Assalamualaikum :)
berhabuk laman blog ni . habuk tebal, buat resdung 10 bulan .
ingat.lupa.ingat.lupa. separuh mati aku cuba ingat macam mana gelak tawa HUHA dulu dulu. separuh mati jugak aku simpan rapi semua cerita hebat dulu dulu supaya tak diconteng oleh mereka meraka yang tak akan pernah rasa kehebatan yang aku rasa. separuh mati aku tahan rindu hilai tawa rakan hebat yang aku ada . separuh mati aku pegang tersemat dihati kata semangat mereka .
pujuk hati . mana mungkin boleh aku cipta mesin pencipta masa. yang boleh bawa aku kembali ke zaman hebat aku, atau mesin yang boleh bawa aku lihat cerita hebat 10 tahun lagi. tapi, sumpah aku memang mahukan itu.
cemburu . sekali lagi aku pujuk hati. cemburu lihat mereka, cerita baru, kawan baru, suasana baru, tempat baru. semua hebat hebat belaka. kadang kadang sampai terbisik dihati pinta takkan ada kenangan lagi hebat kalahkan kenangan dulu. berbisa bicara hati aku. tapi, aku sedih takut kamu semua lupa cerite cerite dulu.
sedang, aku masih ingat terimbau saat berjaga malam, buku di tangan, handphone aktif berbunyi, mulut bercerita tak henti, perut lapar disorongkan kekenyangan . kata kata kreatif, hilaian tawa sebilik, pergaduhan gangster, TINAD, cerita jejaka idaman, titisan peluh riadah, jeritan aspuri, keropok lekor malam, skip baldi beratur, secawan teh minum petang, basahnya hujan, cerita cerita cerita cerita hebat kesemuanya. fuhh, nikmat SESTER :)
semuanya masih segar dalam simpanan hard disk komputer asli aku :) mahal . masa down aku, ada saja yang tinggi datang bawa aku naik bersama. masa sakit aku, ada saja medicine asli yang aku terima. gembiranya kalau boleh lihat kamu semua berlegar legar di koridor itu lagi. teman aku berdiri dan berjalan di atas palang besi keberanian :)
hakikatnya , tiada mesin. masa itu jalan terus. yaa, semuanya harus diteruskan. sekarang biar aku tabahkan diri, belajar menyukai suasana ini pula. suasana suram penat takut. sunyi. aku berjalan seorang sekarang. bertemu rupa rupa baru. tapi, mencari pengganti kamu, aku tahu tak akan pernah ada.
hei sahabat, aku tunggu saat bila aku jadi seperti kalian ; orang orang hebat di universiti . doakan saya ya .
aku rindu gurauan keramat bangsawan .
4 comments:
:') saya pun rindukan semua tu.
baby tak gembira di SESTER seperti kamu semua.....asyik nak balik je...
Saya hampir nak nangis.
windunyew... hahahahaha.. rindula!
Post a Comment