Friday, February 18, 2011

terbang

assalamualaikum :)

4.09 am


dalam kereta sunyi sepi. semue lebih rela membisu yang hanya bersuara adalah saleem, dengan lagu lagu sentimental nya. kitorang hantar kakngah ke KLIA. die nak fly ke australia untuk sambung study :) sebelum bertolak, aku nampak lambaian along yang menyedihkan ! haha *abang yang emotional rupanya* sebelum kereta bergerak, along dengan kakngah bergambar dan berpelukan sebab along tak dapat hantar kakngah, dia ada kelas pagi. dalam perjalanan, semue orang tak berkata apa, lagu sedih sedih salem cuba bermain dengan dengan perasaan kami. lantas aku bersuara "kenape lagu leleh je nih?" kemudian, babah segera berkata "entah". HAHA

aku toleh kanan, aku nampak si jejaka itu sedang menggosok gosok mata nya. *ceh, cover cover* padahal, air mata dia sedang bertakung, AKU TAHU. aku pandang depan, melalui cermin tengah tu, aku lihat air mata babah dah mengalir akibat takungan yang penuh. sebelah babah, si ibu masih segar, aku hairan, kenapa si ibu tak tidur langsung? *selalu nya, masuk kereta saja, si ibu akan tidur* so, aku perhati lagi, SAH, die sedang menangis juga. beberape kali air mata yang mengalir di lap. aku toleh kanan, perasaan hampeh tiba tiba muncul sebab adik aku tengah tidur lena gila sampai kan kepalanya beberape kali dihantukkan ke bahu aku dan juga ke sisi kereta. haha. sedangkan air mata aku juga sedang laju mengalir. kesemuenye sekali, aku salahkan lagu sentimental saleem yang dimainkan !

2.06 am

along masuk bilik aku, dan suruh aku tulis sesuatu, aku tulis sedikit ucapan buat kakngah :) ada lagi ucapan yang lain dari ibu babah. lepas tu, along mendarat atas katil aku sambil bercakap2 dan kemudian dia tidur. ee dengan baby datang dan join aku menulis :)

11.02 pm

baby baru pulang dari asrama, along ambil dari LCCT. cerita cerita hebat disampaikan bertubi tubi tanpa henti. sangat rancak berborak. aku tak pernah lagi tengok dia bising bercerite seperti itu. HAHA. ramai orang datang rumah, semuenye memberi bekalan kata kata semangat buat kakngah. haihh, rasa jeles tiba tiba muuncul :P

ucapan :
SELAMAT MAJU JAYA AYUNI :) HIDUP BAIK BAIK !

Sunday, February 6, 2011

jadi budak besar :)

assalamualaikum :)

wahh hebat kan aku. hari ni langsung tak tido lagi. tak boleh nak tido lagi pun. tak nampak ke? orang dah besar besar ni selalu kurang tido. HAHA

bukan itu yang aku nak cerite hari ni. tapi, aku nak kongsi sikit pengalaman aku :) hari ni nisa dah bertolak pergi terengganu. menggantikan tempat aku di SESTER ? haha. kalau dulu, aku dekat terengganu. sekarang turn dia pula. nanti 18 feb kakngah pula yang pergi jauh dari kite semue kan. hurmm, dah besar besar ni semue nye dah sibuk dengan hal masing masing.

aku teringat dulu masa kecil kecil, kitorang adik beradik memang berlima jaa. buat apa apa pun berlima. makan, tido, main, gaduh, menjahit, sekolah, mandi pun! sekarang, bergilir gilir semue belajar jauh jauh. kadang kadang nak spend time same same untuk kumpul semue sekali AZALIN macam susah sangat. alang pun dah tak selalu dengan kita lagi. kalau tak, die lah gang kita ! HAHA

semue nak buat yang terbaik kan ? korang semua :) walau jauh mana pun kitaa kann, kita tetap kene rapat macam dulu. sekarang dunia dah hebat. dah ada facebook ;D walaupun negeri yang jauh, negara yang berlainan. kita tetap berpijak pada bumi yang satu dan berbumbung kan langit yang satu itu :) sume hebat hebat kan diri yea :) kasi bangga ibu babah ;D



*aku tengah blogging sambil dengar lagu sentimental dekat blog afnas* HAHA

Thursday, February 3, 2011

sarawak mari


ini neith yang aku kutip dari PLKN bawak balik rumah aku ;D die dari sarawak. so, memandang kan sarawak tu jauh terletak di antara 1 lautan, aku pun angkut die tinggal rumah aku untuk cuti raya cina ni :) best best. dia kelako :P

semalam kitorang pegi midvalley. aku dapat tengok muka cuak die bile aku bawak die main main keluar masuk train. HAHA kononnye nak tengok wayang. tapi tak jadi sebab semue cerite tak best. so, jalan jalan sampai kaki sakit. banyak gambar ambil tapi aku upload ini saja :)


anyway, berbelanja lah kami :) sekarang aku tertanya tanya, bila alaun PLKN nak jalan ! dapat lah aku nak bersakan sedikit :|

Wednesday, February 2, 2011

program khidmat negara #part1

assalamualaikum :)

memandangkan dah ramai sangat suruh aku update blog ni untuk cerite pasal PLKN. so, entry kali ni aku nak cerite.

BRAVO
plkn tak lah se adventure yang aku sangka. dia lebih banyak kelas kelas teori. yang mula mulanya aku rase bosan sangat. macam kelas untuk budak budak tadika :) tapi aku sedar yang kelas tu bagus sebenarnye. apa yang cube diterapkan dalam kelas memang berguna. apa yang cube diingatkan.. contoh soal tanggungjawab, perjanjian, kepercayaan, matlamat hidup dan.. banyak lah lagi :)

kelas CB (kelas teori) banyak kasi semangat dekat aku. semangat untuk terus berada di PLKN. HAHA ;D aku suke cikgu ejal, cikgu syikin dengan cikgu dira :) kata kata cikgu ejal semuenye terkesan dalam hati walaupun die garang :P aku seronok dalam CB dengan kawan kawan tak kira bangsa, kaum, agama. memang satu MALAYSIA gile. bila ada tugasan, kreativiti hebat gila :) dekat CB lagu lagu yang dimainkan sangat best ! memang aku tak pernah dengar lagu2 nye tapi die adalah jenis jenis lagu yang sedap didengar oleh orang ramai. apatah lagi bila dinyanyikan ramai sambil semue orang cube menggoyangkan badan mengikut rentak lagu sambil bertepuk tangan. haha, lepas tu, mase dekat CB, kitorang kene sentiasa datang kelas tepat pada masanya. kitorang kene duduk dalam kelas sebelum muzik lagu 'fan fair' berakhir. setiap kali aku dengar muzik ni, aku rasa HEBAT ;P

diskusi HOT

PLKN ni akan bahagi kan kitorang kepada 4 company. ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA :) aku bravo. yang hebat hebat tu :D dan aku ketua company bravo. haha ! percaya tak? aku pun tak sangak sebenarnye. tapi, aku cuba sangkakan. setiap hari aku belajar benda baru. banyak sangat. nak jadi ketue tak senang. ini serius ! TAK SENANG ! ;D

yang sebelah aku tu due due pun chinese
jenny & fifi

dalam dorm aku ada 28 orang. semue bangsa agama dengan kaum capur campur. tapi kitorang rapat sangat. semue suke buat dende pelik. yang chinese pakai tudung pergi roll call. comel gila ;) dalam dorm aku siap ada persatuan orang orang gila. siap dengan organisasi yang hebat :P

kebanyakan hari jadualnya sama. berulang ulang. kecuali kalau ada aktiviti khas yang menyeronokkan :) siang pergi CB. malam ade aktiviti aktiviti yang dinyatakan setiap last last minit. ada satu malam tu ada tayangan cerite 3idiots. best gila tengok dengan diorang semue. haha. buat mase ni, untuk aktiviti fizikal, kitorang baru start kawad kaki, flying fox, kembara halangan dengan water rescue. syok syok.

sikit sikit je lah aku update ni sebab programnye tak habis pun lagi :P nanti lah bila tamat program aku cerite banyak lagi :P

aktiviti malam yang aku buat setiap hari
komik thira yang dia bawak banyak gila
hilang bosan ;D