Sunday, July 24, 2011

berjalan seorang sekarang .

Assalamualaikum :)

berhabuk laman blog ni . habuk tebal, buat resdung 10 bulan .

ingat.lupa.ingat.lupa. separuh mati aku cuba ingat macam mana gelak tawa HUHA dulu dulu. separuh mati jugak aku simpan rapi semua cerita hebat dulu dulu supaya tak diconteng oleh mereka meraka yang tak akan pernah rasa kehebatan yang aku rasa. separuh mati aku tahan rindu hilai tawa rakan hebat yang aku ada . separuh mati aku pegang tersemat dihati kata semangat mereka .

pujuk hati . mana mungkin boleh aku cipta mesin pencipta masa. yang boleh bawa aku kembali ke zaman hebat aku, atau mesin yang boleh bawa aku lihat cerita hebat 10 tahun lagi. tapi, sumpah aku memang mahukan itu.

cemburu . sekali lagi aku pujuk hati. cemburu lihat mereka, cerita baru, kawan baru, suasana baru, tempat baru. semua hebat hebat belaka. kadang kadang sampai terbisik dihati pinta takkan ada kenangan lagi hebat kalahkan kenangan dulu. berbisa bicara hati aku. tapi, aku sedih takut kamu semua lupa cerite cerite dulu.

sedang, aku masih ingat terimbau saat berjaga malam, buku di tangan, handphone aktif berbunyi, mulut bercerita tak henti, perut lapar disorongkan kekenyangan . kata kata kreatif, hilaian tawa sebilik, pergaduhan gangster, TINAD, cerita jejaka idaman, titisan peluh riadah, jeritan aspuri, keropok lekor malam, skip baldi beratur, secawan teh minum petang, basahnya hujan, cerita cerita cerita cerita hebat kesemuanya. fuhh, nikmat SESTER :)

semuanya masih segar dalam simpanan hard disk komputer asli aku :) mahal . masa down aku, ada saja yang tinggi datang bawa aku naik bersama. masa sakit aku, ada saja medicine asli yang aku terima. gembiranya kalau boleh lihat kamu semua berlegar legar di koridor itu lagi. teman aku berdiri dan berjalan di atas palang besi keberanian :)

hakikatnya , tiada mesin. masa itu jalan terus. yaa, semuanya harus diteruskan. sekarang biar aku tabahkan diri, belajar menyukai suasana ini pula. suasana suram penat takut. sunyi. aku berjalan seorang sekarang. bertemu rupa rupa baru. tapi, mencari pengganti kamu, aku tahu tak akan pernah ada.

hei sahabat, aku tunggu saat bila aku jadi seperti kalian ; orang orang hebat di universiti . doakan saya ya .


aku rindu gurauan keramat bangsawan .

Friday, June 10, 2011

sebesar manapun saiz kita, kita tetap kecil :)

Assalamualaikum :)

tahu tak betapa kecil nya kuman ? jangan dikata kan kuman, mungkin kecilnya semut pun sudah cukup.

pernah tak kita fikir betapa kecilnya kita di sisi Allah ? pernah tak kita fikir berapa banyaknya rasa cinta kita kepada Allah ? atau kita sering fikir, Allah sayang kita ?

hiraukan cacat cela peta ini :P

ini saya lukis untuk buktikan betapa kecilnya saya. bukan saya saja, tapi kita semua . sebesar besar alam ini, maka Allah ciptakan matahari ; BESAR . dan matahari dikelilingi planet planet kan ? mari pilih bumi. zoom in kan kepada bumi yang kita pijak sekarang. permukaan tu, cari cari benua asia tenggara, carikan saja peta Malaysia . kemudian, zoom in pula kepada Pulau Pinang, zoom in lagi bandar kepala batas kemudian nampak lah kolej matrikulasi Pulau Pinang. tapi, masih tak nampak Fathia Azalin ? sebab Fathia Azalin sangat kecil :)

cuba bezakan besarnya matahari dengan kecilnya Fathia Azalin, kecil tak ? wahh, kecil nya kita kan ? itu baru matahari ciptaan-Nya. boleh bandingkan kecilnya kita di sisi Sang Pencipta ?

Allah sayang kita ?

sekarang cuba bayangkan kecilnya kuman. adakah kita ni sayangkan kuman ? kuman dibelai belai, diberi makan ? dipelihara rapi seperti binatang peliharaan ? TAK MUNGKIN ! bahkan semut saja dipijak. jangan tipu, selalu kan bila kita nampak semut, kita main sekat sekat jalan dia ? haha . manusia, kejam.

Allah itu MAHA BESAR, tapi diberikan kehidupan kepada kita. diberikan nikmat kepada kita. diberikan hidayah & petunjuk kepada kita. sedangkan kita ini kan kecil. sekecil kuman. kenapa kita diberikan kehidupan dan nikmat sebegini ? terpaling kecilnya kita ini di sisi Allah masih lagi dipandang ? Alhamdulillah :) jelas, Allah tu penyayang, pengasih dan pemurah . malu nye kan bila fikir fikir balik ..

sekarang cuba bayangkan saiz kita dengan gajah. siapa yang berani mengerjakan gajah ? hendak dipijak pijak gajah itu ? atau menarik narik telinganya ? tak berani kan kita ? kerana gajah itu besar ? alih alih kita pulak yang dipijaknya. bayangkan gajah tu berlari ke arah kita di satu padang yang luas, comform kita lari . kita boleh takut gajah yang besar ?

tapi, kita takut tak pada Allah swt yang MAHA BESAR ? kita patuh apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang diengkar ? =.=' kerah minda ? jom tanya hati *orang kata, hati tak pandai menipu*

banyak kan 'date' dengan Allah, dan banyak kan baca surat surat cinta dari Allah :)
selamat mejalani ibadah di bulan Rejab :)

***
post kali ini just untuk perkongsian dan sebagai peringatan untuk kita bersama
itulah tanggungjawab kita untuk saling memperingatkan antara sesama manusia

inspirasi oleh ustazah Latifah,
pensyarah KMPP ; kuliah zuhur
terima kasih :)

sejarah islam ditelan zaman

Assalamualaikum


klik kan saja perkataan di atas ini
tengok sampai habis yaa :)

Saturday, May 28, 2011

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ;)

Assalamualaikum :)

cuba bayangkan situasi di mana korang bukak satu pintu bilik : buat muka tercengang tengok bilik berbucu empat , luas di tengah, setiap penjuru ada katil meja study and almari baju. tengah tengah dekat syiling ada kipas .

pejam celik pejam celik, tak sangka dah ke kolej dah dan orientasi pun dah habis :) syukur lah dah habis, tak larat dah nak berorientasi lagi :P oke oke, kembali kepada point asal. mula mula dulu, sebelum masuk, aku tak pernah nak try check check macam mane rupa kolej ni, best ke tak, kemudahannya macam mana or dekat mane sekalipun. aku takut kalau mula timbul rasa tak suka, or timbul rasa 'menyedihkan' nanti . haha

sekarang dah 5 hari dekat sini . aku bersyukur sangat, alhamdulillah dapat masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang :) dah cukup baik kut. aku dapat bilik paling depan, paling dekat dengan semua tempat. cafe, sebeah bilik je . agak lah sedap hari hari ada macam macam. ada laksa, char koew tiow, nasi ayam, nasi berlauk. perghh, memang nikmat :) haha

kawan. awal awal ni, memang tade kawan lah. serius, bile duduk makan, teringat sester bila kite makan meja bulat ramai ramai dekat dewan makan. bila kita lepak2 dekat flat untuk makan makan lagi. memang teringat habis lah. tapi sekarang dah ada kawan :) harap harap sejati sampai bila bila dunia&akhirat lah :) syukur, ada teman.

kalau dulu, aku selalu cakap mu, aku, ngoyak, kabo, tok se, tak dok . sekarang aku cakap hang, hangpa, kami, teruihh, pi . automatik, dialek tukar :) haha. kadang kadang aku rasa macho bila jumpa orang terengganu, aku pun buat slang ganu, bila jumpa orang kelantan, tiba2 aku tukar slang kelantan. macho tak ? ahha :P

untuk kelas tutorial, kitorang ada mentor menti . bayang lah, mentor menti aku mula2 ada 3 orang je. dua cina dengan aku sorang melayu and sorang cikgu, indian . sangat lah 1MALAYSIA :) maka, dekat situ berbelit lah lidah aku nak kena speaking . mula mula, aku merungut jugak. tapi, ape yang diaturkan sebenarnye mesti terbaik, alhamdulillah aku bersyukur jugak dapat mentor menti ni sebab mase ni lah kan aku nak tingkat keyakinan aku kannn, nanti ade MUET lagi. so, ni macam peluang :) dah baik pun dengan dorang . ahha. tapi sekarang, dah tambah ada lagi menti2 lain yang masuk. so, kami sume dalam 8 orang .

dulu aku belajar biologi, fizik, chemistry. sekarang aku belajar account, math for account, bussines, ekonomi. aku macam takut jugak sebab aku tade asas and background dalam benda bende ni. tapi, okay, semangat ade, insyaAllah semua okay. harap Allah permudahkan apa yang sukar :)

heihhh, aku betul betul harap perjalanan lepas ni sentiasa diberkati :) mudah mudahan jalan yang berliku liku tu aku boleh lalui dengan baik. setiap apa yang aku terima mesti ada baiknya . doakan kejayaan dunia&akhirat sama sama . hurm jangan risau , Allah kan ada :)

anyway, orentasi ni sangat sangat sangat lah BEST ! sampai sekarang, aku tak nangis lagi :)
syabas fathia azalin , ceh sekarang dah nekad tabah kan diri :P

okey beli beli lah, Assalamualaikum :)

Saturday, May 21, 2011

RABU KHAMIS JUMAAT SABTU dengan kinah ;)


Assalamualaikum :)

RABU , kinah datang tidur dekat rumah ni . dan itu sangat awesome ! best sangat kut bagi aku . buat macam macam . punye lah sakan meronggeng sana sini, berani je pulak dengan 'pemanduan haram' ****

kite pergi alamanda , aisyah dengan shima ada sekali. suhi jumpa sekejap je. best lah, aku sempat beli barang barang matrik dekat carrefour alamanda. muka si baldi merah =.='


kita pergi BSN , sengal kan pergi sampai dua kali sebab tak jumpe number acc matrik, lepas tu lupa jumlah nak bayar. aku sangat lahh tak tau dan aisyah sangat lah PRO , kan kinah ? haha . yaa, mungkin lepas ni aku kena lebih alert dengan hal hal sebegini . teruk lah fathia azalin ni =.='

kitorang pergi jusco beli beli barang matriks and sempat lah pekena ABC s**** sambil makan sushi . memang terbaik :P

kinah ade ikut aku pergi kerja sekali ; tadika . die dah kenal abu mansur comel :) nampak kinah macam penat gile kut sebab mase tunggu waktu balik tu, duduk dekat tangge die dah tertidur tersengguk sengguk . haha . penat kut jadi 'cikgu tinah' HAHA :D

best lah lawatan awak kali ni , menyeronokkan . gelak gila gila bila tengok 'OH YEAH' same same dekat youtube . lepas tu nak tengok movie dekat AWOOH asyek tergendala je . makan tido dengan chachoss . bawak kereta main sesat sesat ! seronok *HAHA


bila agak agak awak boleh datang lagi kan ?

Tuesday, May 17, 2011

projek alamkita :D

Assalamualaikum :)


semoga cerita semalam kekal jadi kenangan terhandal aku :P haha mana lah tak handal dengan berani tanpa lesen P di purse drive sampai alamanda. tak pe, alam anda je * sangat dekat . hanya dijauhkan dengan sesat barat . kumpul dekat rumah suhi, merasa strawberry cheese tart dia.

lepas tu lepak lepak dekat alamanda. shima belanja kaoroke. hihi, first time tau :P merasa lah tengok diorang diorang ni sume melalak bersuara merdu :P seronok, pengalaman. jalan jalan jalan, adib belanja big apple :) aku gembira lah kann, feveret !

itu saja :) thanks untuk semua : syaza, shima, suhi, aisyah, amsyar, hairul, adib, alif, yusuf .

Thursday, May 12, 2011

exam tadika

tegak aku berdiri depan kelas. diam dan hanya mampu melihat mereka =.='

ada yang berlari lari, berdiri atas meja. semua bersuara ;

"cikgu... susahhhh"
"cikguuu, yang ni macam mana ?"
"cikguuu, macam ni ke ?"
"cikguu, penat lahhh. banyak sangat soalan"

ada yang menangis ; sebabnya pensel patah, takde pensel warna, pemadam hilang, tak boleh jawab soalan.

sehingga satu saat, ada dalam 4 orang menangis. semua budak budak berkerumun depan aku duduk atas meja, berdiri sebelah. macam macam kerenah =.='

stress muncul, hilang sabar. tak sangka aku melakukan ini :

"diam !" - jeritan lantang aku kuat bergema . sekelip mata je ; SUNYI .
aku terus duduk sandar dekat dinding. rasa nak nangis pun ada . aku rasa letih gila sampai nak nangis . sedih lagi bila tengok Adam Houd nangis . haha

aku diam terus. then, sorang sorang beratur duduk sebelah aku, jadi macam satu deretan kanak kanak bersandar dekat dinding. dalam sunyi sunyi tiba tiba najihah bersuara "susah laaa, macam mana ni cikgu ?" HAHA bila ingat balik, sweet betul saat tu macam drama :)

"adam, kenapa adam nangis ?" aku tanya dan air mata die lagi deras mengalir ++
"cikgu garang ke ?" aku tanya lagi, kali ni dia angguk.

ya lahh, budak budak ni tak pernah lagi tengok aku marah =.= dasyat ! haha

mase balik, aku buat magik. alah magik yang pakai duit 20sen atas meja tu. mereka kembali riang . haihhh, budak tadika :)