalan.

sehingga satu saat, ada dalam 4 orang menangis. semua budak budak berkerumun depan aku duduk atas meja, berdiri sebelah. macam macam kerenah =.='

stress muncul, hilang sabar. tak sangka aku melakukan ini :

"diam !" - jeritan lantang aku kuat bergema . sekelip mata je ; SUNYI .
aku terus duduk sandar dekat dinding. rasa nak nangis pun ada . aku rasa letih gila sampai nak nangis . sedih lagi bila tengok Adam Houd nangis . haha

aku diam terus. then, sorang sorang beratur duduk sebelah aku, jadi macam satu deretan kanak kanak bersandar dekat dinding. dalam sunyi sunyi tiba tiba najihah bersuara "susah laaa, macam mana ni cikgu ?" HAHA bila ingat balik, sweet betul saat tu macam drama :)

"adam, kenapa adam nangis ?" aku tanya dan air mata die lagi deras mengalir ++
"cikgu garang ke ?" aku tanya lagi, kali ni dia angguk.

ya lahh, budak budak ni tak pernah lagi tengok aku marah =.= dasyat ! haha

mase balik, aku buat magik. alah magik yang pakai duit 20sen atas meja tu. mereka kembali riang . haihhh, budak tadika :)

monolog ;

HATI ,

kau tak sihat kah ?

Tuesday, May 10, 2011

NABIL, lepak lah .

memandang kan hari takde sape boleh amik aku balik dari kerja, fathi dah ready orang suruhan untuk tolong amik aku :P thanks, nabil amik aku dari tadika hari ni. dan aku teman die pergi pejabat pos seri kembangan untuk renew lesen P dia. haihh, bertuah lah kau ~

malang menimpa, lesen tak dapat direnewkan begitu sahaja. so, die ajak pegi minum2 dulu sebab belum terasa nak balik lagi. kami pun pergi ke jusco untuk lepak bersama irsyad di sana.

wei, korang ! tahniah atas kehebatan korang :) berjaya pergi temuduga, and tak sangka en sesakai sakai nabil pun temuduga berjaya :) haha. aku betul lega lega sangat sangat kau dapat uitm dengan course yang kau dpt ni . kau tau en, bila ckp psl maktab tu, muke aku jadi macam mane ? HAHA. aku tak dpt bayang lah kau jadi cikgu pulak. tak nak arhhh :P anyway, congrat sekali lagi *mcm kau dpt bace je semue ni :P

cerita HEBAT kita. abaikan :) kedudukan seri 1-1 okay ! beli beli, Assalamualaikum :)

Monday, May 9, 2011

=.=


Assalamualaikum :)

dah tengok video ni ? tadi lalu lalang youtube and tumblr, jumpa video ni untuk di share kan bersama.

hebat kan ? ni baru bayangan manusia, sesungguhnya kiamat tu kita tak boleh gambarkan betapa dasyatnya. kalau bayangan manusia ni saja dah dasyat takut bila di lihat, apatah lagi hari sebenar kiamat nanti. wallahualam .

beringat ingat lah fathia .

Saturday, May 7, 2011

susah ?

Assalamualaikum :)

matrikulasi :)

dan sume orang mcm "sure ke wei? dah tu, UiTM tak nak ke?" ramai yang kata matrik ni susah. better go for UiTM. dan aku macam ragu ragu pada mulanya . ada jugak yang kata itu ini lagi senang. aku dahh alamak, mane patut pilih ni.

sekarang, aku pilih matrikulasi penang. dah cukup dengan pendapat orang, cukup dengar segala informasi. itu susah, ini susah. now, it's up to you, Fathia Azalin. macam aku sendiri selalu cakap, dalam dunia ni takda apa yang mudah. semuenya susah susah belaka. sebab tu, laluinya tenang yaa ~

jangan takut dengan SUSAH . betul tak ? betul tak ?


try lah kalau berani kan kan . try matrikulasi yang orang kata susah :) saya cabar ! haha. usaha tangga kejayaan :P kita try dulu. tak salah cuba. mungkin ini lah jalan nya.

jangan risau. macam orang selalu cakap, CHILL ! semuanya akan OKAY ? kan !

lagipun, belajar lah mana mana pun Fathia. asalkan kau still belajar, dan lepas tu tak da apa nak dirisaukan asalkan hidup tak pernah berhenti belajar. untuk apa belajar ? untuk capai kejayaan itu, dunia&akhirat .

noktah confused itu .


Assalamualaikum :)

UiTM sri Iskandar, Perak - accountancy

berdebar kut check UPU semalam, alhamdulillah dapat first choice, apa yang aku nak dapat. tapi, aku still confused nak pilih mana. setelah berfikir berpanjangan, mendengar pendapat, cari informasi. hati kata nak yang ini :

matrikulasi penang - accountancy

titik noktahnya di sini . aku pergi ke matrik, study betul betul untuk buat degree finance :) cakap memang mudah tp insyaAllah usaha ada, bergantung kepadaNya, DIA bantu .

agak bercelaru dan stress jugak untuk buat keputusan ni. aku harap ni pilihan yang terbaik and tak tersalah pilih. belajar mana mana pun sama je kan ? still bergantung diri sendiri juga .

kawan di luar sana, TAHNIAH atas apa yang korang ada sekarang :) yang tak beberapa senang dengan keadaan sekarang, sabar lah. insyaAllah, you will find your way , because Allah is always be your side :)

hei, tak sangka kita dah nak sambung belajar macam ni. ke alam yang lebih mencabar kan ? nanti, dah sambung belajar, jaga diri ya. pandai pandai fikir baik buruk. semoga jalan yang kita pilih ni sentiasa diredhaiNya :) jalan yang terbaik untuk kumpul bekalan untuk akhirat nanti . untuk aku, kau, dia, meraka, semua .

semoga berjaya dunia&akhirat :)

Thursday, May 5, 2011

first driving class

maaf, saya bukan pelajar pandai yang jenisnya fast learner itu. im trying my best :)

HAHA, aku ni drive manual macam melawak je pula. parking dengan bukit, alhamdulillah macam dah ok. yang tiga penjuru macam sengal sengal je. tangan dah merah pegang stereng. macam pelik je plak, ape aku buat dekat stereng sampai merah merah tangan ? haihh =.='

kaki dah macam penari ballet , lentik bai :P

dalam hati ada gusar, takut fail . serius, macam susah


i'm possible :)
just do it , TERBAIK .

Wednesday, May 4, 2011

umur :)


Assalamualaikum , hello there world .


4 mei berlalu pergi . umur aku meningkat sudah, genap dah 18 tahun. lepas ni, nak tengok wayang pun takkan ada road block lagi, walaupun sebelum ni tak banyak sangat kena road block. tapi, memang pernah terkena pada aku, pastinya . *krepek*

lalui seperti hari hari biasa. ke tadika, balik terus ke alamanda bersama suhi dan malam bermakan minum bersama family. thanks :)

untuk yang terbaiknya, family and friends : thanks untuk wish wish di fb yang tak terbalas *byk sangat* , msg yang tak tereply , phone call yang tak terangkat, doa yang dipanjatkan kepada Allah swt , sungguh saya hargai semuenya . terima kasih banyak banyak .

umur semakin meningkat, semoga ilmu di dada semakin bertambah ya :) banyak banyak makan garam . jadi manusia berjaya dunia&akhirat :) -kita semua .

Sunday, May 1, 2011

sorry, set to private .

Assalamualaikum :)

sejak dari minggu lepas, blog ini sudah tidak lagi dilawati oleh followers or pembaca senyap atau kawan kawan. set to private. yaa, kemudian tidak lagi si tuan blog mengepost apa apa untuk sajian kerana i'm too busy lately. benarkah ? mengalahkan mr president atau seorang blogger yang digelar motivator :P

pada minggu lepas, aku terfikir tentang sesuatu yang menakjubkan. setelah terlihat pada jumlah followers di side kanan blog fathia azalin, sudah mencecah 90. sungguh aku rasa wah maju nya ? walaupun sememangnya kawan kawan aku disebelah kanan dan kiri lebih ramai jumlah followersnya, mungkin sudah mencecah 200. aku tetap rasa 90 sudah cukup maju

untuk aku yang berkata ianya menakjubkan, aku rasa itu sudah cukup memesongkan idea asal aku berblogging sejak 3 tahun yang lepas. pada asalnya, aku cume blogging untuk suka suki. mungkin untuk mengingati hari hari lalu. supaya bila aku baca semula, hari hari lepas tak akan mati macam tu saja. mungkin aku boleh ingat semula dan ambil ambil sumthing yang boleh dijadikan pengajaran. manusia belajar daripada pengalaman kan ? so, aku try save pengalaman tu. kadang kadang ada juga aku rasa aku tulis sebab aku gembira dengan hari hari aku. buat aku appreciate dengan apa yang aku ada.

pernah dulu mungkin sejak 2 tahun yang lepas aku berangan angan, nanti bila dah besar : inginku bukukan blog ni untuk dijadikan jurnal kehidupan. buat cucu bagi pemerhatian tentang salah silah hidup nenek/moyang mu ini. HAHA. tak ke kelakar ? sebab mula mula menulis, yang follow hanya kakak abang dan sedara :P

90 sudah cukup memajukan. apalah sangat setakat menulis tentang hidup diri sendiri ? aku terfikir takde seronok nya baca hal hal orang apatah lagi yang tade kene mengena dengan diri kita sendiri. malah, aku tak pernah terlintas untuk berkata begini "folllow lah blog i" .

dan aku bukan seorang blogger yang menjadikan blog ini untuk menyampaikan berita berita terkini, hot news. atau aku bukan juga blogger yang menyampaikan kata kata hebat yang mampu menaikkan semangat seperti motivator di luar sana. atauu aku bukan juga blogger yang menulis berdasarkan pemerhatian dunia luar. dan aku juga bukan blogger yang share pendapat aku sendiri. HAHA

aku hanya blogger yang tulis tentang Fathia Azalin. kadang kadang aku selitkan tarbiyah buat ingatan aku sendiri. kata kata semangat yang aku lahirkan untuk menambah keyakinan diri. aku juga tulis tentang suka duka pengalaman yang aku alami. name blog saja FATHIA AZALIN .

kemudian, bila aku sedikit tersedar bahawa jumlah followers semakin meningkat. aku ada terfikir, apa yang mereka baca ? sungguh tak bermanfaat dengan membaca merepek merapu aku haha. so, aku try mematangkan gaya penulisan sedikit demi sedikit. berharap agar pembaca dapat sedikit kebaikan melalui blog aku sendiri. so, aku boleh lah rasa berkhidmat sikit. macam berkhidmat untuk masyarakat melalui blogging :) tapi, sungguh aku tak berapa nak pandai :P

kemudian aku set to private terus blog ini. mungkin kerana aku sudah mempunyai tumblr sebagai medium baru untuk berkongsi apa ada dalam fikiran. untuk bertukar tukar dan menyebarkan apa yang terlintas dalam hati :) semoga mendapat ibrah darinya. tapi akan kubuka semula blog ini kemudian hari buat bantuan untuk aku membaiki gaya penulisan perlahan lahan :)

sekali lagi terima kasih followers :) sungguh, aku hargaii itu .