Monday, April 4, 2011

kurik kurik , hari pertama cikgu selenge :)

"bumi bergegar, boom boom boom. pokok bergoyang, woooshhh.. siapa yang datang.. CIKGU TIYA" - PLKN mengajar :)

kanak kanak bermain riang, main lawan lawan. haziq, seorang kanak kanak berumur 5 tahun main lawan lawan dengan abu mansor, teman sebaya. abu tendang haziq, haziq tersungkur jatuh dan kata perlahan "jangan lah tendang kuat.." . si abu terus berkata "sorry.." sambil meniup niup kaki haziq. HAHA. comel gilaa ;D

"what day is today"- cikgu
"monday !" -kanak kanak

itu perhimpunan pagi. ada nyanyi lagu negaraku, bacaan ikrar, nyanyi lagu kanak kanak. ajar number, dan banyak lah lagi aktiviti yang boleh di isi dalam masa 15min.

cikgu tiya megajar kelas 5 syafie : masuk kelas je, dengar masing masing berbisik bisik "cikgu baru, cikgu baru" :P ok, aku mula kelas dengan sesi perkenalan :)

aku kenal kan nama aku , dan suruh mereka sebut balik. mereka jerit "cikgu tiyaa". dalam hati bercelaru, nak cakap BAGUS ke tak nak HAHA . lepas tu, aku cakap "okay, siapa nak volunteer dulu untuk perkenalkan diri dan bagitahu cita cita ?" *ayat lain suda* then, kanak kanak itu tercengang je. ouh yaa, mereka tak faham "volunteer" tu ape hehe :P so, aku terangkan semula soalan dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami :) maka, berebut rebut lah kanak kanak itu untuk memperkenalkan diri.

haziq mula bicara : nama saya haziq bin ... bin ..... *panjang kut nama die. dah besar nanti saya nak jadi polis.
abu pula bersuara : cikgu, saya nak jadi polis.

dan lepas tu, kelas jadi bising yang teramat. semue sampaikan hasrat nak jadi polis. hampeh =.=' seorang kata nak jadi polis, dah satu kelas kata nak jadi polis. amik kau ! HAHA dan aku tanya semula "kalau semue orang nak jadi polis, siapa nak jadi doktor". maka, kelas kembali sunyi. tiba tiba, seorang kanak kanak angkat tangan dan kata "haziqah" :) HAHA. comeell nye.

kelas solat hari ni, aku ajar dorang bacaan sujud dalam solat. math pulak aku ajar tulis number lapan. ramai yang dah pandai. aku ajar mereka dalam bahasa inggeris pun, mereka pandai juga. jadi, aku ajar mereka 123, dalam bahasa arab. yang ni mereka tak pandai :P hehe

cikgu tiya mengajar kelas 4 maliki : kelas ini sunyi sepi. aku runsing masuk kelas ni. sebab bagi aku mereka masih sangat kecil untuk ke sekolah :P haha tak tak. entah lah, aku tak tahu nak ajar apa, sebab mengikut modul dorang, memang advanced gila, ajar ikut buku 5 tahun. jadi, mereka di ajar rukun iman dan rukun islam. tajuk hari ni yang aku bawa "beriman kepada rasul". aku nyanyi lagu 25nama rasul. mereka buat muka slenge je pandang aku. ternyata, mereka tak tahu lagu tu :P aku macam syok sendiri pulak nyanyi sorang sorang. haiyaa =.=' tapa, aku dah download lagu tu untuk diorang dengar nanti. kelas jawi pulak, aku ajar sebutan huruf 'GA' dan cara menulis 'GA' . sempoi jeee :P

waktu pulang tibaa : aku hantar mereka masuk kerata, van sumee.. selesai sudah. aku kena kemas, sapu and mop lantai kelas aku. kelas 4 maliki :) anyway, aku da dibekalkan satu buku log untuk laporan dan plan mengajar. wahhh ! lepas tu, ada lah buku buku tambahan cara cara mengajar. tapi, aku still blurr macam mana nak buat sume tu. ternyata hari pertama aku sebagai cikgu tadika, memang slenge gilaaa ;P

sekarang tengah cari idea, macam mana nak hias kelas tu ? sesiapa ada rancangan untuk aktiviti mengajar kanak kanak 4 tahun, sila tekan comment . idea dan bantuan anda sangat diperlukan oleh saya =.= terima kasih :)

ok ok , doakan aku berjaya jalan kan tugas ni dengan baik ye. aku kena bertahan dengan bagus :) memang lah agak penat untuk hari pertama ni. tapi, lame lame mungkin okay :) walaupun aku kena berhadapan dengan budak budak nak buang air, bersin sume tu. HAHA

10 comments:

Mashii Keizuka said...

Hiaslah dengan kertas corak bintang! Hehehe tgh2 bintang tu letak lah gambar atau tulisan jawi ke ape ke. Aku tgk dlm cite korea die buat gitu, cm comel je haha

fathia azalin said...

ouhhh boleh diguna pakai :)
thanks thanks

ada satu dinding ni colour dark brown dekat satu side je. aku ingat situ nak tampal hasil hasil seni mereka
ahha

nadiahbs said...

wah hebat lah wey. macam menarik gila je. nanti awak bawak lah camera, amik gmbr diorang. kawan saya yg ajar tadika jgk, kadang2 amik gmbr diorang mase diorang tgh main2 ke camtu.

nabileinstein said...

jangan dengar cakap mashitah, kau ikut cakap aku, hhahaha, kau letak bintang yg glow in the dark tu, walaupun tak berfungsi sangat time siang, tapi cantik walaupun waktu siang, lepas tu kau letak la orang kertas yang bersambung2 tu, tau kan?..haa yang tu lah.. itu je idea aku, walaupun idea aku tak menarik, tapi aku rase menarik, haha

fathia azalin said...

nadiahbs, akan kemudian :) hee

nabil, yang orang kertas tu okay gak.. tapi tak reti r nak buat. kena belajar dulo. ahha

Cikgu Jiss said...

yaya... mak de sangat suka profesion ni.. sayang sesangat, walaupun dah hampir 18 tahun tp mak de tak pernah rasa jemu lagi...setiap hari adalah suatu yang indah bila berhadapan dgn pelajar walaupun kadang2 memang menduga iman tul... kanak2 suka warna yang garang2... merah, kuning, oren dlll.... i loveeeeeee my profession... muahaha...

fathia azalin said...

hehe. terimas mak de :)

ni yaya tengah belajar jugak cara cara nak tarik minat budak budak kecik ni :P

Anonymous said...

HAHAHAHHA!bestnye..gaji masyuk x?maksu nak gak jd cikgu tadika...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
fathia azalin said...

gaji dalam RM550.
maksu, second day hari ni BEST GILA !
esok ada sukan dengan seni :P
cikgu2 kena pakai baju sukan haha