Assalamualaikum :)
hari ini, pagi pagi lagi aku dah bersiap awal untuk join aktiviti family pakteh dengan alang. padahal aku sedang mengantuk sangat, tak cukup tidur kut. semalam tidur pukul 2 pagi. buku yang dibaca best sangat sampai tak sedar dah lewat pagi :)
Take the Step Forward,
Support The Cause
WALK FOR AUTISM
tau apa autisme ? sini ada jawapannya :) so, better kamu orang klick "sini ada jawapannya" untuk dapat info yang lebih luas tentang autisme ni.
ini hariz, seorang kanak kanak autisme yang aku kenal. dah dapat info info tentang autisme tadi ? okay lah, hariz mengalami masalah yang sama juga. dia berada dalam dunianya sendiri. tak bercakap apatah lagi berkomunikasi dengan orang orang sekeliling sejak baby lagi. kadang kadang dia agak aktif bergerak sana sini. pukulan nya juga kuat. hanya boleh bercakap beberapa perkataan seperti 'mama' dan di repeat banyak banyak kali.
so, tadi aku join aktiviti yang dianjurkan oleh 'persatuan kebangsaan autisme malaysia' atau lebih dikenali sebagai 'the nasional autism society of malaysia' (NASOM). program WALK FOR AUTISM ni sebenarnye bertujuan untuk support kanak kanak ini untuk terus menjalani kehidupan dengan hebat. support dengan hidup mereka yang berbeza dengan cara kita. secara tak langsung kita boleh tunjuk betapa kita ambil berat terhadap mereka.
sebelum perjalanan yang jauhhhh dimulakan *aku terasa jauh gilaa* , ada sedikit persembahan yang disampaikan oleh dua orang kanak kanak autisme ni. dan bagi aku, itu sudah cukup MENGAGUMKAN. malah, aku tengok sendiri ramai yang tersentuh dengan persembahan mereka. *big applause* ;D
maaf aku tak record buat tontonan kalian. alangkah bagusnya jika aku dapat berkongsi saat ini bersama kalian :P haha lirik lagu yang dinyanyikan sangatttttt HEBAT ! *aku tak pernah dengar* aku try search merata tapi tak dapat. insyaAllah nanti kalau dapat, aku show sini :)
okey , bagi aku aktiviti begini sangat bagus. aku suka turut serta dalam aktiviti aktiviti sebegini :) untuk membantu kanak kanak yang kurang bernasib baik ni, memang susah lah kan ? at least kita kasi support sikit. pimpin tangan mereka bila diperlukan, sayangi, fahami dan awasi mereka. itu sudah cukup bagus. aku boleh kata, ibu bapa yang dianugerahkan kanak kanak istimewa sebegini memang HEBAT :) yaa, aku tengok pak teh dengan mak teh aku sangat hebat menjaga yang seorang ini. kata penat itu SUDAH PASTI. dekat sane tadi pun ramai yang aku lihat, semuenya sangat bersemangat :) berbangga dan patut rasa bertuah ada warga sebegini dalam family kerana orang lain tak dapat rasa 'perkongsian kasih sayang INI' yang bagi aku sangat berbeza mungkin.
kita semua , Alhamdulillah.. syukur. kita sangat bertuah dilahirkan sempurna. tiada cacat cela di fizikal mahupun mental. semua masih boleh berfikir dengan waras :) sama sama lah kita doakan yang terbaik buat semua. kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai kanak kanak begini, anda sangat bertuah kerana memperoleh sesuatu yang istimewa. untuk difikirkan semula secara mendalam, banyak sangat kelebihannya. fikir fikir kan :)
seribu kali maaf
jika perkongsian saya pada kali ini telah menyinggung perasaan bagi mana mana pihak, atau bahasa yang saya gunakan tidak begitu menyenangkan . sila click comment untuk menegur supaya kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dapat saya perbetulkan.
'sesungguhnya manusia itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan'
-terima kasih-
yang ikhlas :)
fathia azalin
No comments:
Post a Comment