Assalamualaikum :)
aku baru saja lepas melawat blog manusia manusia hebat. yang banyak mengingatkan aku dan salur ilmu untuk aku. sememangnya, post post pada blog blog orang lain banyak mengingatkan aku supaya sentiasa berada di jalan yang betul :P since semalam aku tak berkesempatan nak bukak, sebab busy buat persediaan untuk kerja. so, tadi baru je bace latest post mereka. tadi aku ada baca iluvislam .
aku muhasabah diri semula :) ingat balik apa yang aku buat semalam. huhhh =.= rasa down betul. itu baru kerja sehari, dah tinggal untuk benda benda asas yang aku buat setiap hari. kalau dah sebulan kerja nanti ? siang tadi pun sama juga. pagi rasa penat then, petang tu tidoo saja. haiyaa =.=' tak bagus nye.
"(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)
hurmm, manusia memang mudah lupa. cepat sangat leka dengan busy busy dunia. kalau tengok drama drama sekarang pun, ramai yang tinggalkan ibadah sebab busy dengan kerja kerja untuk kerjaya dunia. terus lupa dengan kerjaya kita di akhirat nanti.
di sini ada pesan seorang kawan untuk aku, daripada a'fifah :) katanya :
dunia dan akhirat ibarat dua wanita yang dimadukan, jika dilebihkan salah satu darinya, marah lah yang lagi satu, jadi "kunn fiddunya, kaanna mazra'atul akhirah" .
fathia dan kawan kawan semua , mari jadikan dunia ladang untuk akhirat :) supaya dekat akhirat nanti kita boleh jadi kaya raya ! yeayy :)
* * * * * * * *
" Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik ".
yaa, aku sangat bimbang bila datangnya fikiran yang membebankan, perasaan susah hati, masalah yang tak terpikul. kadang kadang rase tak terdaya nak pikul sendiri ? bilaaa mengeluh, syaitan dah mula berminat pada kita. jadi fathia, jangan mudah tertipu dengan agenda syaitan ! :) nanti mula lah timbul prasangka buruk. tak baguss :) sedangkan ujian yang Allah kasi ni baru saja sekecil kuman. kalau kita sentiasa ingat Allah mesti terhindar dari segala benda yang tak elok ni kann. okay, cume jangan goyah saja ! ingat ingat yaa ~
akhir kata, mari muhasabah diri semula JOM.
salam survival iman :)
2 comments:
huhu good writing tiya1!
alhamdulillah..
Post a Comment