Saturday, May 28, 2011

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ;)

Assalamualaikum :)

cuba bayangkan situasi di mana korang bukak satu pintu bilik : buat muka tercengang tengok bilik berbucu empat , luas di tengah, setiap penjuru ada katil meja study and almari baju. tengah tengah dekat syiling ada kipas .

pejam celik pejam celik, tak sangka dah ke kolej dah dan orientasi pun dah habis :) syukur lah dah habis, tak larat dah nak berorientasi lagi :P oke oke, kembali kepada point asal. mula mula dulu, sebelum masuk, aku tak pernah nak try check check macam mane rupa kolej ni, best ke tak, kemudahannya macam mana or dekat mane sekalipun. aku takut kalau mula timbul rasa tak suka, or timbul rasa 'menyedihkan' nanti . haha

sekarang dah 5 hari dekat sini . aku bersyukur sangat, alhamdulillah dapat masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang :) dah cukup baik kut. aku dapat bilik paling depan, paling dekat dengan semua tempat. cafe, sebeah bilik je . agak lah sedap hari hari ada macam macam. ada laksa, char koew tiow, nasi ayam, nasi berlauk. perghh, memang nikmat :) haha

kawan. awal awal ni, memang tade kawan lah. serius, bile duduk makan, teringat sester bila kite makan meja bulat ramai ramai dekat dewan makan. bila kita lepak2 dekat flat untuk makan makan lagi. memang teringat habis lah. tapi sekarang dah ada kawan :) harap harap sejati sampai bila bila dunia&akhirat lah :) syukur, ada teman.

kalau dulu, aku selalu cakap mu, aku, ngoyak, kabo, tok se, tak dok . sekarang aku cakap hang, hangpa, kami, teruihh, pi . automatik, dialek tukar :) haha. kadang kadang aku rasa macho bila jumpa orang terengganu, aku pun buat slang ganu, bila jumpa orang kelantan, tiba2 aku tukar slang kelantan. macho tak ? ahha :P

untuk kelas tutorial, kitorang ada mentor menti . bayang lah, mentor menti aku mula2 ada 3 orang je. dua cina dengan aku sorang melayu and sorang cikgu, indian . sangat lah 1MALAYSIA :) maka, dekat situ berbelit lah lidah aku nak kena speaking . mula mula, aku merungut jugak. tapi, ape yang diaturkan sebenarnye mesti terbaik, alhamdulillah aku bersyukur jugak dapat mentor menti ni sebab mase ni lah kan aku nak tingkat keyakinan aku kannn, nanti ade MUET lagi. so, ni macam peluang :) dah baik pun dengan dorang . ahha. tapi sekarang, dah tambah ada lagi menti2 lain yang masuk. so, kami sume dalam 8 orang .

dulu aku belajar biologi, fizik, chemistry. sekarang aku belajar account, math for account, bussines, ekonomi. aku macam takut jugak sebab aku tade asas and background dalam benda bende ni. tapi, okay, semangat ade, insyaAllah semua okay. harap Allah permudahkan apa yang sukar :)

heihhh, aku betul betul harap perjalanan lepas ni sentiasa diberkati :) mudah mudahan jalan yang berliku liku tu aku boleh lalui dengan baik. setiap apa yang aku terima mesti ada baiknya . doakan kejayaan dunia&akhirat sama sama . hurm jangan risau , Allah kan ada :)

anyway, orentasi ni sangat sangat sangat lah BEST ! sampai sekarang, aku tak nangis lagi :)
syabas fathia azalin , ceh sekarang dah nekad tabah kan diri :P

okey beli beli lah, Assalamualaikum :)

1 comment:

nor afiqah said...

satu bilik di kmpp berapa org?