Wednesday, February 2, 2011

program khidmat negara #part1

assalamualaikum :)

memandangkan dah ramai sangat suruh aku update blog ni untuk cerite pasal PLKN. so, entry kali ni aku nak cerite.

BRAVO
plkn tak lah se adventure yang aku sangka. dia lebih banyak kelas kelas teori. yang mula mulanya aku rase bosan sangat. macam kelas untuk budak budak tadika :) tapi aku sedar yang kelas tu bagus sebenarnye. apa yang cube diterapkan dalam kelas memang berguna. apa yang cube diingatkan.. contoh soal tanggungjawab, perjanjian, kepercayaan, matlamat hidup dan.. banyak lah lagi :)

kelas CB (kelas teori) banyak kasi semangat dekat aku. semangat untuk terus berada di PLKN. HAHA ;D aku suke cikgu ejal, cikgu syikin dengan cikgu dira :) kata kata cikgu ejal semuenye terkesan dalam hati walaupun die garang :P aku seronok dalam CB dengan kawan kawan tak kira bangsa, kaum, agama. memang satu MALAYSIA gile. bila ada tugasan, kreativiti hebat gila :) dekat CB lagu lagu yang dimainkan sangat best ! memang aku tak pernah dengar lagu2 nye tapi die adalah jenis jenis lagu yang sedap didengar oleh orang ramai. apatah lagi bila dinyanyikan ramai sambil semue orang cube menggoyangkan badan mengikut rentak lagu sambil bertepuk tangan. haha, lepas tu, mase dekat CB, kitorang kene sentiasa datang kelas tepat pada masanya. kitorang kene duduk dalam kelas sebelum muzik lagu 'fan fair' berakhir. setiap kali aku dengar muzik ni, aku rasa HEBAT ;P

diskusi HOT

PLKN ni akan bahagi kan kitorang kepada 4 company. ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA :) aku bravo. yang hebat hebat tu :D dan aku ketua company bravo. haha ! percaya tak? aku pun tak sangak sebenarnye. tapi, aku cuba sangkakan. setiap hari aku belajar benda baru. banyak sangat. nak jadi ketue tak senang. ini serius ! TAK SENANG ! ;D

yang sebelah aku tu due due pun chinese
jenny & fifi

dalam dorm aku ada 28 orang. semue bangsa agama dengan kaum capur campur. tapi kitorang rapat sangat. semue suke buat dende pelik. yang chinese pakai tudung pergi roll call. comel gila ;) dalam dorm aku siap ada persatuan orang orang gila. siap dengan organisasi yang hebat :P

kebanyakan hari jadualnya sama. berulang ulang. kecuali kalau ada aktiviti khas yang menyeronokkan :) siang pergi CB. malam ade aktiviti aktiviti yang dinyatakan setiap last last minit. ada satu malam tu ada tayangan cerite 3idiots. best gila tengok dengan diorang semue. haha. buat mase ni, untuk aktiviti fizikal, kitorang baru start kawad kaki, flying fox, kembara halangan dengan water rescue. syok syok.

sikit sikit je lah aku update ni sebab programnye tak habis pun lagi :P nanti lah bila tamat program aku cerite banyak lagi :P

aktiviti malam yang aku buat setiap hari
komik thira yang dia bawak banyak gila
hilang bosan ;D

3 comments:

Shima Hishamuddin said...

hebat lah ketua !
sye tak penah jadi ketua haha

fathia azalin said...

haha.
ini satu pembelajaran HEBAT lah shima :P

Shima Hishamuddin said...

haha yela pengalamn kot, sye tk de pglmn sebegitu :/