Wednesday, April 20, 2011

hanya sebatang pensel princess

Assalamualaikum

ini kisah berkaitan sebatang pensel princess yang diberi FREE oleh Cikgu Ina kepada budak budak kelas 6 Hambali. semua sekali 6 Hambali sangat gembira atas pemberian itu. HAHA

datang pula si kecil dari kelas 5 Syafie. matanya tajam memandang ke arah pensel di tangan rakannya. aku faham, dia sangat inginkan pensel itu. tapi aku relaks dan buat cool saja. nak kasi pun, maaf aku takda pensel seperti itu untuk diberikan kepadanya :P

okey, seperti biasa sementara tunggu ibu or ayah mereka datang untuk jemput pulang aku biasa panggil dorang duduk depan aku untuk siapkan homework, or adakan extra time untuk budak budak yang kurang membaca ni. so, si seorang pemilik pensel princess yang comel duduk depan aku sambil menyiapkan homeworknya. hendak dicapai pensel princess yang diletakkan di poket kiri beg. malangnya, pensel itu tiada di situ. kecewa si kecil tanpa henti mencari cari.

aku terus memandang si kecil 5 Syafie tepat tepat. sungguh mukanya kelihatan takut dan terus menarik beg letak di sisi. aku panggil si dia datang ke mari dan sila bawa beg sekali. dia hanya menggeleng geleng tanda, TAK NAK.

lama juga aku buat deal dengan budak ni, pulangkan pulangkan pulangkan. macam macam cara. sampai saat aku tengok muka dia dah tak menahan. ok, aku lepas kan dan die terus berdiri di situ memandang aku. aku tahu dalam hati dia *serba salah, nak mengaku tapi malu* beselahh, budak kecil :P

keesokan harinya, pagi pagi lagi si 5 Syafie datang berjumpa cikgu, pulangkan semula pensel princess yang diambil. dia sempat menayang dekat aku pensel baru yang lebih hebat dan canggih, dibeli oleh ibu bapanya.

haishh =.=' setiap hari bangun pagi, aku kata dalam hati "aku seorang cikgu" HAHA. cikgu yang bukan saja mengajar ABC, 123, dan alif ba ta, tapi aku juga cikgu yang mengajar baik buruk dan benar salah. bila berlaku masalah masalah *banyak sangat contoh sehingga tak ternyata di sini* aku bagaikan dalam misi membetulkan fikiran mereka. HAHA sungguh tak boleh blah :P

kadang kadang di tadika, aku rasa risau + runsing kalau kalau tak terdaya nak mengajar mereka. aku harap apa yang diajar sangat berguna. aku gembira bila budak budak dah pandai mengira tambah dan tolak. *serius, bila diajar +/- guna gula gula baru PANDAI* kureng.

di sini saya sertakan ABU MANSUR ;)

2 comments:

nadiahbs said...

mata dia lawa. bulu mata panjang :)

Lin said...

itulah tugas guru...bukan hanya mengajar tapi juga mendidik....