Friday, March 25, 2011

la tahzan

kegagalan kali ini benar benar menguji iman ? aku kira barisan 'A' pada slip kertas SPM aku. kecewa hampa :(

hati merungut kata : "ya, Allah ! tak cukup lagii ke aku study siang malam ? tak cukup doaa lagi ke aku ni ? kenape penat sangat ? tak boleh ke kau tambah sikit lagi 'A' dalam slip aku ? kenape susah sangat ?"

banyak sangat rungutan manusia ini semalam. bilik kecil belakang pentas yang dulunya menjadi tempat aku melalak, aku lawat semula. sekali lagi dengan tangisan. kali ni lebih control sikit, sebab cikgu Almeida tengah beri ucapan :P *sengal* mujur ade seorang adik disitu, tenang sikit rasa hati, keyakinan diri perlahan lahan kembali pulih, rasa rendah diri yang teramat sangat, tak bagus. sekarang sudah OK sikit :) semalam, banyak masa yang diluangkan sepatutnya bersama kawan. tapi, aku tidak. banyak masa diluangkan bersama adik sendiri. ya lahh, aku tak mahu spoilt mood kamu semua, kawan :) maaf ! aku cuba senyum , ketawa. susah.

aku sedih. tak adil ! orang itu usahanya kurang *mana aku tau? , kenapa pencapaiannya lebih ? orang itu doanya kurang *mana aku tau lagi?, tapi kenapa jumlah 'A' nya lebih ? aku sedih, puas aku jaga mata. supaya tak terpancar kesedihan melaluinya. akhirnya ? TEWAS. aku memang selalu TEWAS ? fathia menangis lagi.

kenapa tak kali ni rezeki tu datang pada aku ? kenape benda yang aku harapkan sangat dan yang aku usaha kan sangat, aku tak dapat ? kenapa haa ? perit !

baiklah fathia azalin diam saja


'Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah'

ayat 34, surah ibrahim


sedarlah, banyak sangat nikmat yang Allah berikan. tak terkira banyak nya. bersyukur lah. mungkin diri sendiri ini tak sedar bila Allah tunaikan apa yang dipohon. mungkin diri ini hanya melihat pada kesusahan yang dialami. kerana manusia itu (diri ini) tak reti nak bersyukur dengan nikamat melimpah yang Allah berikan.

jangan sedih kalau tak berjaya untuk SPM sebab SPM bukan penentu hidup ini. jauh lagi perjalanan, banyak lagi halangan. perjalanan itu penuh cabaran. mudah mudahan, cabaran itu dapat diharungi melalui pengalaman. sedar tak ? kegagalan ini lah pengalaman kita :)

jangan sedih kalau tak berjaya untuk SPM ini. sebab apa yang berlaku ke atas kita, mesti ada hikmah disebalik nya. sabar, setiap manusia akan terima kejayaan juga, cuma terpulanglah kepada-Nya sama ada cepat atau lambat. Yang Maha segalanya itu sebenarnye sedang menangguhkan kejayaan kita, mungkin Dia sedang merancang sesuatu yang lebih istimewa. sabarlah :) yang penting jangan putus asa !

sedih lagii ? bagus bersedih kali ini. Allah ada rencana sendiri. mungkin Allah rindukan tangisan dan aduan kita semua. masih sedih lagi, doa lagi banyak banyak kepada-Nya. mengadu segala galanya. insyaAllah, segalanya terubat kerana Dia Maha Mendengar. paling setia :)

fathia azalin,

jangan merungut lagi. berhenti bersedih :) sudahkan yang lepas dan jadikan yang 'lepas' itu sebagai pengalaman yang mengajar. kau sibuk tanya tentang nikmat yang Allah berikan ?

" mungkin Allah tak beri nikmat kejayaan SPM untuk awak, tapi sebenarnya awak dah dapat nikmat yang lebih istimewa, hidayah dari-Nya" - manusia

perghhh, kata kata dia buat aku sedar betul. tak terhenti ucapan alhamdulillah :) takkan aku menangis sebab SPM ni lagi. usaha aku tak akan berhenti di sini. jalan masih terbuka luas kan ? mungkin benar, tak cukup lagi usaha aku. apatah lagi doa yang aku mintak ! jangan dihitung lagi nikmat yang diberikan. bersyukur lah dengan apa yang kita dapat :) dan teruskan usaha ! ;D

result SPM Fathia Azalin : 2A+ , 2A , 1A- , 1B+ , 3B

alhamdulillah, syukur :)

15 comments:

muzil said...

sama lah result kitaa.. saya 5A jugak dpt. tp ade C+. phy. ishh..

whatever said...
This comment has been removed by the author.
fathia azalin said...
This comment has been removed by the author.
fathia azalin said...

ouhh ye ke muzil ?
ok, same same kita usaha lagi :)

muzil said...

yup . saya teras aje A. subjek sains lain B.

fathia azalin said...

same lah sy muzil.
tape, itu sume rezeki. sebab kita da usaha sume kann :)

so, lepas ni,nak amik course ape ?

Anonymous said...

wehh.result mu lebih baik dr aku la tiya.sedih tol.aku ade C+,n sedih tol xleh nak tuntut ice cream cornetto dari kau.nways,berusaha lagi untuk masa depan! =)

fathia azalin said...

eih wei, kau ada banyak A.
tape, dah lepas lagi pun.

pasal ice cream tu, kau pegi kedai pun, dah boleh beli sendiri :P

HAHA

CikDibah ;P said...

it's ok dear..la tahzan...ini bukan penentu hidup..hanya pembuka jalan..jalan di depan masih luas kan..

Cemerlang SPM doesnt meant that cemerlang hidupnya...

Cuma we need to work hard to have a beautiful life.. :))

p/s:
Syarafi dapat 4A 6B

Anonymous said...

fathia azalin,

jangan sedih lagi.
Allah sengaja turunkan dugaan dekat kita. sepatut nya kita bersyukur sebab terima dugaan dari-NYa, tanda dia masih sayangkan kita dalam masa yang sama dia sedang mengajar kita mengenai kesabaran dan ketabahan.

jangan dipersoalankan tentang usaha orang lagi. itu sume terletak pada rezeki masing masing

ingat, SPM bukan galanya. peluang ada di mana mana saja. janji jangan putus asa, jangan tunggu peluang. cipta peluang, ok ? !

semoga berjaya ! dan jadi orang yang berguna :)

- pembaca setia :)

fathia azalin said...

maksu "ibuamiramirah" , haha :P
thanks. ucapkan tahniah dkt syarafi nanti :)

fathia azalin said...

pembaca setia ,
thanks untuk kata kata semangat tu.
meriah hati bila baca :P

haha, semoga kita menjadi manusia berguna :)

terima kasih.

Ammar Rosli said...

salam fathia....ya2 la tahzan ya ukhti ....btul2 lah tuh sebenarnya lagi byk allah beri kpd kita dai yg kita mintak tetapi kita tidak mndari sumanya..apa2 pun ushaa tu yang penting...ya dulu saya pon mcm fathia jgak lah asyik mrungut ..yer lah reslt sy dulu pom teruki jgk...kejayann sy ini mgkin allah beris sbb kesabaran.awk plak allah xbg lgi time ..mna taw lah di peringgkat lbih tinggi jap aq awk lbih brjya d yg mndpt stre A tuh ya2 yakinlah padaNYA ya fathia...

fathia azalin said...

thanks you , ammar :)

yaa, bersyukurlah kan dengan apa yang Allah dah bagi :)

Ammar Rosli said...

ya sgt bersetuju...kdg2 org yg dpt stret a poom xpuas hati gak lahh