Tuesday, June 15, 2010

darjah satu :)

ni shahmi post dekat facebook. mase kitorang same2 kelas mase darjah satu. haihh, kenangnan gile. sebab aku tak sempat nak habiss pun sampai darjah enam dekat sane. setelah lost contact dengan ketue darjah aku, last2, jumpe balik dekat facebook :D

al-fatihah untuk arwah Aidil *duduk bawak sekali, sebelah kanan yang gambar sekerat*

die meninggal tahun lepas. aku baik dengan die mase darjah 5. kitorang main bola gune botol dekat belakang kelas lepas tu terpecahkan bumbung. maybe sebab die tinggi sangat dan hebat :)

semoge die ditempatkan bersame orang2 yang beriman :) .amin.

kepakaran fathia :)

naik sekolah ni ade malam nostalgia dekat sekolah. semue orang kene pakai kain batik. aku macam confused gile je? ni nak pakai kain batik betul2 ke? tak takut terjatuh ke? so, aku nekad bawak tali pinggang sekali. HAHA.

ibu suruh ambil kain batik yang ade dekat mesin jahit. tapi kain tu belum jahit lagi. masih lebar2 dan tiada sebarang jahitan. so, dengan menggunakan kepakaran aku, aku telah menjahit kain batik tu sendiri :P kemass dan cantik ! walaupun hanye garisan lurus, aku tetap berbangga dan berbesar hati untuk memakai kain batik tu. haha

ibu kate, mana tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasi ;)

Monday, June 14, 2010

gigi

gigi hydeel baru je patah satu depan depan. lepas tu die tak habis tgk cermin je.haihh, tak boleh blah betul bile die borak ngan aku bile die sedang asyik tengok cermin :

hydeel : yaya, comel tak?
yaya : ape?
(die senyum lebar pulak pandang aku)
yaya : tak. rongak.
hydeel : ye ke? comel lahh...

ape lahh hydeel ni. pelik pelik gile. tadi die datang kat aku tunjuk gigi die yang patah. aku macam terkejut lah kann.. die simpan pulak gigi die. rupe2nye ni gigi die yang lain pulak yang patah. sebelah kepada gigi die yang patah haritu. HAHA

hydeel : yaya, buruk ke?
yaya : ihhh, macam mane boleh patah?
hydeel : comel lagi tak, yaa?
yaya : haa, macam mane boleh patah
(die cite panjang lebar macamane gigi die tu patah. die cabut sendiri. hebat gile)
hydeel : tak sakit en cabut gigi!
yaya : *%^&*%# !

nabil adnan :)

kehadapan kau,

terimas untuk pinjaman buku chemist kau tu. nanti aku mintak tolong fathi pulangkan dekat kau. aku terharu bile kau menaiki motor semate2 untuk menghantarkan buku tu. tibe tibe je dah sampai depan rumah aku. haha. nway, terima kasih lagi :) nanti aku belanja kau makan dekat Ton's Family Delight. HAHA *aku bajet berduit je* :P

Sunday, June 13, 2010

keturkey'an :)

hoi hoi sekalian ;) lusa aku dah nak balik terengganu. anyway, ibu dengan babah kan pergi turkey. terase sangat rindu sebab duduk rumah macam sunyi je tade mereka :) tapi, aku rase facebook betul2 banyak berbakti kerana kami sentiasa berhubung melaluinya HAHA ibu babah tiap2 hari upload gambar2 dekat sane. rase teruje pulak bile tengok semue gambar2 :P

hebat !
wahhh, gile hebat !

*tibe2 terase kagum*

jogging :)



semalam dah janji dengan alang nak pergi jogging pagi2 dalam pukul 6 kire kejut die lahh. tapi, dalam pukul 6.30 die call. ohh, aku tak terbangun rupe nya! haha. dan nasib lah die call aku :D

dalam pukul 7 dan lebih2 alang dah sampai rumah tapi aku masih tido. haha. nasib lah alang tak marah. die gelak2 je suruh aku siap untuk teruskan matlamat kami xP so, mase dalam perjalanan nak pegi sane aku sangat mengantuk. sampai nak lari pun aku macam mengantuk sangat. tapi, bile dah start lari. semangat kembali. berpeluh gile jugak. tapi, macam biase lah aku lari sorang2 sebab hydeel ikut so, alang terpakse lari same2 hydeel dan baby :)

dah lame tak rase lari macam ni. bukan senang nak lari macam ni dekat sester. jarang sangat nak berjogging dah :P nway thanks alang untuk hari ni :)

Saturday, June 12, 2010

habit ?

habit buruk semakin menjadi jadi. aku rase aku patut membuang habit2 yang tak baik ni. seperti :
  • tido selewat yang mungkin atau tak tido selama yang mungkin
  • selalu menyebut perkataan *gila* seperti 'gile betul, gile lah, dan ... gile!'
  • duduk atas counter setiap kali masuk dapur
  • malas menpercepatkan semayang ? ish3
  • menggunakan laptop/online atas katil
  • meletakkan barang2 merata bak kata ibu 'sede sane sini'
  • tak kemas meja semule lepas gune ? *ketare kut*
  • dan lain lain aka banyak lagi

kene buang habit buruk ni kan !


ini surat laili. tapi aku baru bace sebab adik aku baru bagi. tapi, aku sangat sure bahawe surat ni dah lame ade dekat timbunan buku adik aku tu. mesti korang tak dpt bace kan surat ni? sebab tulisan lali kecik sangat. tak pe, biar aku bacekan : hehe

to : fathia azalin binti azami

ke hadapan fathia yang ku kasihi.. HAHA. formal-formal pulak :P how are you haa? hope you good good vary goodlah eheh. kertas laili ni special dan comel sikit, tak macam kertas lain yang putih dan berline biru semata mata haha. hope you will smile reading this letter :D ermm, sambil sambil tu laili nak cakap yang laili juara pidato! hahaha.. dan ada kisah lawak yang benar telah berlaku. macam ni kisahnya, pada pukul 2.30 pagi yang hening, ayah laili tengah nak tutup air-cond bilik laili, sekali bila masuk jeng jeng jeng. dia nampak laili tengah mengigau sambil berdiri sambil berpidato =.=' haha ! kronok betul kalau macam ni. fathia bayangkanlah sendiri gaya laili macam mane, haha. oklah, sampai sini saja coretan saya.

"persahabatan bagai kepompong"
(lirik lagu indon) :P

to : nurul laili binti rosli :) *baby yang kasitau*

thanks laili :) tahniah menang pidato eheh! sy cukup kagum dan baguuss! dan sy bukan setakat tersenyum bace surat ni malah sy gelak kegembiraan membacanye :P

die kelakar kan?
HAHA

niat murni ?

tadi aku tengah sediikit membelek belek buku. tibe tibe, satu text msg masuk memvibrated kan handphone.

pengisian:

kau : weh, tgk tv3.. hindustan nyh. sedeyh gile..
aku : oi? kau biar betul? haha
kau : betul laa. kalau kau tgk bapak die buleh nangis. haha*aku tak faham*
(so, untuk mendapatkan kepastian, aku pun bukak channel103) *tewas*

aku : haha. layan hindustan pulak kau nih ?
kau : haha.. tegk je.. best! k r.. bye.. aku kene layan cite ni. haha

memang sedap pun cerite nye. aku bukak2 je. pelakon bapak die sedang beraksi :P
gile niat terpesong ! HAHA

jalan jalan

siang tadi aku jalan2 dekat KL. betul2 round sampai kaki aku lenguh dan aku sangat penat sehingge membuatkan aku terus tidur bila sampai dekat rumah. aku tertidur atas lantai yang beralaskan carpet lepas tu aku berpindah tidur dekat dalam bilik ibu babah.

bukan tu yang aku nak cerite. tapi aku nak cerita ni :

ade lah seorang pak cik sedang berjalan di seberang jalan. seorang pak cik yang berbangsa india sedang memegang payung dan tangan sebelah lagi memegang senaskhah surat khabar. aku memang lah perhatikan pak cik tu. gelagat manusia kan semue lain2. so, rase sedap bile mata ni tengok2 sekeliling. dan pak cik tu pulak menjadi pilihan mata aku mase tu. mase tu hujan sikit. tapi tidak sehingga payung diperlukan. aku tak terase basah maybe sebab hujan dah berenti mase tu :D

pak cik tu jalan dan teruskan berjalan. mungkin jalan agak licin kan.. sampai pak cik tu tergelincir dan jatuh. aku terkejut dan ade lah sikit tergamam. mase tu aku fikir 'nak pegi tolong?, takyah?' haihh, bercelaru. tapi, jalan sesak jugak. banyak kereta. takkan aku nak lari keseberang membahayakan diri semata mata untuk menolong pak cik tu. tapi, pak cik tu ok! gagah lagi. mampu berdiri dan meneruskan perjalanan. cume seluar die basah. dan mase tu aku tak tolong sebalik nye aku rase macam telah melakukan sesuatu yang bodoh iaitu : buat2 tak nampak dekat pak cik tu. supaya die tak terase malu :P aku try bayangkan kalau aku berade di tempat die, aku nak orang tak nampak aku. so aku buat lah macam tu. tapi, sampai sekarang aku asyik fikir. rase macam apa aku buat tu TAK BAGUS!

WC

remote astro ni dah macam nak berkecai dah asyek2 aku tekan. along pun tekan. cari channel nak tengok france punye game. dasyat2. astro kami lain dari yang lain ke? takde channel 805? terase bengang lagi, pegi tv depan. same jugak kedasyatannye. kenape tibe2 buat hal ? takpe2, nasib lah tahap kesabaran aku ni agak tinggi. so, aku biarkan game kali ni terlepas begitu saja.

tapi, aku agak terase kerugian jugak sebab bile sekolah start nanti comform2 nak menghadap tivi malam2 dah tak jadi. lagi2 bile nak tengok sumbatan goal spainn :) haihh.. susah lah nak tengok fabregas beraksi. goal mantap xavi. lepas tu, nak tengok torres dengan casillas. mungkin kegelisahan yang aku rase ni same jugak dirasai oleh korang korang yang senasib dengan aku.

Thursday, June 10, 2010

sebelas . enam . duaribusepuluh

teringin makan aiskrim? so petang adik aku dah mengugut aku untuk same2 pergi beli aiskrim dekat kedai bawah. aku pun termakan lah ugutan die sebab dapat ganjaran 2 batang aiskrim. hihi dah lah jauh jugak lah sebab luar dari guard house. ye lah kalau ade pape jadi karang. sape susahkan . bukan ke aku jugak.. *bertanggungjawab* :P so aku terpakse mengeluarkan duit jugak dengan membelanja sebatang lagi aiskrim untuk hydeel. kitorang makan dekat taman. dah lama aku tak pegi taman ni. padahal, dulu ni lah tempat aku melayan perasaan :P haha, sound tak boleh blah je.

malam aku dipenuhi dengan suare kanak2. dasyat2.

amir : ibu dengan babah pegi mane?
pak cik : ibu dengan babah pergi turkey.
hydeel : bukan lahhh!, bolehh! daging
aku : huh?
amir : halal ! ayamm!
hydeel : boleh ! daging
aku : *keliru*
amir : pakcik! salah lahhh. negara turkey.

ouhh, ni mase dalam kereta. dasyat betul. amir dengan hydeel, due orang kanak2 yang tak boleh bertemu. mereka bagaikan anjing dengan kucing. mesti nak bertekak kalau jumpe. dah tu cakap sampai beringit telinga aku. haihh, memang penat jage dorang. dorang suke cakap merapu. tak tahan betul. banyak pulak idea dorang nak jadikan topik. eja halal dalam jawi pun masuk skali. amir siap cakap pasal israil, mcd, kfc dan peperangan ! kanak2 zaman sekarang memang maju.

sampai dekat IOI, aku masuk POPULAR sekejap. haihhh, lagi lah tak tahan. 2 orang ni boleh menjerit2 dengan sekuat yang mungkin. berlari2 serta berkejaran2. parah r. mase tu aku hanye mampu *eyh-tak-kenal-kau-sape* hydeel sempat menjatuhkan barang2. haha

amir : spek yang ke16 dalam mase 3 tahun

hydeel

untuk meredakan keadaan, aku pun seetuje je nak bawak dorang pegi makan mcd. hurmm, mase ni aku pegang dan genggam erat tangan mereka dan memberi sedikit kata2 lembut.

fathia berbisik "hydeel, amir. yaya nak bawak pegi makan. tapi, kene cakap slow2. jalan pun slow2. kurangkan pergerakan. kite main macam slow motion tu"

pastu, baby pegang tangan amir, aku pegang tangan hydeel. sampai dekat mcd tu.. haihh, due2 pun dah hilang dari pandangan aku. takpelah, asalkan tak pegi jauh :)

so, tujuan utama : bawak mereka ni tengok The Karate Kid. cerite memang seronok betul. aku suke lah sangat! tapi yang buat aku lebih seronok bile duduk sebelah due orang budak ni. dasyat betul. mule2 hydeel duduk sebelah aku. sedar2 je amir pulak duduk sebelah aku. dorang banyak gaduh dalam tu. gaduh pasal seat, pasal air, gaduh pasal rambut budak dalam cite tu, gaduh pasal sape menang perlawanan, dan banyak lagi pergaduhannye. sampai sakit jugak lah badan aku bile dorang cube aksi2 ganas dalam cite tu.

kesimpulannye, hari ni. aku tabah lagi :) haha !

saya tidak bekerja :(

heyy korang
tengok gamba ni
HAHA
macam kelakar kan?
aku saje main2

wednesday

hoi hoi hari ni aku bangun pagi lambat sangat. tak macam pagi pun padahal semalam nye aku tido awal. aku try tido cara yang di ajar oleh seorang kawan dengan membelek2 buku sambil baring. ternyata cara tu memang hebat sebab dengan serta merta tak sampai 5 minit aku dah tak berada di dunie yang nyata. haaa.. terima kasih lah kawan.

kirenye bile aku dah bangun tak berapa nak awal, aku start kan hari ni tepat pada jam 1.05 minit. hee.. aku bangun terus ke depan laptop aku ni dan online sebentar untuk tanye khabar berita dunia di luar sane. lepas tu baru lah aku ke toilet dan buat ape yang patut tak termasuk mandi dan dapur menjadi destinasi seterusnya sebab aku rase lapar gile tido malam tadi. lepas tu baru lah aku mandi :P

lepas tu, aku start buat homework yang dah berape hari entah aku tangguhkan dan tak tersiap siap atas sebab kemalasan yang melanda aku ni tak berpada pada. tapi sampai sekarang pun homework tu tak siap siap lagi sebab aku tak tau macam mane nak buat. hehe.

selain daripada aku buat homework hari ni aku dah tak buat ape2 lagi selain makan dan online. aku sempat tengok youtube video yang boleh mengembalikan spirit :)

haihhh kesimpulannye, aku memang tabah harini kerana berjaya mengharungi kehidupan yang bosan :) hee. bye bye

Wednesday, June 9, 2010

tiada title untuk entry kali ini ?

pagi ni aku bangun sunyi betul rumah. semalam dah hantar ibu dengan babah pegi KLIA. dorang pergi turkey :D seronok betul. huhh, tinggal lah kami tiga beradik dengan bibik aku. kakngah dengan along dah pergi terengganu. diorang jadi fesi dekat sane untuk pprogram yang dianjurkan kepada budak2 yang bakal menduduki peperiksaan :) tak boleh blah betul lah korang ni. yaya baru balik dari terengganu. korang pulak pegi terengganu. kalau macam ni. bile kite nak bertemu dan bermain ting ting ? berbalik kepada kisah ibu dan babah tadi :) heee

pesanan baik dari seorang anak yang ____ *fill in the blank by urself*
  • safety first :D
  • beringat ingat lah pabila shopping nanti :D *paling utama
  • jangan lupe tangkap banyak2 gambar dengan video
  • selendang turkey untuk yaya :D

times square :)

selepas berbincang bincang. aku keluar dengan kawan hari ni. shima tunggu dekat ktm serdang. yang aku ni pulak pegi biarkan die tunggu lame gile. hehe. sorry lah shima. mase naik train, masalah betul. kene tukar tren lah sebab kl cntral ade masalah elektrik. haihhh.

sampai dekat TS, aku dengan shima jalan2 dulu sambil fikir kan ape tujuan sebenar kite sume plan ke mari :P tak lame tu, baru lah amsyar dengan hairul muncul. amsyar kate die boleh kenal shima dari jauh! hebat lah! haha *jahat* lepas tu, kite sume pegi makan dekat food court. mase ni aku boleh kate yang aku lapar sangat2 tapi takde lah sampai sanggup makan botol air sebab hairul takut aku lapar sampai makan botol air. dasyat2.

memang aku keluar ari ni rase sangat blurr lah. entah la kenape. aku nak order makan pun sampai aku tak tau nak makan ape. last2, amsyar yang tolong kasi kate putus. so, aku makan je.

lepas tu, baru lah kitorang tengok wayang. syaza pulak baru je datang. so, kitorang tengok sekali. entah aku pun tak ingat ape tajuk die. tapi ade perkataan "kecoh" haha. nabil berlakon. aku senanye tak berape nak faham lah cerite ni. aku gelak je bile part2 yang aku rase lawak. kadang2 aku rase macam aku gelak sorang. haha. lantak lahh. cerite melayu selalu pelik pelik

lepas tengok wayang, cari alif dengan kawan die punye lah susah. mahu pulak kau nak main nyorok2. haha! senanye, mase die tengah main nyorok2 tu, aku dah nampak kwn die, wan. dan naluri aku tepat kate bahawe tu lah kwn die. tapi, aku macam tak berape nak amik kisah sebab aku tak nampak die pun. heh heh. tak lame tu mase shima beli kasut. baru lah muncul due orang mamat tu. mmg sah lah, memang tu kau orang pun :P

Photobucket
Photobucket
kawan alif memang best. macam open jugak lah. takde segan2. kire macam easy going jugak :) kitorang jalan2 dan makan aiskrim :) masuk kedai camera nikkon. alif ngan kawan die tu suke lah. haihhh..

Photobucket

Photobucket

mase ni amsyar pakai spek untuk dijual. pastu, aku pulak pegi tangkap gambar. pastu, kakak tu kate "miss, tak boleh ambil gambar" hehe. sorry yahhh. sudahh terambil :P

tak lame jalan2. aku pun nak pulang dah :) mase nak naik tren. gile dasyat. pack macam sardin. kitorang terpakse naik second trip. dasyat2 :P

Photobucket

tengok orang dalam tu. dalam sesak pun, boleh membaca ?

Photobucket

Tuesday, June 8, 2010

ym-ing

kali ni aku online dengan penuh kegembiraan :D hehe mule2 aku borak dengan nadiahbs dan ape yang dapat aku selami ialah dunie ini seakan akan kecil. pusing pusing lah sejauh mane. alih2 jumpe jugak orang yang same.

pencarian manusia terbaik :

ramai gile aku mintak tolong untuk share top up seringgit. tapi, semue nye mempunyai aral melintang. huh? masalah2. akhirnye, datang lah seorang penyelamat terulung dunie : muhammad faisal. jutaan terima kasih buat kau :) aku sangat berterima kasih, terharu dan kagum :P

lepas tu, borak pulak dengan amsyar. bla bla bla. ouhh, die memang pelik. die buat aku cerita banyak dan membuka mulut seluas luasnya x

lepas tu borak pulak dengan nabil sampai die naak gi ikut ayah die gi smayang subuh dekat surau. memang sejuk lah perut mak kau mengandungkan kau 9 bulan bil. aku kagum ye, kagum :P

Monday, June 7, 2010

uncle zaidi and family

semalam uncle zaidi datang rumah. aku tengah tido. tapi, die suruh ee kejutkan aku sebab dah lame dah kite tak jumpe. so, aku pun turun still pakai baju camping. just sarung tudung je sebab baliik dr camping semalam aku terus tido. dasyat3.
,br>
uncle zaidi kate aku taklah gemuk macam ape yang ee cakap. uncle zaidi tak terkejut pun :P memang lah. cerite ee pekat sangat. tambah garam, gule, mane rase tak lain :P heh heh.

rindu lah jugak dekat dorang sume. ingat mase dulu dekat rumah lame slalu panjat bukit sane, sini, best betul. mase daki bukit lolipop tu paling best. tapi, sekarang dah digondolkan dah! haih, adventure betul lah dulu. lepas tu malam hari jumaat mesti main badminton dekat putrajaya. pagi2 jogging. naik basikal. haa, best2. banyak sangat lah.

semalam auntie nani kate : "eihh, dah besar dah, rase macam baru je lagi bawak awk keluar sane sini"

dida dengan mamat pun dah besar.
ye, mase cepat sangat berlalu :)

camping 2010

cerita hangat : three words from fad "tak cukup sweet" ;

bile abg fesi surruh kasi komen tentang camp ni, itu lah dr fad. ahaa! aku sokong kau. bukan ape sangat pun. aku rase kem ni best. cume tak sebest dr camp camp tahun lepas kann. patutnye camp last year sudah basi tapi, masih segar sedikit kulat pun tiada. heh heh. tahun ni buat dekat ulu bernam same macam 2 tahun lepas. tapi, tempatnye dah lain. sudah maju sekarang :)

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

cume tahun ni best sebab jumpe balik kawan2. jumpe balik geng2 sophia, faisal, dan yang lain2. padahal mereka senior terulung aku. kite team KRS same2. haihhh, rock nye zaman kegemilangan tu! bagaikan serbuk kopi yang banyak

mase malam pertame camp tu, dalam pukul 1pg dan lebih. kitorang lepak2 sambil makan teh dan biskut. lame lah kite borak2. banyak kut topiknye "aku matang" dan "aku gemok" aha! topik hangat bagi aku!

"nabil kate aku dah nampak seperti orang yang dah besar, macam dah berfikiran matang. hahaha! mahu aku tergelak sampai keesokan hari nye ".

"berat aku dengan fizie sudah berkurang! hebat en kite :D"

dalam pukul 2pg sampai 4 pagi aku lepak dengan faisal , sophia, syifa', faiz, nazreen, sim and mior. dorang gile kentang r. syok lah bile borak dengan dorang. yee r mereka dah besar2. nak cakap pun, psl study kolej je. nak kasi aku tauladan baik punye. malam tu aku tido dengan sophia n syifa' dalam khemah.

ouhh, ni.. sepanjang kem ni mashi tak de suare pun. sesak betul aku tengok die bercakap. sian kau. kau kene minum air asam jawa

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

second day, aku tak ikut dorang masuk hutan pagi tu. terase macam malas. fad pun tak join sebab kaki die cedera parah sebelum kem. bg aku parah la. tapi, die seakan akan rileks je. tabah lah kau fad. aku gembira tengok manusia tabah seperti kau. heh heh. so, mase tu, kitorang jalan2 pegi tempat flying fox dengan cikgu fazley.

"cikgu fazley dah nak ke jinjang pelamin. rock lah cikgu!"

petang baru lah aku ikut dorang buat aktiviti. aku masuk team dengan mashi. ye lahhh!
cerita hangat : aku terhanyut.

bla bla bla bla bla. terlepas tali, hanyut dek air dan abg fesi selamatkan. the end.
note to amsyar : kali ni aku cerite bagaikan ade hari esok kan? ahhha!
ermm, alhamdulillah aku selamat :) terime kasih lah bang. sy tak tau ape nak buat kalau abang takde dekat situ :P

cikgu fazley memang kepale yang baik bg konco2nye ;
air yang mereka baling dekat aku sangat dasyat. woahhh, hebat lah cikgu! saye kagum r!

malam second day ni adalah malam kemuncak bg aku : malam persembahan.
team fad buat reality show : petai got talent. kelakar gile kut.

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

dorang buat macam audition tu. ade tige juri : fad, pahri and shahril. fad jadi juri bahagian sakit tekak. pahri juri bahagian body language, shahril jadi juri bahagian permodelan. korang kelakar lah sebabnye bidang juri yang diorang buat ni sume ikut kretiria sebenar:D 3 kumpulan nak masuk audition.

kumpulan pertama : petai
kumpulan kedue : petai-petai
kumpulan ketiga : berpetai-petai

ye lah, mase persembahan korrang, aku tak berenti gelak je pun.

team mashi dengan nabil pulak buat skejap betul. haha. takpe2, team korang ade bakat terpendam yang betul2 dipendamkan kann? aku sorang je yang nampak bakat tu. haha

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

tak lame lepas tu, ibu ajak turun sbb ade bbq sikit. so, aku ngan ee turun untuk makan. sedap sedap!

malam bile supper kitorang makan2 borak2 sampai pagi pukul brape entah. tapi, best r mase ni. kitorang makan meggi. zaki buatkan meggi untuk aku. care aku ngan die masak meggi same je. tapi, tak tau lah nape meggi kau lebih terase sedap jadinye. bak kate orang : maybe, kau buat dengan hati yang ikhlas. haha. tapi, tak tahannye, meggi kau buat ni pedas betul lah. berbotol botol air aku minum. thanks zaki. nanti aku masakkan untuk kau pulak Xp

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

care fad cerite hati nabil jadi gelas pecah berkecai disebabkan Z pun kelakar jugak. gare2 meggi? nabil, kau cool je. hebat2! :D kau memang pentabah lah!

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

aku jadi nurse tau tak malam tu!
aku merawat luka pada kaki fadhil. hebat lah! macam dokter betul! siap paki sarung tangan sume. heh heh nasihat untuk fad : cepat2 sembuh :)

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

Scrapblog,Scrapbook,Novartis Enchanted Eve

dah lame borak2 sume, kami pun bercerai. aku tido bilik. esoknye, pagi2 aku dengan fathi dah balik. kitorang balik awal. tak sempat nak cakap bye pun dekat korang semue.

malas lah nak cerite panjang2. tapi, syok nye sebab kawan2 r. kenangan betul kut :)

Friday, June 4, 2010

tentera 5 Al - Farabi yang hebat :D

5 al-farabi sangat hebat. kehebatan semangatnya tak boleh ditandingi.

kami ade aizi. merangkak ketua aka komander tentera al-farabi. die hebat dan baik. berbudi bahasa tapi susah nak cakap terima kasih ( maknenye tak lah sangat ) :P tapi die memang sangat baik.

kami ade dina. seorang pengebom berani mati yang bersuara lantang. die memang membawa keriuhan pada kelas kecuali kelas bahasa melayu sebab mase kelas ni die akan khusyuk bace novel :D

kami ade fikri yang hebat. semangat tinggi dan yakin pada diri. bila orang ini rase downnnn je. senang kalau die ade berdekatan. macam "penyumbang semangat terhebat"

kami ade kinah yang kreatif. sangat hebat kekreatifannye. dan jiha juga hebat. pemanah beracun yang sangat handal!

kami ade pokka yang hebat. gaya tido nya sangat mengagumkan. orang ini sendiri sangat kagum bile die boleh tido merata rata dalam apa jua keadaan sekali pun dengan badan straight saja malah tidak sekali pun tersengguk sengguk. memang kagum!

kami ade sya yang hebat. kemanisan mulut memang boleh menewaskan pihak lawan yang kurang hebat! dahsyat!

adeee neddy yang hebat. seorang yang matang bak kata cikgu rozazat. memang hebat !

kami ade mc nad yang hebat. riuh jugak semue pun nak ditegur. pembawa berita berita hebat same macam dirinya yang hebat !

syukriah pun sangat hebat. pukulan tangannye sangat dahsyat! membuatkan kehebatan al-farabi semakin bertambah hebatnye!

dan ramai lagi yang hebat!

SEMUA PUN HEBAT !

termasuklah orang ini. pengebom berani mati yang hebat!

"saya seorang pengebom berani mati
mampu lakukan apa saja yang
HEBAT HEBAT"

breakfast

aku baru lepas breakfast seorang diri. hehe. tak tau lah, lapar gile. bibik buat roti. tapi, aku tak nak makan roti. so, aku pun makan biskut oreo dengan nutella beserta kan milo kotak yang sejuk dlm peti ais. tengah sedap makan, babah turun. babah dah nak siap pegi keje lah tu sebab abang pilah dah ade dekat luar. kakngah still tido sebab die tido lambat malam tadi. yang lain2 sume pegi sekolah dah. hari ni agak lain sikit. sebab selalunye aku akan gi sekolah kalau hari jumaat tym2 aku balik ni :P

ouhhh kat sini jugak aku nak cakap bahawa aku terlupe bawak sesuatu yang penting balik. iaitu buku rujukan addmath dengan test pad. sesak betul !

dasaran fathia

dasyat betul lah aku ni. baru je balik siang tadi. dan baru je sekejap tadi aku habis tengok wayang dekat IOI. haaa, dasaran tak boleh belah betul. esok nak ikut tengok dorang pegi camping sume. habiss lahhh, tergadai lah mase study aku ni.

ouhh, sedar lah FATHIA AZALIN ;P

Thursday, June 3, 2010

babah aku hebat ;)

penerbangan hari ni agak menyeronokkan. hurmm, first tym try firefly. sebab tiket lain petang sumenye dah kehabisan. hahh, memang lah sedap je naik.

so, berenti dekat subang. dekat sangat dengan ofis babah. driver babah, abang pilah yang amik aku. die bawak terus pegi ofis babah. babah suruh naik ofis die. so, abang pilah stop kan aku dekat depan lift. ternyata, tingkat 7 ofis babah sangat tinggi ! haha.

ofis babah cantik. tambah2 bile ade gamba ibu dengan 5 orang adik beradik ni :P tak lame sikit tu. babah ajak balik. abang pilah tunggu dekat bawah. hurmm, first tym rasenye balik ofis dengan babah. ahhaa.. memang terase hebatnye!