Assalamualaikum :)
"I am trying to be a better person" , tajuk untuk hari ini :)
tak perlu beritahu, aku sudah tahu jugak korang korang sama macam aku, setiap hari try untuk jadi orang yang lebih baik. tapi ada yang kita buat sebenarnya dalam mencuba untuk jadi lebih baik tu ? terketuk minda sekejap :P
mungkin semalam kita buang sampah merata, tapi hari ini kita buang sampah dalam tong sampah. itu sangat simple. mungkin semalam niat ke sekolah untuk jumpa kawan, tapi hari ini niat kita nak ke sekolah untuk belajar. simple juga. tapi hakikatnya, apa yang kita buat sentiasa lebih baik dan menjurus ke arah kebaikan lah kan ? ya, benar benar.
yang aku nak cerita ialah, korang perasan tak ? bila kita cuba jadi manusia yang lebih baik, there must be something yang pelik pelik di sebelah kiri dan kanan kita. contoh nye seperti situasi ini :
bulan lepas A buang sampah merata, memang selekeh lah A ni. si kawan, B just cakap "lerrr, kau ni mmg haprak betul lah".
bulan ni pula A berniat nak ubah sikap dia, tak mahu lagi buang sampah merata dan asyek kumpul sampah je untuk masukkan sampah dalam tong yang disediakan. dan si B kata "elehhh, poyo gile kau ni, bajet plak baik sekrang. padahal dulu kau lah yang haprak sekali"
manusia memang unik. tapi, situasi dekat atas ni memang salah satu situasi yang aku tak suka. nasihat untuk si A ialah :
When someone says that you're just showing off for being pious or doing good deeds, tell them "Allah Knows what you do not know".
yaa, tersirat nya lah entry kali ni. HAHA, actually sengaja dituliskan entry tentang ini. percayalah "Allah itu Maha Mengetahui"
hey kawan kawan, katakan kita ni terima benda yang sama seperti situasi A dengan B, tak perlu lah amik kisah sangat. sebaliknya doakan mereka supaya terlintas untuk geng dengan kita nanti :P
yang penting semangat kita tu mesti TERHEBAT ! kena istiqamah dalam mencuba untuk berubah menjadi lebih baik, insyaAllah. sungguh entry kali ini ingatan buat Fathia Azalin, cume saja dipostkan di sini buat perkongsian untuk semua.
Mari berhijrah , " I AM TRYING TO BE A BETTER PERSON " :)