Wednesday, March 30, 2011

saya guru tadika islam mawaddah :)

Assalammualaikum :)

nak dimulakan cerita kali ini begini, minggu lepas aku along dan ibu jalan jalan. konon nye tengah bantu aku cari kerja. so, aku dah nekad nak kerja dekat tadika. bajet macam nak berbakti dengan mendidik anak anak kecil demi nusa dan bangsa :P teringin nak merasa jadi pendidik yang mulia :) nak dipendekkan cerita, adalah satu tadika : tadika islam mawaddah .aku try ambil number dia dan call. die suruh datang 4hb. tibe2 je, pagi tadi die call lagi suruh datang hari ni. so, aku pun pergi harini *mmg berkobar kobar gilaa !

kalau nak usha usha gambar sekolah boleh lah datang melawat web dia. ini laman web tadika islam mawaddah : http://www.tipi-mawaddah.com * ceh, semangat gila :P

nak diikutkan cerita hari ni, aku datang lah tadika tu. ada lah sikit sikt perbualan yang penting

__________________________

pengetua : ok, SPM macam mane? awak nak sambung belajar bila start ? mintak dekat mane ?

cikgu fathia : alhamdulillah, tak lah hebat. 5A, 4B. sy mintak uitm. ramai kate universiti start bulan 9.

pengetua : ada yang kata bulan 5 tu ?

cikgu fathia : tu untuk matrik. sy ingat tak nak masuk matrik. so, harap2 dapat lah masuk uitm :P

pengetua : ok, macam ni.. kalau boleh sy tak nak lah awak kerja untuk sebulan je lepas tu dah berenti. sekarang ramai budak2 lepasan SPM yang hangat hangat tahi ayam. tapi, sy nampak pada awk ni boleh. boleh boleh . tapi, sy tahu awak student. mungkin awak boleh kerja untuk 5 or 6 bulan.

cikgu fathia : sy ingat nak start kerja since habis SPM ari tu lagi, tapi sy kena pergi PLKN :P *nak juga selit sini* HAHA

pengetua : ouhhh, bla bla bla. okey lah kalau macam tu. so, sy tak nak kasi awak kerja dekat taska. sy nak kasi awak kerja dekat tadika. boleh ke ? *dalam hati aku kata, boleh ke aku nak mengajar ni?*

cikgu fathia : tadika ? tapi, sy takde pengalaman mengajar.

pengetua : sekarang lah nak cari pengalaman. boleh je. ajar benda simple simple. awak boleh je kan ajar agama ? kalau macam tu, awak boleh ajar subjek math, sains, agama untuk kanak2 5 tahun.

cikgu fathia : insyaAllah boleh kut. lagipun nak jaga taska, sy takut jugak nak jage budak yang kecik kecik sangat :P *banyak songeh betul aku ni*

pengetua : haa, ok. awak boleh jadi cikgu tadika. cari pengalaman, sebab awak tengok lah budak sekarang ni kesiann. nanti bila awak dah masuk kelas awak akan kenal budak budak ni semua. jangan baru kerja, dah nak berhenti. sebab nanti dorang baru nak rapat, baru ilmu nak sampai.. awak dah berhenti. kesian dekat budak budak.

cikgu fathia : *tak terkata*

__________________________________

sebenarnya banyak lagi yang dibincangkan. tapi aku dah cut cut. kami adalah cerite cerita jugak pasal gaji. bagi aku, aku terima je gaji berapa berape pun. tak lah kisah sangat. dia banyak tanya psl family dan sekolah dan banyak lah lagi. aku rase senang lah jugak. kak ida tu pun nampak macam okay je :)

lepas borak borak tadi, aku tanya balik diri aku. betul ke ni ? aku layak ke digelar cikgu ? orang orang sekeliling selalu cakap macam ni dekat aku "alahai, cikgu tadika je pun". HAHA. cikgu tadika pun, dia still mendidik juga kan ? still ada peribahasa begini "melentur buluh biarlah dari rebungnya". wahh, aku tengah melakukan satu tanggungjawab yang besar kan ? kan ?

okay, sambung tentang tanya diri sendiri semula. ikhlas ke aku ni ? or, aku hanya nak kerja sebab aku rasa bosan duduk rumah ? itu lah yang selalu aku rungutkan. sekarang aku kena start dari mula. dimulakan dengan niat. apa niat sebenar ? berbakti dengan mendidik anak anak kecil demi nusa dan bangsa :P aku akan jadi guru tadika yang mu'allim , murabbi dan muaddib :) insyaAllah :) semua, doakan aku berjaya ye HAHA

****

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan,
menjadikan manusia daripada seketul darah.
Bacalah, dan sesungguhnya Tuhanmu
yang Pemurah mengajar ilmu dengan
perantaraan qalam. Dia mengajar
manusia apa-apa ilmu yang
mereka tidak ketahui

Al-`Alaq 1-5

* * * * * *

sebagai persediaan, aku dah search dekat internet cara cara mengajar. aku tengok dekat youtube. macam mana cara menarik perhatian kanak kanak kecil ni :) aku betul betul tengah belajar cara cara mengajar :) HAHA semoga pekerjaan ini membuahkan hasil yang lumayan :)

tengok, tadika pun graduate jugak ;D

12 comments:

mekya said...

tia ,kte msuk bulan 5 or 6 .blan 9 utk ijazah je .lepasan spm ,mcm bese

Nu'az Zee™ said...

good luck tiya..
aku mengajar budak jugak..
adik aku dengan geng2 dia..
tapi lower form ar..
ajar maths..

seronok laa aku rasa ajar budak..
tapi aku lagi suka taska kot..
hahaha!!
:)

fathia azalin said...

mekya, macam mane ni eh ?
pandai plak aku menggoreng tadi ?
takpe, nanti kita check semula.

thanks for d informatin :)

fathia azalin said...

zee, thanks :)
tu lahh. tak sabar nak start kerja :P

asyraf said...
This comment has been removed by the author.
asyraf said...

seronok nampak..:)
keje elok2 ye tia..
mndidik anak bangse 2..bkn mudah..:)

fathia azalin said...

asyraf, seronok.
tapi, tak mudah. tak mudah :|
*sedang serius belajar untuk mengajar*

haha :P

Tooth Mechanics said...

wahahah.. kt jadi fasi bdk tadika pun da ta larat..

tarik sane tarik sini.. tp yg laen nye.. x panggil cg, panggil akak la...

tp yg c0mel nye.. bdk2 pompuan sume slenge.. x layang sgt org mcm kt.. d0rg lg ske makcik2.. tp bdk laki.. suke3!!! hahah.. c0mel sgt2..

tp, kt tanak jd cg tadika.. t kt jd garang.. baek tiya jd akak tdika.. br x garang sgt kot hahahha~

naisse said...

gud luck ea fathia jadi cekgu tadika, kena byk sabar la ni, heee :)

fathia azalin said...

afifah , awak tu mmg lah ditarik tariknya sebab same size :P HAHA
kitaaa tak garang ni dgn budak2 :P

husna, thanks :)
jadi cikgu tadika boleh ajar kite bersabar ! HAHA

nurilidalia said...

wah mentee... gud luck..huhu
budak2 tu comel2.. jgn sampai tergoda plak..hehe anyway tahniah... susah tau nk dpt kerja skrg.. so appreciate what you get...

fathia azalin said...

mentee , thanks :)