Assalamualaikum :)
sejak dari minggu lepas, blog ini sudah tidak lagi dilawati oleh followers or pembaca senyap atau kawan kawan. set to private. yaa, kemudian tidak lagi si tuan blog mengepost apa apa untuk sajian kerana i'm too busy lately. benarkah ? mengalahkan mr president atau seorang blogger yang digelar motivator :P
pada minggu lepas, aku terfikir tentang sesuatu yang menakjubkan. setelah terlihat pada jumlah followers di side kanan blog fathia azalin, sudah mencecah 90. sungguh aku rasa wah maju nya ? walaupun sememangnya kawan kawan aku disebelah kanan dan kiri lebih ramai jumlah followersnya, mungkin sudah mencecah 200. aku tetap rasa 90 sudah cukup maju
untuk aku yang berkata ianya menakjubkan, aku rasa itu sudah cukup memesongkan idea asal aku berblogging sejak 3 tahun yang lepas. pada asalnya, aku cume blogging untuk suka suki. mungkin untuk mengingati hari hari lalu. supaya bila aku baca semula, hari hari lepas tak akan mati macam tu saja. mungkin aku boleh ingat semula dan ambil ambil sumthing yang boleh dijadikan pengajaran. manusia belajar daripada pengalaman kan ? so, aku try save pengalaman tu. kadang kadang ada juga aku rasa aku tulis sebab aku gembira dengan hari hari aku. buat aku appreciate dengan apa yang aku ada.
pernah dulu mungkin sejak 2 tahun yang lepas aku berangan angan, nanti bila dah besar : inginku bukukan blog ni untuk dijadikan jurnal kehidupan. buat cucu bagi pemerhatian tentang salah silah hidup nenek/moyang mu ini. HAHA. tak ke kelakar ? sebab mula mula menulis, yang follow hanya kakak abang dan sedara :P
90 sudah cukup memajukan. apalah sangat setakat menulis tentang hidup diri sendiri ? aku terfikir takde seronok nya baca hal hal orang apatah lagi yang tade kene mengena dengan diri kita sendiri. malah, aku tak pernah terlintas untuk berkata begini "folllow lah blog i" .
dan aku bukan seorang blogger yang menjadikan blog ini untuk menyampaikan berita berita terkini, hot news. atau aku bukan juga blogger yang menyampaikan kata kata hebat yang mampu menaikkan semangat seperti motivator di luar sana. atauu aku bukan juga blogger yang menulis berdasarkan pemerhatian dunia luar. dan aku juga bukan blogger yang share pendapat aku sendiri. HAHA
aku hanya blogger yang tulis tentang Fathia Azalin. kadang kadang aku selitkan tarbiyah buat ingatan aku sendiri. kata kata semangat yang aku lahirkan untuk menambah keyakinan diri. aku juga tulis tentang suka duka pengalaman yang aku alami. name blog saja FATHIA AZALIN .
kemudian, bila aku sedikit tersedar bahawa jumlah followers semakin meningkat. aku ada terfikir, apa yang mereka baca ? sungguh tak bermanfaat dengan membaca merepek merapu aku haha. so, aku try mematangkan gaya penulisan sedikit demi sedikit. berharap agar pembaca dapat sedikit kebaikan melalui blog aku sendiri. so, aku boleh lah rasa berkhidmat sikit. macam berkhidmat untuk masyarakat melalui blogging :) tapi, sungguh aku tak berapa nak pandai :P
kemudian aku set to private terus blog ini. mungkin kerana aku sudah mempunyai tumblr sebagai medium baru untuk berkongsi apa ada dalam fikiran. untuk bertukar tukar dan menyebarkan apa yang terlintas dalam hati :) semoga mendapat ibrah darinya. tapi akan kubuka semula blog ini kemudian hari buat bantuan untuk aku membaiki gaya penulisan perlahan lahan :)
sekali lagi terima kasih followers :) sungguh, aku hargaii itu .
No comments:
Post a Comment