Friday, June 12, 2009

rugby

oiiihh! tadi aku main rugby! bola bujur tu aku baling pusing2 :P sengal je. tym tu baru lepas kakngah maen ronda2 naik kereta. bese r, org tak lepas memandu kene main round2 kat taman rumah je dan mesti beserta orang pakar di sebelah :P poyo poyo je. lepas rehat2 kat dalam bonet belakang kerete ibu, nampak fathi masuk naik moto tayar depan pancit. slow macam siput! haha beserta ngan die punye skate n bola rugby yang aku tidak tahu kepunyaan siapa. maka, perasaan hairan menusuk kalbu. bodo bodo je ayat aku :p so, fathi pun kate bola nadzmi.

ouhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

nadzmi punye bola rugby. haha. sangat panjang ohh aku ketike itu :P so, aku pun main dengan khusyuknye bersame fathi. walaupun aku x reti main, bese la aku kan mmg suke main sume bende dengan hantamnye. dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran aku bermain.. nasib aku sangat baik kerana bola yang aku baling sangat tidak tepat pada sasaran. ade baling sikit lagi nak kene alang. wah!! sangat bernasib baik. lagi satu balingan, sikit lagi nak kene kereta. nasib baik fathi tangkap. lagi lah aku sangat bernasib baik :P so, hari ni aku telah mengeluarkan peluh! walaupun sedikit. tangan sakit tahu!

biskut!

seperti biase sehari sebelum balik asrama mesti shopping biskut punye! so, kami ( ibu, yaya, kakngah, maksu) pegi giant bandar kinrara untuk beli sedikit barang untuk aku ngan kakngah nak balik hostel esok! aku terpakse terima kenyataan bahawa cuti semester ni sudah tamat :( walaubagaimanapun, hidup harus diteruskan :P HAHA

begitu banyak kitorang shopping pluss makanan kat rumah jugak hampir RM600. sampai satu troli penuh dan 1 troli lagi. babah baru pesan untuk berjimat. waduhh! balik dari giant. boleh pulak kami singgah minum cendol tepi jalan :P

haduihh

aku bosan la. sudah jam pukul 4 pagi. mate masih segar bugar! tinggal nabil tak tido lagi. kate aku makan satay 47 batang! banyak tuh! die sudah mahu tido! mengapa begini? aku tidah boleh melelapkan mata. adakah mungkin kerana homework aku yang bertimbun-timbun macam gunung everest tu tak kesiapan lagi? or, tak pun pasal power point agame tak siap lagi? risau risau dan risau! weihhhh.. malas la aku mahu meng'lendkan diri untuk buwat kerje sekolah. OH TIDAK!!! mengikut calculator sebelah aku nih lebih kurang 33 jam je lagi aku nak balik asrama. tidak mahu la.. haiyoo! nak tido!! tapi tak ngantok. haa! tak pun aku risau pasal result exam kut :P sah sah kantoi! lapar la........ jangan makan fathia. tahan nafsu makan :P masalah berat badan sekarang telah menimbulkan persoalan orang sekeliling dan juga menimbulkan banyak jerawat.. ayoyo! tension kenaikan berat badan menyumbang kearah kelahiran jerawat :P kan best kalau aku slim mcm ubai, tinggi mcm zaf, putih mcm fariza! (oppss! alhamdullilah, aku tak serba kekurangan) tak de lah, siang tadi naik skali kete ngan ubai, baru lah aku sedar dengan ke'slim'an die, mcm slim river! wah! dan aku sudah tau rahsie di sebalik slim die tu. menurut penceritaan mashitah othman, die hanya makan roti setiap hari dan hanya kadang2 je die makan nasi. patut la....... patut la mak die kasi RM4 je untuk makan :P dan dengan duwit RM4 tu cukup beli roti 2 buku. menurut dijah pulak, die makan nasik dan air suam sahaja! saya KAGUM! kagum dengan diri saya sendiri, kerana kat asrama aku pun makan nasi ngan air suam! bye, aku nak buwat homework. macam bazir masa je tulis2 pasal ubai dan gaya pemakanannye! aku nak kurus macam ali lah ;)

the day out!

wahh seronok ku rasakan pada hari ini atas keizinan bapaku untuk aku keluar bersama teman2 :P

hari ni mau sehari suntuk aku kuar! ok. pada pukul 10 pg aku bgn... hii.. ok lah, 11 sebenar2nye.. aku terus calling2 itu pendek 'mashitot' sbb nak tanye jadi keluar x. then2, die sangat x angkat sama call aku. call rumah, timah berbanyak2 kali, sume x angkat.. mahu sakit telinga aku dgr bunyi tutt tutt tutt byk2 kali dengan suare "sorry, please dail later" nye... haish dgn berkat kesabaran aku. mashitah call skejap kemudian.. so, kitorang pun ok. mak mashi amik aku dekat umah, sebelum tu anta ubai gi rumah mus dulu. pastu, kami pegi giant.. setibanya die giant, kitorang makan2 piza kat giant. ade mashi, hazman, amerul, cikin, khatty, imran sama irfan. banyak kitorang cerita2!

lepas makan2, kitorang pegi surau. pastu, imran dan due org rakannye, telah menyorokkan seliper aku ngan mashi.. tp, kitorang da tau mesti dorang punye keje.. bese r penganggur :P
setelah kitorang menunaikan solat dengan khusyuknye, kitorang pegi tempat mainan tu. imran belanja. dorang main lumbe kete la.. mcm2 pastu, kitorang main bola pade skrin! haha
hazman ngan amerul khusyuk skali main. at least, kitorang tgk je :P

kitorang duduk pulak kat depan giant. borak sangat lame sehingga penat. so, kami jalan pergi tempat rakan rakan seperjuangan main futsal. nampak, yazid, nabil, fathi, pahri, fadhil, nadzmi, ezzat dan ramai lagi kat sane. aku pun cakap2 pastu balik!

tp, x balik lg. kakngah singgah rumah pak cik dulu. so, aku ngan mashi jalan2 dulu kat umah cikin, jumpe same absyar, fiesal ngan acap. da besar da dorang tu.. ahah so, panggil fizi suruh datang nak tgk bagaimana misi 'I/U' berlangsung :P sangat x de kerje! kacau dorang sehingga fizi ngan cikin malu :P

tak lame kemudian kakngah datang. sebelum pulang, kitorang singgah IOI. kerana aku teringin nak tgk bangunan IOI baru siap! so, dapat la aku menjejakkan kaki kat situ sebelum balik asrama beberape hari lagi. TIDAK!!!!! sambung2, aku ngan mashi masuk DAISO JAPAN. sangat seronok situ. barang sume cumel! aku ngan mashi beli recycle bag same cume colour je lain. pastu, janji ngan kakngah 20 min je.tp, terlebih lebih min yang kitorang habiskan kat IOI sampai kakngah cari kitorang! ahha. memang sangat x senunuh! so, pulang!

setibanya di rumah..
babah ajak pegi makan satay. so, aku dengan x tukar bajunye, terus pegi makan satay kat taipan! sangat enak! kami makan satay tgk sape makan paling byk dan pemenangnya adalah........ bukan aku! pada pukul 11 malam baru la aku dapat berehat dirumah sehingga sekarang! :)

Tuesday, June 9, 2009

beijing

well well, i'm home! miss miss home sangat2. setelah seminggu selama aku kat beijing, china, bergumbira,kini aku pulang membawa seribu kenangan.. ecehh!

beijing sangat bersih, kesemua toiletnya yang tiada paip mendidik aku untuk mengumpul botol air sebagai alat serba agak canggih jika dipakai secara manual untuk errkk..gune toilet :P mungkin penggunaan bahasa aku agak keling disebabkan jangkitan virus orang cina di beijing yang tak reti langsung speaking dan mereka berbahasa cina dengan aku membuwatkan aku terpinga2, aku dalam dilema, kamu, kamu2!(lirik lagu,teka kalau power). alhamdullilah juga kerana aku dan family terselamat daripada jangkitan virus H1N1 :P aku sangat happy semasa bercuti kat sane cume agak kurang kurang selesa dengan makanan nya. hari pertama,kedua,dan ketiga aku masih mampu bertahan dengan tabahnya.. diikuti pula dengan hari keempat aku sudah tidak mampu lagi unutuk bertahan memakan makanan yang sama setiap hari, ayam yang kecil2, ikan yang x sedap, sup telur yang kurang rase, air teh yang pahit :P. haa.. tadi merupakan menu wajib yang dihidangkan oleh restoran2 halal di sane. haishhh baiklah, tanpa membuang masa lagi, ingin aku ceritakan di sini diari kebeijingan aku :P
dari KLIA transit kat Hong Kong. then, teruskan perjalanan ke beijing. as usual, kapal terbang membuatkan aku pening2, sakit telinga dan tension. haha. setibanya di beijing. kami terus di bawa ke hotel. mase tu agak2 dalam pukul 10 malam. waktu sane ngan sini same je, x de perbezaan pun.

bgn pukul 4, semayang subuh. waduhhh, gile awal dah terang! haha.. tp,sambung tido balik. :P oke oke. berikut merupakan tempat2 yang kitorang pegi:

* forbidden city - sangat penat jalan2 sambil tgk2 serta mendengar cerita di sebalik bangunan2 tu(forbidden city)tp best! boleh tgk abg2 handsome diri tegak. ahha. keadaan di situ sangat terkawal dengan adenye bayak byk pengawal menjaga sini dan sane. sanggup berdiri tegak di bawah matahari :P aku juga telah recall balik ape yang belajar dalam subjek sejarah psl kitorang ade melawat tempat org dulu2 buwat peperiksaan awam :)

* melawat kilang silk - kitorang dipperkenalkan pula dgn kain sutera yang kitorang sediri da kenal. cume, die cerita mcm mane dorang buwat sume lps tu, ade la jual2 kain, maka, ibu pun borong la :)

* DR Tea - kat sini pulak, kkitorang melawat kilang teh, mcm2 name teh cina yang dorang perkenalkan, dengan sesi pembelajaran cara buwat teh dgn cara2 minum skali die ajar. ade jugak ibu beli walaupun bagi aku teh dorang pahit. aku rase china kekurangan gula, psl dorang punye teh sume pahit2. tgk la, bawak balik malaysia, sume jadi manis je, da kate bibik suke buwat 'teh manis...' :P

* akrobatik - wahhh, sangat enjoy tgk persembahan dorang. dengan bantuk badan yang lentik dan fleksibel :P tonggeng sane,tonggeng sini,lompat sane,lompat sini membuwatkan aku tertarik dengan skill mereka yang POWER! :P

* summer palace - oke. tym nih hujan. so, kitorang dipakse oleh penjual baju hujan kat sane untuk beli baju hujan yang dorang jual. dan kitorang beli psl comel dgn colourfulnye. ee bayarkan untuk aku dulu, ingat nak bayar balik. malangnya, ee telah mendapat kerugian, beliau telah ditipu melalui pembahagian baki wang. rugi sebanyak 9yuan bersamaan RM 4.50 kut. hee.. kat sane best sangat mandi hujan sambil kami kesejukan. jalan2 sehingga keletihan.

* great wall of china - sangat letih untuk sampai stage yang pertama. HAHA! tahniah lah kepada kitorang sbb sampai jugak dekat atas walaupun baru stage 1. itu pun, kitorang berjaya dapatkan HERO CARD dengan bayaran 4o yuan :D

* kilang mutiara, kristal, jade - best jugak. mahu terkeluar segala air liur tengok kewujudan sume barang2 ni. hee .. dan aku ade dapat gelang jade n mutiara! :O

* olympic stadium bird nest - melawat tempat olimpik 2008. sangat mengagumkan. besar2! power! canggih! :OOO

* shopping - sebanyak 3 tempat yang kitorang dibawa untuk shopping. dalam sume2 tempat yang kitorang lawat dalam mase beberape hari itu, tym shopping yang paling kitorang active sekali :P mmg syok. dapat itu dan ini. POKAI :P

kesimpulannya, aku sangat enjoy di sane. tp, agak kurang best sebab babah x ikut. kalau babah ade mesti kitorang berase sangat best best best pasal buleh tutt n tutt dan tutt! HAHA! x best jugak sebab x de along kerana kitorang adik beradik x bleh nak tutt! :D nway, thanx to babah kerana beri kitorang peruntukan belanja di tambah pula dengan credit card! belian untuk alnong ngan babah= SECRET! :x